Tuesday, 10 January 2012

Percutian Musim Panas 2011 (5- Tetamu Istimewa)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

29 NOVEMBER 2011
Sejak dari awal percutian saya di Perth,sudah beberapa kali saya ada menyebut bahawa akan ada tetamu istimewa dari Malaysia yang akan tiba.

Hati melonjak gembira dan teruja apabila pesawat yang membawa tetamu istimewa sudah pun mendarat di Lapangan Terbang Perth
Penerbangan Singapore Airlines yang baru sahaja mendarat setelah 1jam lewat dari jadual asal
Tetamu istimewa yang saya maksudkan tidak lain tidak bukan ialah, ......

Ashraff,anak saudara saya
Pelukan rindu
Dua tahun dan dua bulan terpisah akhirnya Perth menjadi saksi,anak saudara sulung yang juga ahli keluarga yg pertama datang ke Australia melawat saya dan suami setelah kami berkahwin. :-)

Pulang ke rumah dari lapangan terbang seawal subuh(oleh kerana musim panas,matahari terbit sekitar jam 4pagi).Kami hanya dapat tidur dan berehat hanya beberapa jam sahaja kerana aktiviti padat akan menanti anak saudara saya,Ashraff.

Suami membuat temujanji untuk berjumpa dengan sahabat beliau yang juga ahli Parlimen Australia Barat di minit terakhir semata-mata mahu memperkenalkan Ashraff kepada sahabat beliau.

Sahabat suami yang juga ahli parlimen Australia Barat, Ed Dermer
Lawatan ke Parlimen Australia Barat pertama buat Ashraff,kedua buat saya dan beberapa kali buat suami

Hons Ed Dermer meluangkan masa selama satu jam dengan membawa kami melawat seluruh bangunan di dalam Parlimen serta dapat minum kopi bersama.Beliau sanggup mengorbankan waktu rehat beliau semata mata untuk kami dan Ashraff sangat terkejut kerana seorang yang berpangkat tinggi sangat merendah diri jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan ahli politik di negara kita.

Selepas Ashraff dikejutkan dengan pertemuan bersama ahli parlimen,sekali lagi beliau terkesima dan terkedu apabila kami membawa beliau ke Royal Aero Club Western Australia di Jandakot Airport untuk memberi peluang beliau mengemudi pesawat ringan bersama juruterbang terpilih.Ashraff memang berminat di dalam penerbangan sejak beliau di bangku sekolah rendah lagi.Oleh kerana itu lah,saya dan suami memberi peluang untuknya.

Ashraff telah dipuji oleh juruterbang/jurulatih kerana kebolehan mengemudi pesawat dengan keyakinan tinggi
Mendapat sijil pengiktirafan
Suami menerangkan sesuatu mengenai hal penerbangan yang kebetulan Royal Aero Club ini salah satu sekolah terbang beliau di Perth satu masa dahulu
Tugu peringatan perang di Fremantle
Makan malam di  Cicerellos
Latar belakang bandaraya Perth pada waktu malam
Menziarah keluarga angkat suami


30 NOVEMBER 2011

Apabila pelancong datang ke Australia,tidak sah sekiranya tidak melihat dengan lebih dekat lagi haiwan istimewa yang tidak ada di negara lain seperti kangaroo dan koala.Kami membawa Ashraff ke Caversham Wildlife Park tetapi sebelum sampai ke sana,sempat singgah di kilang coklat dan ladang anggur yang kebetulan sedang musim untuk dipetik.

Kilang coklat dan ladang anggur
Ashraff dan seekor ibu kangaroo,anaknya serta koala
Makan tengah hari di Suria Cafe dan bergambar bersama pemilik Suria Cafe yang juga rakan sepermainan suami sejak dari kecil
Beliau kagum dengan kebersihan keretapi Trans Perth ini malah lantainya dilitupi dengan permaidani
Di Kings Park And Botanic Garden
London Court pada waktu malam
*Akan bersambung

6 comments:

  1. yahooo..!!! da sampaiii..


    betul kata org dulu2.. jauh perjalanan luas permandangan kan.. scara tak langsung melawat sambil belajar budaya dan tamadun negara luar.. :)

    ReplyDelete
  2. miss eyntan : syukur yie berpeluang belajar dan tgk negara luar,tambahan pula dpt berjumpa dgn kwn2 unclee yg vip or berjawatn tinggi tapi humble se humblenya. yie juga dpt jumpa beberapa org yahudi.nak tahu org yahudi baik or tak,kena tnya dia :)

    ReplyDelete
  3. wow.. udah beso mat toyi kan?? ingat lagi dia kecik2 dulu marah kat arwah to yop, kata nya muka tok yop macam jebon hehhe....

    acu, looking gorgeous in beatiful tudung! mak ngah tu, asal sebut pasal kamu je, mesti nyuruh kirim salam kamu laki bini. rindu bebeno katanya.. ingat lagi jaman makan keropok dgn kopi o ye dak?? Take care::))

    ReplyDelete
  4. sazsaz : ate,udah 23tahun budak mat toyie ni..betoi ke dulu dia kata arwah tok yop,jebon?! hahahaa.that's hilarious. :))
    Thanks Cik Yan.saya pun rindu kat fmly di gombak.doa2kan sy cepat balik Msia ye.niat di hati nak bawak mak dtg kl,then lepak rumah cik yan.lepak do nothing :)

    ReplyDelete
  5. So much fun, semoga Ashraff dapat kembali semua ke bumi Kangaroo di masa akan datang InshaAllah.

    ~KC~

    ReplyDelete
  6. KC : InsyaAllah,harap dia dpt dtg lg dtg utk menimba ilmu pengetahuan dari negara ni :)

    ReplyDelete