Tuesday, 23 February 2010

Adelaide

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hari Rabu.

Bertemu kembali  di laman blog ini.Seminggu telah berlalu percutian saya yang tidak dirancang bermula dari 13 sehingga 16 Februari yang lepas.

     Pada 13Februari seawal jam 3.30pagi(saya dan suami masih tidak tidur kerana masing masing sibuk melayari internet),tiba tiba suami membuat keputusan mengejut untuk terbang ke Adelaide dan Melbourne lantas menyuruh saya mengemas beg.Masa amat suntuk kerana hanya tinggal kurang 3jam lagi sebelum waktu berlepas.Kata suami "kita buat ala ala backpacker,bawa beg kecil saja".
Saya tidak kisah itu semua kerana saya sudah biasa melancong ala ala backpacker,tetapi terdetik di dalam hati,"masalahnya baju apa yang hendak dibawa?"Saya kena fikir dan mengemas beg untuk suami juga.Hurmmm..Tidak boleh fikir panjang lagi,semuanya carca marba,waktu juga berjalan dengan pantas.Buka almari baju,apa saja yang saya nampak,terus saya masukkan ke dalam beg! :-) Selesai mengemas beg dan mempersiapkan diri,kami pun bergerak menuju ke Lapangan Terbang Domestik,Perth.
Syukur semua urusan daftar masuk pun selesai,dan kami pun terbang ke Adelaide dengan penerbangan Virgin Blue,DJ 712 pada jam 6.30pagi :-)
Inilah wajah yang hampir 24jam tidak tidur,tetapi tetap ceria kerana amat teruja dapat bertemu "playground" saya semula.Jakun bukan kepalang,rasa seperti tidak pernah menaiki kapal terbang :-)
                Gambar bandaraya Adelaide dirakamkan beberapa minit sebelum mendarat.

     Penerbangan yang mengambil masa selama 2jam dan 40minit akhirnya selamat tiba dan mendarat di Adelaide pada jam 11.50pagi waktu tempatan.Waktu di Adelaide(Australia Selatan) 2jam30minit kehadapan daripada Perth(Australia Barat).
Setelah menyimpan beg di tempat penyimpanan beg di Lapangan Terbang Adelaide,kami pun bergerak menuju ke pusat bandaraya.
Apa lagi aktiviti kami kalau bukan berjalan jalan dan merakamkan sebanyak mana gambar yg boleh dirakamkan melalui kamera yang dibawa.

Adelaide Arcade adalah salah satu bangunan lama yang masih kekal teguh malah dijadikan tempat membeli belah.
                                     Antara replika yang menjadi tarikan pelancong.


Saya berlatar belakangkan bangunan ditengah tengah bandaraya Adelaide
Sempat berjalan jalan di China Town yang juga lebih dikenali sebagai Central Market,sambil membasah tekak dengan minuman bubble tea. Dibelakang saya pula ada sekumpulan penari tarian singa yang terdiri dari kaum cina dan
"mat salleh".


Beberapa jam setelah kami meronda di bandaraya,langkah kaki menuju ke destinasi/tumpuan pelancong seterusnya iaitu Glenelg yang mengambil masa perjalanan selama 30minit dengan menaiki tram.
Inilah tram yang membawa kami ke Glenelg.

Oleh kerana Glenelg terletak di tepian pantai,maka sudah tentunya perbagai aktiviti boleh diadakan di sini bersama keluarga mahupun rakan rakan.Antara yang menarik tumpuan ialah  taman tema air,taman rekreasi,pelbagai aktiviti pantai,serta pelbagai pilihan kedai kedai menjual pakaian,cenderamata dan juga makanan.
                      Salah satu cara mempromosikan kedai makan.Amat menarik bukan?

Oleh kerana ramai yang ingin menghabiskan masa di tepi pantai,kami juga tidak mahu ketinggalan menyertai mereka yang lain.
          Duduk di atas tembok sambil memerhatikan gelagat para pengunjung dan pelancong.


Sempat saya menghalakan lensa kamera ke arah sekumpulan remaja cina ini.Dengan keadaan cuaca yang panas suhu sekitar 37darjah Celcius,remaja ini sanggup memakai sarung kaki hitam yang memang diyakini panas dan mudah berpeluh!Inilah yang dinamakan bergaya tidak kena pada tempat.
Sementara menuggu matahari untuk melabuhkan tirainya,maka sempatlah saya merakamkan lagi beberapa gambar yang menarik.

 

Dan ini pula gambar terakhir sebelum kami pulang semula ke bandaraya.
 
Sampai di bandaraya,kami kembali semula ke tempat tempat yang kami telah kunjungi pada siang hari.Melihat kebanyakan tempat pada sebelah malam,tentu saja keadaannya berbeza sama sekali.
Bebola besi ini adalah ikon terkenal di bandaraya Adelaide.Oleh kerana pada sebelang siang terlalu ramai orang di kawasan ini,maka kami mengambil keputusan mengambil gambar pada sebelah malam.Lihat saja gambar di atas,sunyi dan sepi :-)
Setelah penat berjalan seharian maka kami berehat beberapa jam di Cibo Espresso  dan berkesempatan melayari internet sambil menghirup kopi untuk mengurangkan rasa mengantuk.

Kami beredar dari Cibo Espresso setelah jam menunjukkan 12tengah malam dan pekerjanya juga sudah mula membersih kedai untuk pulang.
Sambil berjalan di tengah bandaraya ini,secara sepontan kami sempat merakamkan gambar kandid pasangan ini.


Suasana pada tengah malam tiba tiba kecoh,bising dan ada yang menjerit jerit.Baru kami sedar sudah masuk hari Ahad bersamaan 14Februari dan mereka ini begitu teruja menyambut Hari Kekasih
(Valentines Day),malah majoriti mereka ini sudah dalam keadaan mabuk.
Kami berdiri di hujung sebatang jalan yang menghadap simpang empat selama hampir 1 setengah jam dengan hanya memerhatikan gelagat muda mudi yang berseronok di malam minggu.Mereka terhoyong hayang melintas jalan tanpa memperdulikan kereta yang meluncur laju menghala ke arah mereka,dan bergaduh dalam keadaan mabuk juga dapat kami saksikan di depan mata.
Jika jam satu atau dua pagi orang lain sedang lena dibuai mimpi,tetapi kami pula merakamkan pengalaman malam minggu yang betul betul "hidup " di bandaraya ini.

Mengambil teksi pada jam 3pagi untuk pulang semula ke lapangan terbang kerana penerbangan kami seterusnya ialah ke Melbourne pada jam 6.45pagi.
Setelah selesai urusan daftar masuk bagasi,kami terus ke The Qantas Club untuk berehat sementara menunggu waktu berlepas.
Betapa segarnya apabila dapat mandi(24jam tidak mandi ,hehhhe)dan bersarapan ringan sebelum kami memasuki pesawat :-)

Penerbangan Qantas QF672 menggunakan pesawat B738 berlepas dari Adelaide ke Melbourne tepat pada waktunya iaitu 6.45pagi.
InsyaAllah beberapa hari lagi saya akan mengemaskini blog dengan coretan seterusnya mengenai Melbourne pula.
Jumpa di lain waktu :-)

10 comments:

  1. amat menarik acu... sonok bca.. bnyak info dpt..

    ReplyDelete
  2. ada byk lag info esp pasal makanan.nantikannn :)

    ReplyDelete
  3. 37 degree, panasnya. Mcm KL juga.

    Tengok orang mabuk, KL pun apa kurangnya. Sambung valentine sampai ada yg kena tangkap basah pun ada.

    Kusyi Hirdan
    www.jendelaku.com

    ReplyDelete
  4. Eh Eh Suhana salamsss :) mcm kenal je Suhana ni hehehe.
    Ah ah Kak Kusyi, mcm mcm gelagat manusia celebrate Valentines Day.

    Woahhh I love travel logs, Keep up the awesome postings :)

    ReplyDelete
  5. Bagi saya ini satu pengalaman baru,sbb sy tak pernah tgk org mabuk kat kl.hehhe..dalam flight masa kerja dulu ada la.tp tak seteruk mcmni.hihihi

    ReplyDelete
  6. Tidak dinafikan...akan ku menjejekkan kaki jua di tanah Australia ni...Only Time will tell...

    ReplyDelete
  7. nak pegi AU gakkkkk...=) kak syerry..recognise me???hihi

    ReplyDelete
  8. Jom smua dtg bersama rombongan Cik Kiah,hehhe.
    Kenal kenal kenal,wah akak ada follower baru lah.hehe.Toche Toche :)

    ReplyDelete
  9. same2....hihi...i will follow u...u pon follow la i..visit my blog k..(tak malu tol..haha..kite baru je wat blog tu..xde yg menarik pon lg..huhu)

    ReplyDelete
  10. Yieeee gitau k bila datang. Bleh merondaaaaaa =)

    Aiksss my aunty pun ade in here? salamsss pe khabar aunty? :D

    ReplyDelete