Tuesday 4 May 2021

Regina, Saskatchewan (Bahagian 2)

Artikel ini bersambung dari bahagian 1;
http://sharery.blogspot.com/2021/04/regina-saskatchewan-bahagian-1.html
Sewaktu berjalan di sebuah taman Victoria Park di pusat bandar, saya melihat patung Sir A. Macdonald yang telah diconteng dan dirosakkan. Beliau ialah Perdana Menteri pertama Kanada. Melalui berita yang saya baca dua bulan lalu, pihak Majlis Bandaraya Regina membuat keputusan untuk mengeluarkan patung ini dari Victoria Park.

Dari pusat bandar, pemanduan diteruskan ke banguan perundangan Saskatchewan (Saskatchewan Legislative Building). Lokasinya tidak jauh iaitu dengan jarak 1.6 kilometer sahaja. Keadaan persekitaran pada waktu itu agak kecoh kerana ada sekumpulan orang awam yang sedang membuat tunjuk perasaan ditambah pula bisingnya apabila seorang lelaki tua yang tidak berseluar (hanya memakai seluar dalam) mengalunkan lagu dengan saxophone beliau. Lebih kurang jam 12:20 tengah hari, saya dan suami menyambung pemanduan menuju ke Calgary, Alberta.



























Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment