Saturday 25 September 2021

Blog Terjemahan Hati Dalam Kenangan

25 September 2021

Setelah lebih satu bulan saya tidak menyiarkan sebarang artikel di laman blog ini, akhirnya saya kembali dengan membuat satu pengumuman. Dengan rasa berat hati, ingin saya maklumkan kepada anda semua bahawa blog Terjemahan Hati www.sharery.blogspot.com akan berhenti setakat ini. 

Sejak beberapa bulan lalu saya sibuk dengan membuat pelbagai persediaan dan hari ini, sempena hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke-12, saya memperkenalkan laman sesawang saya yang baharu iaitu SHERY ON THE MOVE.

www.sheryonthemove.com

Walaupun saya akan beralih ke laman sesawang sendiri, tetapi saya tetap akan menjaga dan menyelenggara blog Terjemahan Hati. Blog ini menyimpan ribuan memori dan banyak pengalaman serta ilmu pengetahuan yang sangat berharga yang saya mahu ia dijadikan sebagai rujukan untuk anda semua. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan mana-mana artikel yang disiarkan sebelum 25 September 2021, anda masih boleh nyatakan di ruangan komen. InsyaAllah saya akan cuba membalasnya. 

Sila sampaikan berita ini kepada rakan serta kenalan anda. :) 

Terima kasih kerana sudi setia bersama saya dari hari pertama saya berkecimpung di dalam dunia blogspot. Jumpa di SHERY ON THE MOVE ya! 

www.sheryonthemove.com

Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


Wednesday 11 August 2021

Selamat Tinggal Jiranku, Semoga Kita Berjumpa Lagi

Beberapa minggu lalu saya mempunyai dua jiran yang telah berpindah ke tempat baharu. Saya tidak berasa sedih dengan jiran sebelah rumah kerana mereka sekeluarga berpindah di bandar yang berdekatan dengan Vancouver sahaja. Tetapi, saya berasa terkesan dengan seorang lagi jiran yang merupakan antara sahabat baik saya dari Los Angeles, California iaitu Devrin. Kesedihan sudah dapat saya dan suami rasai sejak beliau memaklumkan kepada kami beberapa bulan lebih awal.
Mengapa saya maksudkan jiran sedangkan jarak antara tempat kami melebihi 2000 kilometer? Sebabnya ialah Kanada dan Amerika Syarikat terletak sebelah menyebelah serta zon waktu Vancouver dan Los Angeles ialah sama. 

Saya masih ingat lagi pada tahun 2017 iaitu beberapa bulan sebelum beliau berpindah dari Helsinki ke Los Angeles, kami sudah membuat pelbagai perancangan untuk berjumpa dengan lebih kerap. Mungkin mengembara berkereta bersama atau bersiar-siar di Seattle, Washington. Masing-masing teruja. Benarlah bak kata pepatah, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Sepanjang hampir empat tahun beliau di Los Angeles, kami hanya berjumpa sekali sahaja. Pertemuan pertama ialah sewaktu majlis perkahwinan saya pada tahun 2009 manakala pertemuan kedua ialah di Los Angeles pada tahun 2018. Pertemuan terkini kami di alam maya pula ialah pada Hari Raya Aidilfitri beberapa bulan yang lalu. Secara kebetulan, baju raya kami bertiga pun semua berwarna biru.

Walaupun sepanjang 13 tahun persahabatan kami hanya berjumpa dua kali sahaja, tetapi hubungan kami termasuk antara beliau dan suami saya adalah sangat rapat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada media sosial yang menghubungkan komunikasi antara kami dari beberapa negara yang berbeza. Persamaan ketara kami ialah, kami kerap berpindah dari satu negara ke negara yang lain. Sepanjang saling mengenali, saya menetap di empat buat negara iaitu Malaysia, Australia, Amerika Syarikat dan Kanada. Sementara beliau pula pernah menetap di Zimbabwe, England, Finland dan Amerika Syarikat.

Sebagai tanda menghargai persahabatan. saya hadiahkan sekali artikel baharu ini kepada beliau. Saya masih ingat lagi beliau pernah menghantar mesej takziah sewaktu bapa saya meninggal dunia pada tahun 2008. Ketika itu beliau bertugas di Zimbabwe. Yang membuatkan saya terkejut dan sangat terharu ialah salam takziah yang diberikan ialah sewaktu kami belum pernah lagi berjumpa kerana kami berkenalan melalui sahabat saya yang lain. Salam takziah juga saya terima dari beliau ialah sewaktu ibu saya pula meninggal dunia pada bulan Disember tahun lalu.

Satu perkara utama yang berhak saya berikan pujian ialah tentang sifat peribadi beliau yang sentiasa merendah diri. Antara sifat terpuji beliau ialah, saya tidak tahu dan beliau juga tidak beritahu saya yang kedatangan beliau ke Los Angeles adalah kerana beliau dinaikkan pangkat sebagai Konsulat Jeneral. Saya hanya mengetahui selepas beberapa minggu beliau telah masuk ke pejabat. Sifat baik dan rendah diri beliau yang saya kenal dari tahun 2008 sehingga ke hari ini tidak pernah berubah. Oleh kerana itulah beliau layak untuk mendapat tempat sekali lagi di dalam artikel saya walaupun ada gambar-gambar di bawah ini pernah anda lihat di dalam artikel terdahulu. https://sharery.blogspot.com/2018/10/melawat-ke-pejabat-konsulat-jeneral.html

Kepada sahabatku Devrin, selamat maju jaya tidak kira di negara mana anda bertugas. Doakan semoga kita berpeluang berjumpa lagi pada masa akan datang. Jaga diri. :)













Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.

Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Thursday 5 August 2021

Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha 2021

Tidak banyak yang ingin saya ceritakan di sini kerana kesemuanya telah saya kongsikan di dalam saluran You Tube saya. Di harap anda sudi menonton video-videonya melalui alamat yang saya letakkan di bawah ini;

Hari Raya Aidilfitri
https://youtu.be/Es2QjuRa1vY




Hari Raya Aidiladha
https://youtu.be/rpNB27LVr3Q

Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.

Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Wednesday 28 July 2021

Kemeriahan Musim Perayaan Hujung Tahun 2020

Gambar-gambar di sini tidak cukup untuk menjelaskan kepada anda kemeriahan dan kecantikan dekorasi yang berwarna warni sempena perayaan hujung tahun di Vancouver, British Columbia, Kanada. Oleh itu anda perlu menonton video yang saya muat naik menerusi saluran You Tube saya. Alamat seperti di bawah ini;
https://youtu.be/Mik9MZUNI4M



















Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.

Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Tuesday 20 July 2021

Hari Ulang Tahun Saya Yang Ke-39 (2020)

Adalah satu pengalaman baru apabila hari ulang tahun saya yang ke-39 disambut pada musim pandemik. Tiada apa yang lebih istimewa dan menggembirakan saya selain dapat menyambutnya bersama suami tercinta. Saya menempah kek ais krim dari Dairy Queen (DQ) hanya beberapa hari sahaja sebelum 26 November. Selepas acara memotong kek, kami keluar makan malam di sebuah restoran makanan laut di Vancouver. Cuaca pada malam itu sedikit gerimis dengan suhu yang rendah kerana bulan November ialah musim luruh. 

Saya tidak menyangka yang hari ulang tahun saya tahun lalu merupakan tahun terakhir saya menerima ucapan dari ibu saya. Sewaktu membuat panggilan video, saya tunjukkan kepada ibu rantai leher yang saya beli sempena hari istimewa saya. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga yang ibu katakan loketnya cantik. Diharap sesiapa yang membaca artikel ini dapat sedekahkan surah Al-Fatihah kepada ibu saya. Terima kasih.
















Semoga Allah berikan kepada saya kesihatan yang baik serta umur yang panjang agar dapat saya menyambut hari ulang tahun yang ke-40 empat bulan dari sekarang. InsyaAllah, Amin.

Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN