JAMROC Jamaican Jerk Chicken. Merupakan sebuah restoran yang menyediakan hidangan asli dan tradisional negara Jamaica di Gold Coast, Queensland.
Saya sudah mendapat tahu mengenai restoran ini sebelum kami berlepas untuk bercuti ke sana lagi.
Nampaknya keterujaan saya dan suami untuk datang menikmati makanan di sini berbaloi sama sekali kerana ianya tidak menghampakan kami berdua.
Selepas satu hari suntuk menghabiskan masa di Movie World, kami menuju ke JAMROC Jamaican Jerk Chicken untuk makan malam.
Menu diletakkan di hadapan pintu masuk. |
Ayam bakar dan kentang goreng yang ditabur dengan serbuk perasa yang istimewa. |
Ayam bakar bersos bbq bersalut roti pita serta kentang goreng ditabur dengan serbuk perasa istimewa. |
Maka, tiga hari kemudian kami kembali sekali lagi untuk makan malam dan dapat dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari seorang penyanyi.
Di ruang menunggu/berehat. |
Dapat dilihat di belakang suami saya, persembahan nyanyian sedang berlangsung. |
Shop c51a Q Super Centre
Corner of Bermuda & Markeri Streets
Mermaid Waters
Queensland
(07) 55751501
www.jamroc.com.au
woahhhhh.. bestnyaaaa... nmpak lazat.! :D
ReplyDeletemiss eyntan : konsep mcm nandos.tapi rasa,rempah,sos berbeza.sedap tau :)
ReplyDelete