Tuesday 30 March 2021

Menjejaki Sejarah Winnie The Pooh Di Winnipeg

Artikel ini berkaitan dengan artikel yang pernah saya siarkan beberapa minggu lalu mengenai sejarah kartun Winnie The Pooh di Kanada; http://sharery.blogspot.com/2021/03/sejarah-winnie-pooh-di-white-river.html 
Di Winnipeg, Manitoba saya dan suami telah melawat ke Galeri Seni Pavilion di mana di dalam bangunan itu menempatkan empat lagi galeri yang berasingan dan salah satunya ialah galeri kartun Winnie The Pooh.

Sejarahnya bermula apabila Leftenan Harry Colebourne telah membeli beruang yang terperangkap di White River, Ontario sewaktu beliau di dalam perjalanan ke Valcartier, Quebec untuk menjalani latihan ketenteraan pada Perang Dunia Pertama. Beruang yang dibeli dengan harga $20 itu beliau namakan Winnie sempena dengan bandar asal beliau iaitu Winnipeg. Leftenan Harry Colebourne telah membawa Winnie ke England dan menjadikan Winnie sebagai maskot bagi pasukannya.

Sebelum Leftenan Harry Colebourne dihantar ke Perancis, beliau telah menghantar Winnie ke Zoo London untuk jagaan seterusnya dan dari situlah Christopher, iaitu anak lelaki kepada penulis A.A. Milne bertemu dengan Winnie. Penulis A.A. Milne pula telah mendapat ilham untuk menulis buku kanak-kanak yang watak-wataknya terdiri daripada Winnie, Christopher dan patung-patung mainan milik Christopher. 

Di dalam galeri ini pelawat dapat melihat beberapa gambar Leftenan Harry Colebourne bersama beruang Winnie dan disertakan juga tentang fakta, fiksyen dan fantasi mengenai kisahnya. Selepas lawatan di galeri, kami ke taman kanak-kanak yang berdekatan untuk bergambar dengan patung Leftenan Harry Colebourne dan beruang Winnie.






























Anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


Wednesday 24 March 2021

Melawat Ke Titik Pertengahan Kanada

Centre of Canada dikatakan titik pertengahan Kanada. Walaupun kesahihan atau ketepatannya masih menjadi persoalan tetapi lokasi ini dijadikan tanda yang kedudukannya adalah ditengah antara Timur dan Barat. Kawasan ini juga dikatakan strategik untuk dilawati kerana ia terletak di tepi lebuh raya. Jarak antara Centre Of Canada dan bandar terdekat Winnipeg ialah 29 kilometer. 

Empat gambar pertama di bawah ini dirakamkan pada hari petang sebelum hujan turun. Oleh kerana cuaca tidak mengizinkan, maka saya dan suami datang sekali lagi pada pagi keesokkan harinya. Mujur cuaca pada hari kedua kedatangan kami sangat baik. 
















Anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


Wednesday 17 March 2021

Pemanduan Dari Thunder Bay, Ontario Ke Winnipeg, Manitoba (Bahagian 2)

Ini ialah artikel bahagian dua mengenai pemanduan dari Thunder Bay, Ontario ke Winnipeg, Manitoba.
Jika anda ketinggalan membaca artikel bahagian satu, sila ke alamat yang saya sertakan di bawah ini;
cs
Cuaca pada waktu pagi dan tengah hari agak bagus tetapi hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang. Sewaktu di lebuh raya, iaitu lebih kurang 40 atau 50 kilometer sebelum tiba Winnipeg, saya dapat lihat dengan jelas awan yang gelap yang menandakan hujan dan ribut akan turun tetapi dalam waktu yang sama kepulan awan itu nampak begitu cantik lantas saya terus rakamkan gambarnya walaupun di dalam gambar tidaklah secantik apabila melihat dengan mata kasar.
Video juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/Rz5qKTdNpQI






















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN