Wednesday, 28 November 2012

Diet Berjaya Lagi !

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sekadar berkongsi cerita.
Pada bulan September yang lalu, saya dan suami yang sudah lama tidak menimbang berat badan telah menimbang berat masing masing.Memang dapat mengagak bahawa angka berat pasti akan berubah tetapi tidak menyangka ia naik begitu mendadak.Ya, berat kami naik hampir 10 kilogram!

Tidak mahu membazir membeli pakaian baru, maka saya mula kembali berdiet dan suami turut serta.Saya akui selama ini saya sudah beberapa kali berdiet apabila berat badan naik dan kesemuanya berjaya.

Diet memerlukan displin yang tinggi

Saya meletakkan gambar di atas sebagai bukti pencapaian peribadi yang tidak seberapa ini.Belum sampai satu bulan berdiet, saya sudah kembali ke bentuk badan yang asal.
Pemakanan yang seimbang serta senaman membantu saya dalam proses ini dan yang penting sekali displin dalam mengawal nafsu makan.
Sehingga ke hari ini,saya tetap berdisplin dalam pemakanan malah kerap pergi ke gimnasium (lebih kurang 4 kali seminggu)

Kepada mereka yang berkeinginan untuk menurunkan berat badan, saya ucapkan Selamat Berjaya! :)

4 comments:

  1. Hmm Hmm mari kita buat scale check again :)

    ReplyDelete
  2. Wah nampak beza before and after photos. Muka dah kurang tembam. Keep up the good work. :-)

    ~KC~

    ReplyDelete