Ramai juga sahabat dan kenalan yang sedia maklum bahawa saya telah berpindah dari Perth ke Melbourne,
tetapi saya pasti anda antara mereka yang tidak mengetahui bila tarikh sebenar kami berangkat.
Oleh kerana saya dan suami mempunyai minat yang sama iaitu mengembara dan melancong,maka kami mengambil keputusan untuk ke Melbourne melalui jalan darat.
Kami bertolak pada 9hb September iaitu satu hari sebelum hari raya Aidilfitri dan mengambil masa 4hari untuk sampai ke Adelaide Australia Selatan.
Menghabiskan 3hari bersiar-siar di sana dan seterusnya 1hari perjalanan dari Adelaide menuju ke Melbourne Victoria.
Saya memang ingin menulis dan berkongsi bersama anda pengalaman perjalanan semasa berada di atas jalan raya hampir satu minggu ini,tetapi oleh kerana ianya akan mengambil masa yang lama serta ingin memilih koleksi gambar yang terbaik maka saya tangguh kan dahulu.
Untuk tidak menghampakan anda,rumusan atau singkatan cerita perjalanan kami boleh diperolehi di sini,
http://www.hmetro.com.my/articles/20101019003546/Article
Walaupun saya ditemuramah dan artikel ini disediakan oleh wartawan,tetapi 70%-80% adalah hasil penulisan saya sendiri.
Syukur Alhamdulilah,sedikit sebanyak saya merasa bangga apabila hasil tulisan saya di paparkan di dada akhbar. :-)
Dengan ini saya kongsikan juga beberapa gambar yang terdapat di akhbar berkenaan.
Muka hadapan akhabar Harian Metro dalam ruangan Hati |
Ruangan Hati akhbar Harian Metro |
Terima kasih kepada Encik Zulkeflee Haron dan Cik Shafinas Aris yang sudi mengirimkan gambar ini kepada saya.
Untuk memberikan anda gambaran yang lebih jelas apabila anda membaca artikel di atas,saya sediakan beberapa gambar peta Australia dan anda boleh melihat perjalanan kami yang bermula dari Perth Australia Barat hingga ke Melbourne Victoria.
Perjalanan dari Perth ke Kalgoorlie sahaja sudah mengambil satu hari perjalanan |
Hari terakhir perjalanan dari Adelaide ke Melbourne. |
Sekian sahaja buat masa ini,bertemu kita pada masa akan datang,InsyaAllah.Sekian
Ada masa/rezki nak juga buat trip ni lagi. Tak puas coz banyak tempat tak sempat berhenti.
ReplyDeletewoo hoooo!!!! congratss!!! jarang2 orang kite branie wat mcm nie.. tahniah2!!! bangga cek...
ReplyDeleteInsyaAllah,jika di izinkan,kita buat road trip lagi :)
ReplyDeleteCek : Tq :)