Melbourne begitu terkenal dengan bermacam-macam festival yang diadakan sepanjang tahun dan
antara yang sedang berlangsung ialah Melbourne Food & Wine Festival.
Festival tahunan yang sudah masuk tahun ke 19 ini bermula dari 4hb Mac dan berakhir pada 14hb Mac.
Sepanjang festival ini berlangsung,pelbagai acara diadakan di dalam Victoria khususnya di bandaraya Melbourne.
Anda boleh merujuk di laman sesawang yang saya berikan ini untuk maklumat lanjut dan jadual aturcara.
(http://www.melbournefoodandwine.com.au/)
Semasa dalam perjalanan berjalan kaki ke Southwharf ( www.southwharf.com.au) pada sebelah tengah hari tadi,saya singgah sebentar ke salah satu acara yang diadakan bersama Melbourne Food & Wine Festival.
Acara pada hujung minggu ini diadakan di hadapan World Trade Centre,Southbank |
Daging stik,roti dan keju juga ada dijual |
Pengunjung berbayar mencuba rasa pelbagai jenis wain |
Pada sebelah petang,saya menghala pula ke persimpangan Lonsdale dan Russell Street di mana di situ telah diadakan acara tahunan khas untuk masyarakat negara Greek iaitu Antipodes Festival.
(http://www.antipodesfestival.com.au/)
Funfair sekadar menumpang kemeriahan Antipodes Festival |
Funfair sekadar menumpang kemeriahan Antipodes Festival |
Gambar kiri : Kanak-kanak menghiburkan pengunjung Gambar kanan : Demostrasi masakan oleh salah seorang bekas peserta rancangan MasterChef 2010 |
"The Greek Community Of Melbourne Welcomes You To The Antipodes Festival". Penyanyi terkenal dari negara Greek juga hadir bagi memeriahkan festival. |
Rata-rata pengunjung adalah dari masyarakat Greek,dan dapat dilihat salah seorang penari yang menggayakan pakaian kebudayaan negara beliau |
Sekian buat masa ini,semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang. :-)
MEL, every week mesti ada festival. If takde tak sah hehehe. Tak kira lah Festival Perut or apa apa :)
ReplyDeletePilotz : Habis "festival perut",datang plak Loreal Melbourne Fashion Week.Lepas tu Festival Bunga plak :D
ReplyDeleteWOW best la....nanti klik2 loreal melb fashion k...nak tumpang tgk je..ekkeke
ReplyDeletePeragawati Atas Bukit
banyaknyaaaaa festival... dalam masa dan hari yg sma... meriahnyaaaa...
ReplyDeleteMiss Eyntan : sepanjang tahun mmg byk festival dan aktiviti :)
ReplyDelete