Melbourne kerap kali mengalami kabus sesudah subuh atau awal pagi,tetapi sangat jarang terjadi kabus di sebelah siang hari.
(28hb Jun)
Pada jam 4.15minit petang tadi,sesudah saya membeli sedikit barangan dapur di sebuah pasaraya,saya tergamam apabila melihat bangunan apartment yang saya diami sudah kelihatan separuh sahaja.
Apa yang terlintas di fikiran ialah,mungkin telah berlaku kebakaran di sekitar kawasan apartment. Saya langsung tidak memikirkan ianya adalah kabus,kerana awal pagi tadi saya sudah melihat ramalan kaji cuaca yang mengatakan kabus hanya pada sebelah pagi sahaja.
Dalam perjalanan berjalan kaki untuk pulang ke rumah barulah saya sedari,tidak ada sebarang kebakaran tetapi ternyata ianya adalah kabus.
Tiba sahaja di rumah,terus saya mencapai kamera untuk menangkap gambar pemandangan dari balkoni.
4.29 minit petang |
4.31 minit petang |
10.22 minit malam |
Sekian
langsung xleh npak pe eak,,,seram lak,,,skrg musim pe kt sne,,,
ReplyDeleteDia jadi waktu petang or dari pagi till petang?
ReplyDeleteyie ada buat research..and yep. Scientist pon kata ini adalah rare event.
ni webpage tersebot. http://www.news.com.au/national/melbourne-hit-by-freaky-fog-that-looks-like-armageddon-rolling-in/story-e6frfkvr-1226083726777
Zana : sekarang musim sejuk (winter)
ReplyDeleteAcab : Masa gbr ni diambil,baru terjadi,dan midnight baru clear semula.
Thanks for the link.news.com.au ni mmg acu baca hari2. :)
Teruk waktu tu in MEL. Kita plak sangkut delayed for nearly 5hrs due to severe storms.
ReplyDeletePilotz : Tu lah,cuaca tak baik minggu tu :(
ReplyDelete