Thursday, 21 February 2013

Wave Rock, Hyden Western Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Jika anda alihkan tajuk di atas kepada bahasa Melayu tentunya anda akan menyebutnya "Batu Berombak".Ya, memang benar wujud batu berombak di Australia Barat yang dipercayai pembentukan batu asli ini sudah pun berusia 2700 juta tahun yang lalu.

Wave Rock di Hyden terletak 340km timur Perth Australia Barat melalui Lebuhraya Brookton atau 350km melalui York
Oleh kerana saya belum pernah berkongsi gambar-gambar Wave Rock di dalam Terjemahan Hati, maka pada hari ini akan saya sertakan beberapa gambar yang dirakamkan semasa saya ke sana pada Oktober 2009 dan Disember 2011.

2009
Gambar atas : Di dalam perjalanan menggunakan Brookton Highway dengan suhu 13 darjah Celsius

Gambar tengah : Tiba di pekan kecil Brookton yang populasi penduduknya seramai 978 orang (dikira pada tahun 2006)
Gambar bawah : Meneruskan perjalanan
Indahnya pemandangan dengan melihat ladang gandum yang menguning

Gambar atas : Selepas Brookton, kami tiba pula di sebuah lagi pekan kecil yang bernama Corrigin.Populasi penduduk yang dikira pada tahun 2006 ialah 1145 orang

Gambar tengah dan bawah : Kubur yang dikhaskan untuk anjing sahaja

Gambar atas : Town Hall di Corrigin

Gambar bawah : Di pendalaman pun polis tetap menjalankan tanggungjawab terhadap pengguna jalanraya yang melakukan kesalahan

Walaupun Brookton dan Corrigin dilihat sebagai pekan kecil tetapi kedua-dua pekan ini antara yang menyumbangkan pendapatan ekonomi negeri dengan hasil dianggarkan sebanyak AUD25 juta setahun dalam bidang pertanian.
Gambar atas : Lapangan Terbang Wave Rock.Suami saya pernah beberapa kali melakukan pendaratan di sini semasa dalam sesi latihan penerbangan lebih kurang 13-14 tahun yang lalu

Gambar dua dari atas : Inilah landasan lapangan terbang.Jangan terkejut kerana di pendalaman Australia terutamanya di negeri Australia Barat, lapangan terbang kecil tidak mempunyai landasan berturap.Banyak yang dipanggil Airstrip sahaja.

Gambar tiga dari atas : Sebuah helikopter bersedia untuk berlepas

Gambar paling bawah : Helikopter ini membawa paip air
Gambar atas dan tengah : Kawasan berhampiran Wave Rock yang dahulunya tasik kini kering kontang

Gambar bawah : Tidak jauh dari motel, terdapat kereta kebal yang diperbuat dari bahan terbuang
Wave Rock
Anda dapat lihat sendiri kejadian alam semulajadi dimana batu yang berbentuk seperti ombak besar. Tingginya lebih kurang 14meter dan panjangnya 110 meter
Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kedai menjual cenderahati
Dalam perjalanan pulang, kami berhenti sebentar di tepi jalan melihat kreativiti penduduk tempatan mengguna semula barangan terbuang seperti tin dan zink
Perjalanan menuju ke Merredin seterusnya pulang ke Perth
Merredin ialah sebuah pekan yang terletak kira-kira 256km dari Perth dengan populasi penduduknya seramai 2897 orang (dikira pada tahun 2011) dan ternyata lebih besar dan lebih banyak kedai menjual pelbagai keperluan berbanding Brookton dan Corrigin.

World Record Road Train Site bermaksud Road Train terpanjang di dunia pernah melalui jalan ini pada tahun 1999.Tahun-tahun berikutnya, rekod dunia ini dipegang bersilih ganti antara negeri Australia Barat dan Queensland.
Hanya di Australia, lori atau trak panjang seperti gambar di atas digelar dengan nama "Road Train" dan boleh dilihat di serata negeri Australia Barat dan Queensland.
Dipetik di dalam sebuah laman sesawang, "
Australia has the largest and heaviest road-legal vehicles in the world"
Melawat sebuah kampung di Mackering yang dahulunya pernah mengalami gempa bumi.

Gambar tengah : Jika anda lihat di sebelah kanan gambar terdapat sebuah papan tanda "Baby Cot Here".Bermaksud masih terdapat peninggalan katil bayi milik bekas penghuni rumah ini
Di Meckering terdapat sebuah kedai kamera yang bangunannya berbentuk camera DSLR.Sungguh unik!
Dari Meckering, perjalanan untuk pulang ke Perth mengambil masa lebih kurang 1jam 37 minit (134km).

2011
 

Kunjungan ke Wave Rock pada kali ini tidak sahaja berdua bersama suami tetapi bertiga.Anak saudara dari Malaysia turut bersama yang ketika itu beliau datang bercuti ke Australia selama tiga minggu.


Di tanah perkuburan anjing di Corrigin
Tasik berwarna hijau tidak jauh dari Lapangan Terbang Wave Rock

Wave Rock
Dua gambar kiri : Di dalam pusat khidmat pelancong.Turut ada di dalamnya ialah restoran dan kedai menjual cenderahati.Patung koala turut diletakkan di situ sebagai tarikan pelancong

Gambar kanan : Walaupun sudah berkarat, tetapi peti surat uni masih berfungsi seperti biasa
Beginilah jalanraya di pendalaman menuju ke Merridin (jalan pintas).Daripada jalan bertar dua hala sehinggalah jalan tanah merah yang sempit.Papan tanda hitam putih itu bermaksud tiada had laju yang diberikan. Jika hendak memandu pecut sehingga ke 200km/j pun tidak mengapa tetapi jika berlaku kemalangan, syarikat insuran tidak akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan

1 comment: