Friday, 23 November 2012

ALCATRAZ (Bahagian 4)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Ini adalah cerita dan gambar-gambar bahagian terakhir siri lawatan saya ke ALCATRAZ. Jika anda ketinggalan, sila rujuk semula dari bahagian 1,2 dan 3 untuk mendapatkan cerita penuh.

Berada di luar bangunan pentadbiran penjara dan di belakang saya ialah bandaraya San Francisco. Gambar di atas, anda boleh lihat saya memegang palang besi dengan begitu kuat sekali gara-gara angin kencang.Barangkali boleh terjadinya kecederaan jika ada di kalangan pelawat yang tidak berhati-hati semasa bersiar-siar di kawasan ini
Rumah api yang dibina pada tahun 1854 dan pertama kali dinyalakan pada tahun 1909
Sekitar kawasan rumah milik warden penjara yang dianggap mewah pada ketika itu
Pintu masuk / pandangan depan bangunan pentadbiran penjara.Pandangan mata mereka yang berada di Alcatraz memang tidak dapat lari dari melihat bandaraya San Francisco


Saya berdiri di hadapan sel banduan yang cuba hendak melepaskan diri dengan memecahkan dinding
Gambar atas kiri : Taktik dan cara banduan yang cuba hendak melepaskan diri dari penjara.Memecahkan dinding sel,masuk ke dalam lubang yang dipecahkan lalu keluar di koridor serbaguna dan memanjat ke atas bumbung

Gambar atas kanan : Tiga orang banduan yang telah cuba untuk melepaskan diri

Gambar bawah kiri : Sebelum banduan meloloskan diri, mereka telah meletakkan kepala patung seolah-olah sedang tidur untuk mengaburi pengawal

Gambar bawah kanan : Lubang yang telah dipecahkkan untuk menembusi koridor serbaguna

*Gambar koridor serbaguna boleh dilihat di ruangan Alcatraz Bahagian 3*
Gambar atas kanan : Dewan makan yang menghidangkan makan sebanyak tiga kali sehari untuk para banduan

Gambar atas kanan : Oleh kerana banduan menggunakan sudu,garfu dan pisau besi,para pengawal harus memantau banduan ketika mereka sedang makan kerana tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku

Gambar tengah kiri : Pintu masuk dapur dari arah dewan makan

Gambar tengah kanan : Contoh menu yang dihidangkan

Gambar bawah kiri : Dapur yang besar

Gambar bawah kanan : Saya berdiri di tengah-tengah dewan makan yang besar
Kelengkapan barang dapur
Gambar atas : Di dalam dewan makan terdapat poster mengenai buku bertajuk "Life After Murder". Kisah lima individu yang juga bekas banduan yang pernah disabitkan dengan kes pembunuhan

Gambar tengah : Lima orang bekas banduan yang telah memulakan kehidupan baru

Gambar bawah : Mereka bergambar bersama pasangan masing-masing serta jurugambar profesional

Saya berdiri di belakang poster yang menunjukkan satu kumpulan banduan berjalan di "Broadway" (laluan antara dua blok) untuk terakhir kali sebelum mereka dipindahkan dan penjara ditutup dengan rasminya pada 21hb Mac 1963
Berada di kawasan menjual cenderahati - Lelaki di dalam gambar di atas ialah penulis buku mengenai Al Capone, penjenayah yang sangat popular di Alcatraz
Berada di kawasan menjual cenderahati serta pelbagai buku mengenai Alcatraz antaranya ialah seperti gambar di atas kanan, pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan di pulau penjara ini
Gambar atas kiri : Salah satu peraturan penjara yang dijadikan poster

Gambar bawah kiri : Al Capone, gangster Amerika yang terkenal dengan melakukan banyak aktiviti jenayah.Beliau antara banduan yang pernah dimasukkan di penjara di Alcatraz

Gambar kanan : Buku mengenai cerita kehidupan seorang lagi bekas banduan yang pernah menjalani hukuman selama lima tahun akibat dari kegiatan merompak bank dengan bersenjata iaitu Robert Luke

Anda boleh ke laman sesawang ini untuk melihat gambar Robert Luke yang kembali ke Alcatraz pada tahun awal tahun lalu
http://alcatraztherock.com/blog/2011/12/14/return-to-the-rock/
Selesai lawatan di penjara utama serta membeli sedikit ole-ole dan beberapa gambar dirakamkan semasa dalam perjalanan berjalan kaki untuk pulang ke terminal feri
Lagi gambar semasa berjalan kaki menuju ke terminal feri.Terdapat juga sebuah lori Chevrolet lama yang dipamerkan di situ
Gambar terakhir sebelum meninggalkan Pulau Alcatraz.Kami datang pada awal pagi dan pulang dengan menaiki feri terakhir (untuk sesi lawatan siang hari)
Gambar atas dan tengah : Di dalam feri semasa perjalanan pulang ke tanah besar iaitu bandaraya San Francisco

Gambar bawah : Anda boleh lihat ramainya pelawat yang sedang menunggu masa untuk menaiki feri ke Alcatraz dalam sesi lawatan malam (hanya satu sesi sahaja lawatan malam yang diadakan setiap hari)
Inilah kesemua cenderamata yang dibeli sebagai kenangan dan tanda menjejakkan kaki dan melakukan lawatan ke Pulau Alcatraz

- Kepada mereka yang berminat bercuti ke San Francisco, anda perlu memasukkan lawatan ke Pulau   Alcatraz di dalam senarai.

- Tiket lawatan disarankan supaya dibeli secara online sekurang-kurangnya 1 minggu awal dari tarikh lawatan.

- Pakai kasut dan pakaian yang bersesuaian.

- Jika ingin merasa puas melakukan lawatan di Alcatraz,anda di galakkan membeli tiket seawal pagi  dan boleh berada lama di sana.(5-6 jam adalah tempoh yang sesuai untuk lawatan penuh).

- Alat pendengaran yang disediakan untuk lawatan di dalam penjara utama mempunyai pelbagai pilihan bahasa dan yang lebih menarik lagi maklumat yang disampaikan di dalam audio visual tersebut diolah seperti pegawai penjara sedang bercerita dengan gaya lakonan semula.Ini membuatkan para pendengar lebih memahami isi cerita.

Dengan empat bahagian mengenai Alcatraz,saya berharap semoga pembaca terhibur dan mendapat serba sedikit maklumat .Gambar-gambar yang saya sertakan di sini dikirakan masih sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan gambar yang saya rakamkan di Alcatraz.Maaf hanya ini sahaja yang saya mampu untuk kongsikan bersama anda.

Terima kasih kerana masih setia bersama TERJEMAHAN HATI. :-)

2 comments: