Sunday, 27 March 2011

F1

Assalamualaikum w.h.t  dan Salam Sejahtera

Saya adalah salah seorang di antara peminat sukan lumba kereta F1.Pernah memenangi tiket percuma ke perlumbaan F1 di Sepang,tetapi malangnya saya tidak dapat pergi dan tiket terpaksa berpindah tangan kepada abang saya.
Selepas dari tahun itu, saya masih tidak berkesempatan untuk pergi menonton kerana faktor bertugas.Saya pernah melihat kesesakan orang ramai dan lalu lintas di sekitar KLIA dan Sepang serta hanya dapat melihat litar dari awan biru pada hari perlumbaan berlangsung.

Pada tahun ini,tanpa di rancang,saya akhirnya dapat juga menjejakkan kaki serta melihat perlumbaan F1 yang berlangsung di Albert Park, Melbourne Australia.

  2011 F1 Qantas Australian Grand Prix (24-27 March)

Tiket
Pasukan Red Bull Racing yang salah seorang pemandunya berasal dari Australia iaitu Mark Webber
Berlatar belakangkan litar F1
Di belakang saya adalah senarai nama dan gambar juara di sepanjang perlumbaan yang telah berlangsung di Albert Park

Impian saya seterusnya adalah untuk menonton perlumbaan F1 di dalam negara saya sendiri iaitu di litar Sepang :-)

8 comments:

  1. Vrroooommmm Vrooommmm Vrommmmmmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  2. muhamad masih minat dgn alonso....dia sgt2 tak suka kepada hamilton, tak tau kenapa. sekarang dah jarang tunggu F1 kat TV sbb tengah malam:)

    ReplyDelete
  3. Pilotz : :)

    sazsaz : shoib masih setia dgn alonso.kenapa tak minat lewis hamilton?shoib dgn dia sama je botak..hehehh :)

    ReplyDelete
  4. Seriously MEL adalah tempat yang amat ultra-cool untuk tengok F1, tambah pada musim2 mcm nie.. Suasana sejuk dan everything npk cantik.

    Malaysia, terkenal ngan tagline "The Hottest Race in the world!!!

    ReplyDelete
  5. Tapi panas tu yg buat tambah cabaran utk driver kan..yes..weather autumn ni mmg sesuai sgt :)

    ReplyDelete
  6. Hehehe CAB: HOT as in panas & disorganised kan? hehehehe

    ReplyDelete
  7. Tu uniknya Sepang, macam race kat planet lain....Panas membera masa awal-awal race, then hujan selebat alam masa tengah-tengah race...

    ReplyDelete