Setelah pulang ke rumah pada lewat petang ,saya begitu tidak sabar untuk bercerita di dalam Terjemahan Hati.
Pada sebelah siang tadi,saya keluar bersama sahabat suami saya iaitu Kak Julia Gibby.Suami saya dan Kak Julia sudah lama berkenalan,tetapi bagi saya pula ini baru pertemuan kali kedua.Pertama kali saya bertemu dengan Kak Julia ialah semasa beliau hadir ke majlis perkahwinan saya dua tahun yang lalu.
Kak Julia dan suami datang bercuti ke Melbourne sambil melawat anak bongsu mereka yang menuntut di salah sebuah universiti tempatan.
Rancangan asal Kak Julia mahu berjumpa dengan saya dan suami,tetapi disebabkan suami bertugas ke luar negeri,maka hanya saya seorang yang dapat meluangkan waktu bersama.
Pada mulanya saya agak segan untuk berjumpa Kak Julia kerana saya belum pernah berbual panjang dengan beliau,maklumlah pertemuan pertama pun hanya di meja makan pengantin.:-)
Suami meyakinkan saya bahawa Kak Julia seorang yang ramah tamah dan mesra dengan sesiapa sahaja.Malah kata suami,"Kak Julia datang dari jauh (Singapura),jadi apa salahnya berjumpa dengan mereka yang ikhlas datang mahu menziarahi kita walaupun sekejap."
Hadiah dari kami untuk Kak Julia dan suami |
Bersama Kak Julia dan anaknya Laura Gibby |
Di dalam trem |
Di South Wharf |
Terima kasih diucapkan kepada Kak Julia di atas pemberian ole-ole yang dibeli oleh beliau dari Singapura dan England untuk saya dan suami.
Buku-buku kerohanian dan pelembap bibir |
Thank you Kak Julz. Dah 2-3 kali Kak Julz datang dari jauh untuk jumpa kita. Waktu majlis persandingan kami pun Kak Julz sanggup terbang dari SG & now in AU. Terharu sungguh. Nevertheless beribu maaf since kali ni saya tak dapat ambil leave so tak dapat join in the fun. Thank you once again for all the gifts & effort untuk berjumpa kami. Dari jauh & berminggu minggu dah plan. InsyAllah next time/trip kita jumpa lagi in AU/SG or even in MY.
ReplyDeletesayang tk berkesempatan bertemu...insyallah kalo ada umor panjang di lain waktu
ReplyDeleteKA
tak kesempatan bertemu..insyallah panjang umor di lain waktu.
ReplyDeleteKA : Umur panjang InsyaAllah boleh berjumpa :)
ReplyDeletesalam dik....apa khabar? Rindunya kat awak
ReplyDeleteNisa : Wlam kak,khabar baik. wow,cantiknya gbr akak ;)
ReplyDelete