Assalamualaikum w.h.t, Salam Sejahtera dan bertemu kembali di Terjemahan Hati.
Kali ini saya akan berkongsi cerita tentang restoran yang saya kunjungi pada 25September yang lepas sempena sambutan ulangtahun pertama perkahwinan saya dan suami.
La Paella Spanish Moroccan Restaurant yang terletak di Sydney Road adalah restoran halal yang menghidangkan aneka jenis hidangan dari negara Sepanyol dan Morocco.
Menjejakkan kaki di restoran ini membuatkan saya terpegun dengan hiasan dalamannya
yang menonjolkan ciri-ciri dari negara tersebut.
Oleh kerana kami pelanggan pertama dan belum ada pelanggan lain yang tiba,maka kami menggunakan kesempatan ini untuk mengambil gambar di dalam restoran.
Barangan seramik di belakang suami saya itu adalah untuk di jual.
Teh pudina di hidangkan sejurus kami tiba,seakan simbolik selamat datang kepada pelanggan.
Hidangan pembuka selera dan hidangan sampingan ini merangkumi 3jenis iaitu,
1) Chermoula Bread – moroccan herb bread;
2)Fried Cheese - golden pieces of fried pecorino cheese with salad;
3)Tortilla - thick omelette of potatoes & onion; served with salad,
manakala hidangan utama kami ialah
Ifran chicken - chicken breast in a caramelised honey & ginger sauce with pineapple, banana & almonds with mash potatoes
dan juga
Beef Tagine - tender beef chunks in sweet cinnamon & moroccan herb sauce, prunes & toasted almonds with couscous.
Gambar semasa kami menjamu selera.Di belakang kami yang anda boleh lihat ialah salah seorang pelayan restoran La Paella.Ketika beliau mengambil pesanan makanan dari kami,beliau menyangka saya adalah pramugari dari Singapore Airlines.Sangkaan beliau tidak tepat, tetapi sebenarnya saya adalah bekas pramugari Malaysia Airlines :-)
Selesai menjamu selera,kami memesan pula minuman sampingan(manis) iaitu
Moroccan Coffee - Black on latte infused with cloves and cinnamon,served with almond biscuit
dan Almond Milkshake
Selesai makan malam,kami bersiar di Crown Entertainment Complex di mana pusat membeli belah,restoran,kafe,panggung wayang,kasino,hotel semuanya di bawah satu bumbung.
Sempena ulangtahun perkahwinan,saya berikan hadiah kejutan untuk suami :-)
Maaf,gambar di atas sedikit kabur kerana tidak menggunakan tripod.(kaki kamera)
Berehat sebentar sambil mengalas perut pada lewat malam,maka kami memesan potato wedges.
Dalam perjalanan pulang ke rumah,saya sempat lagi bergambar di sekitar Crown Entertainment Complex yang berlatar belakangkan bandaraya Melbourne.
Setiap hari bermula jam 8malam hingga 1pagi,pengurusan Crown Entertainment Complex akan mengadakan pertunjukan obor api(seperti gambar di atas).Setiap satu jam pertunjukan ini akan mengambil masa sekitar 5minit.Gambar ini pula diambil tepat jam 12tengah malam.
Begitulah sedikit sebanyak cerita dan gambar yang dapat saya kongsikan bersama anda semua tentang hari istimewa kami berdua.
Tentunya suami lebih merasa gembira kerana makan malam kali ini sedikit berbeza berbanding sebelumnya kerana saya yang beria mahu belanja beliau,malah mendapat hadiah kejutan di butik FCUK :-)
Selamat Hari Ulangtahun ! ;-)
Next....i'm waiting for my bday pressie ;)
ReplyDeleteHappy Anniversary :)
ReplyDeleteAikssss :P
Aikkksss???
ReplyDelete