Pada pendapat saya,apa sahaja perkara baik yang telah terjadi di dalam kehidupan selama ini,saya sematkan ianya sebagai kenangan manis.
Saya rasa sangat beruntung dan bertuah kerana sepanjang pembabitan saya di dalam aktiviti bersama Puteri UMNO hampir 10 tahun yang lalu,saya dapat bertemu dengan ramai ahli politik serta negarawan negara iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.Tidak berhenti setakat itu,ketika kerjaya saya berkembang bersama Penerbangan Malaysia,saya berpeluang bertemu dengan ramai insan ternama,ahli politik,artis luar negara,pereka kasut mendiang Puteri Diana iaitu Datuk Jimmy Choo,Yang Di Pertuan Agung serta ramai lagi.
Sangkaan saya apabila sudah berpindah ke Australia,peluang untuk berjumpa dan bertemu dengan mereka di dalam golongan di atas tidak akan terlaksana.Lapan bulan yang lepas,saya berpeluang bertemu dengan salah seorang ahli politik kerajaan negeri Australia Barat serta dapat membuat lawatan ke seluruh pelusuk dalam bangunan Parlimen di Perth.Saya berbangga dapat menggayakan baju kebangsaan di dalam Parlimen :-)
Kenangan bergambar bersama suami dan Ed Dermer di luar pintu masuk utama bangunan Parlimen Australia Barat |
Seterusnya,ingin saya ceritakan kepada anda kenangan manis yang pasti tidak akan saya lupakan hingga akhir hayat iaitu dapat berjumpa dengan lebih dekat dengan insan berpengaruh dunia atau lebih dikenali sebagai ratu hos rancangan bual bicara Amerika Syarikat iaitu OPRAH WINFREY!
Oprah yang tiba di Australia minggu lepas dalam rangka lawatan rasmi serta baru siang tadi merakamkan dua buah rancangan beliau di Sydney Opera House.Pada hari Jumaat bersamaan 10hb Disember,Oprah buat julung kalinya bertemu dengan para peminat beliau di Federation Square,Melbourne.Kehadiran beliau yang diiringi bersama Perdana Menteri Australia,Julia Gillard serta Menteri Besar Victoria,Ted Baillieu adalah satu satunya penampilan di khalayak umum.
Poster menyambut kedatangan Oprah ke Melbourne |
Puluhan ribu orang membanjiri Federation Square |
Sabar menunggu kehadiran Oprah |
Oprah hadir bersama Perdana Menteri Australia(berbaju putih) dan Menteri Besar Victoria bersut hitam.Mungkin juga Oprah sedang memandang ke arah kamera saya pada waktu ini :-) |
Dua wanita berpengaruh di dalam dua bidang berbeza |
Semuanya dalam satu masa!Sekali lagi,....saya sangat gembira bertemu dengan Oprah Winfrey. :-)
Sekian
Woo Hooooo! Thumbs up :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewoooo hooo jeles kita!!
ReplyDeletemoooo meow meowww
woahhhhhhhhh... bestnyaaa...
ReplyDeletebangga..bangga..
Pilotz : Thumbs up untuk siapa? Oprah or ? :)
ReplyDeleteMoooo Meow Moew : Alhamdulilah,rezeki masing2 :)
Cek Intan : Mesti bangga.Kenangan Terindah :)
Wah best nya, bukan senang nak jumpa orang femes mcm ni :) Tuah masing2 eh.
ReplyDelete~ Kakak Cranbourne ~
Kakak Cranbourne : Alhamdulilah.. :)
ReplyDelete