Tuesday 29 June 2021

Lapangan Terbang Antarabangsa Yang Sunyi Sepi

Pada musim panas tahun lalu saya dapat melihat dua buah lapangan terbang di Alberta, Kanada yang sunyi sepi akibat dari pandemik COVID-19. Suami saya hanya membuat pandu lalu di hadapan bangunan terminal dan ini sahaja gambar yang dapat saya rakamkan. Walau bagaimanapun anda boleh ke artikel saya sebelum ini mengenai penerbangan yang saya ambil dari Calgary ke Vancouver di mana saya dapat mengambil gambar semasa berada di dalam bangunan terminal. http://sharery.blogspot.com/2021/06/penerbangan-dari-calgary-alberta-ke.html

Seperkara lagi yang ingin saya kongsikan di sini ialah, saya terkejut apabila melihat bangunan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton. Melihat persekitaran, jalan raya serta tempat penumpang menunggu mengingatkan saya seolah saya berada di stesen bas lama di Malaysia atau Thailand. Anda boleh lihat gambar paling bawah yang saya muat naik di bawah ini.

                                              Lapangan Terbang Antarabangsa Calgary (YYC)




Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton (YEG)




Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


Monday 21 June 2021

Penerbangan Dari Calgary, Alberta Ke Vancouver, British Columbia

Pada 21 Julai 2020, saya mengambil penerbangan pertama sejak pandemik COVID-19 bermula beberapa bulan sebelum itu dan ia adalah satu pengalaman norma baharu kepada saya. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Calgary, saya sudah dapat melihat keadaan sekeliling yang sunyi sepi di bahagian luar bangunan terminal. Pelitup muka wajib dipakai sewaktu berada di dalam bangunan terminal serta di dalam kabin pesawat. Sepanjang berjalan kaki dari kaunter daftar masuk ke pintu perlepasan, saya mengagak lebih kurang 80% kedai-kedai di dalam bangunan ditutup. Sebelum masuk ke kabin pesawat, petugas penerbangan melakukan pemeriksaan suhu terhadap semua penumpang.

Ini merupakan pertama kali saya menaiki penerbangan WestJet kerana sebelum ini saya pernah menaiki penerbangan Air Canada sahaja. Tempat duduk saya ialah barisan 3 dari hadapan iaitu tempat duduk premium. Ia seakan seperti kelas perniagaan kerana harga dan faedahnya lebih berbanding tempat duduk ekonomi. Pemandangan di sepanjang penerbangan dari Calgary ke Vancouver adalah sangat mengagumkan. Sebelum mendarat, saya berkesempatan mengambil gambar pusat bandar Vancouver yang jelas kelihatan. 





























Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Monday 14 June 2021

Taman Urban Di Dalam Pusat Membeli Belah Calgary

Sementelah berjalan-jalan di dalam bandar Calgary, saya masuk ke pusat membeli belah terkenal iaitu CORE Shopping Centre. Walaupun tidak ramai pengunjung, tetapi banyak premis perniagaan beroperasi seperti biasa dengan mengikut penjarakkan sosial yang ditetapkan. Saya suka melihat pusat membeli belah yang menggunakan bumbung kaca kerana ia nampak lebih terang dengan cahaya dari luar.

Satu lagi keistimewaan pusat membeli belah ini ialah terdapat sebuah taman urban yang besar di tingkat paling atas bangunan. Devonian Gardens mempunyai keluasan 1 hektar yang merangkumi pokok-pokok, kolam ikan, taman permainan dan banyak lagi. Meja dan kerusi yang disediakan di sini membolehkan pengunjung datang untuk berehat, makan tengah hari atau membaca buku. Dengan kemudahan yang ada, ia memang sesuai untuk pengunjung datang beriadah terutama pada musim sejuk bersalji kerana aktiviti harian di luar menjadi terhad apabila cuaca tidak mengizinkan. Apabila saya masuk sahaja ke taman ini, saya merasakan seperti berada di Lapangan Terbang Changi, Singapura. 
Maklumat lanjut mengenai Devonian Gardens boleh dibaca di sini; https://www.calgary.ca/csps/parks/locations/downtown-parks/devonian-gardens.html










g














Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN