Wednesday, 27 February 2013

Albany dan Denmark, Western Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kali ini saya membawa anda bersama-sama melihat gambar-gambar semasa saya dan suami di dalam percutian di selatan Australia Barat iaitu di Albany serta beberapa lagi daerah yang berdekatan dengannya.

NOVEMBER 2009
Perjalanan dari Perth ke Albany mengambil masa selama 4jam 25minit (tanpa henti) bersamaan lebih kurang 417km.
Beberapa papan tanda amaran keselematan yang menarik perhatian saya kerana lain daripada yang lain


Gambar atas : Baru melepasi separuh perjalanan.Untuk maklumat tambahan di Katanning majoriti penduduknya ialah mereka yang berbangsa Melayu yang berasal dari Cocos Island

Gambar tengah : Di Kojonup

Gambar bawah : Singgah sebentar di Lapangan Terbang Albany

Gambar atas : Batu yang berbentuk kepala anjing di pekan Albany

Gambar bawah : Di sebuah padang yang penuh dengan kangaru
Stesen jana kuasa di Albany

Stesen jana kuasa yang terbesar di Albany
NATURAL BRIDGE,THE GAP dan BLOWHOLES
Lagi pembentukan batu semulajadi yang boleh dilihat di Australia Barat dan digelarkan The Gap dan Natural Bridge. Ia diukir oleh ombak lautan (Southern Ocean) dari batu granit yang membentuk pantai dan mempunyai penurunan 50 meter ke laut
Tiupan angin dan hempasan ombak yang kuat boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan ianya memang pernah terjadi di sini. Papan tanda amaran keselamatan diletakkan di merata-rata tempat tetapi malangya masih ada yang ingkar mengikutinya
Anda boleh lihat melalui gambar-gambar di atas, batu besar ini seperti sebuah jambatan.Oleh kerana itulah ianya dipanggil Natural Bridge
The Gap

Gambar paling bawah : Di sebelah kanan gambar, terdapat palang di mana pelancong dibenarkan berdiri untuk mengambil gambar di sebelah jurang ini. Walaupun terdapat tempat khas dan palang, tetapi semasa saya berdiri disitu perasaan takut dan seriau tetap terasa, ini kerana angin kuat dan percikan ombak dari aras laut masih dapat dirasai sehingga ke atas!
Gambar atas : Sejarah terbentuknya The Gap dan Natural Bridge

Gambar tengah : Perjalanan berjalan kaki menuju ke Blowholes yang jaraknya beberapa ratus meter dari tempat meletakkan kereta
Blowholes ialah kejadian alam semulajadi apabila air laut dipaksa oleh ombak yang melalui celahan batu sekaligus mengeluarkan bunyi dan angin yang kuat.


Gambar atas : Amaran - Di larang duduk berdekatan Blowholes

Gambar tengah : Maing-masing duduk untuk mendengan bunyi yang akan keluar dari Blowholes

Gambar bawah : Dari Blowholes, sekali lagi kami berjalan kaki beberapa ratus meter untuk ke tempat meletak kereta
TREE TOP WALK 
Perjalanan dari Albany menuju ke Tree Top Walk yang terletak di dalam Valley Of The Giants mengambil masa lebih kurang 1jam 25minit.


Gambar atas : Pemanduan kami menuju ke Walpole

Gambar tengah dan bawah  : Hampir
sampai ke destinasi
Gambar atas : Pintu gerbang / pintu masuk ke Valley Of The Giants

Gambr tengah : Peta keseluruhan Valley Of The Giants

Gambar bawah : Bayaran masuk untuk seorang dewasa dikenakan sebanyak AUD10.Tetapi harga semasa sudah naik ke AUD12.50
Selain Tree Top Walk, terdapat beberapa lagi tarikan menarik di dalam Valley Of The Giants ini seperti Wilderness Discovery Centre.
Sejarah. Beginilah peta dunia 50 juta tahun dahulu
Tree Top Walk
Tree Top Walk - Alami keseronokan berjalan melalui kanopi hutan belantara yang berbentuk segitiga sepanjang 600 meter setinggi 40meter sambil melihat keindahan alam semulajadi yang tidak tercemar dan melihat pelbagai jenis pokok-pokok hutan yang berusia ratusan tahun.

Gambar atas : Pemandangan Tree Top Walk dari arah jauh

Gambar bawah : Salah seorang pelancong dari Korea yang takut akan ketinggian Tree Top Walk
Gambar atas : Ketinggian 40 meter

Gambar tengah dan bawah : Pemandangan yang dilihat dari Tree Top Walk

Wilderness Discovery Centre

Antara pokok terbesar dan tertua di dunia

DENMARK
Dalam perjalanan pulang ke Albany, kami singgah sebentar di Denmark, iaitu 65.7km dari Valley Of The Giants.
Gambar atas : Pekan Denmark

Gambar tengah : Tugu peringatan perang. Nama-nama tentera yang mati semasa peperangan di Malaya,Korea dan Vietnam turut dicatatkan di situ. (Malaya - 1948-1960)

Gambar bawah : Perpustakaan awam di Denmark

Akan bersambung....

No comments:

Post a Comment