Sunday, 31 March 2013

SINGAPURA 2013

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Menjejakkan kaki ke Singapura bukanlah kedatangan saya yang pertama, kedua atau ketiga tetapi sudah banyak kali kerana faktor kerja dan menziarahi keluarga mertua yang menetap di sana.Pendek kata selepas Malaysia, Singapura juga seakan kampung kedua bagi saya.

Setelah tiga tahun lima bulan tidak pulang, akhirnya baru-baru ini saya kembali ke Kota Singa.
Gambar-gambar di bawah saya rakamkan ketika pesawat yang saya naiki sedang dalam perjalanan turun sebelum mendarat di Lapangan Terbang Changi.

Melalui tingkap pesawat para penumpang dapat melihat pemandangan di kawasan sepertiGambar atas : Kawasan perindustrian dan perumahan Jurong

Gambar bawah : Kawasan perumahan East Coast dan Marine Parade
Kualiti gambar agak kurang memuaskan kerana ianya dirakamkan dari arah jauh dan keadaan sedikit berawan

Gambar atas : Pusat pernigaan di Singapura (CBD - Central Business District)

Gambar bawah : Hotel terbaru yang terkenal serta menjadi tumpuan dunia iaitu Marina Bay Sands
Gambar atas : Hampir berada di penghujung landasan dapat dilihat Tanah Merah Country Club

Gambar tengah : Pesawat pengisi minyak milik Tentera Udara Singapura (RSAF) KC 135

Gambar bawah : Selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi

Teruskan bersama Terjemahan Hati bagi mengikuti beberapa siri catatan perjalanan sepanjang saya berada di Temasek ini (nama lama bagi Singapura).

Wednesday, 27 March 2013

Malaysia Airlines Golden Lounge Regional (KLIA)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya singgah sebentar di Golden Lounge Regional milik Malaysia Airlines sebelum menyambung penerbangan seterusnya ke Singapura.Seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ini, balai tamu (Golden Lounge) dikhaskan untuk penumpang kerap (frequent flyer) yang memegang kad program kesetiaan Enrich Platinum, Gold dan Silver serta pemegang kad kesetiaan Platinum dan Gold dari syarikat penerbangan lain yang menyertai oneworld alliance.

Gambar atas : Golden Lounge Regional terletak di bersebelahan dengan aerotrain platform 1

Gambar bawah : Mendaftar sebelum dibenarkan masuk
Golden Lounge Regional membawa konsep dan hiasan dalaman yang berunsur alam semula jadi seperti kayu, batu dan air bagi bersama-sama mewujudkan suasana yang menenangkan untuk tetamu (penumpang)
Gambar atas : Pelbagai hidangan makanan dan minuman disediakan di sini sama banyak seperti hidangan buffet di hotel-hotel terkemuka.Pagi tersebut saya hanya menjamah roti sandwic dan segelas susu kacang soya

Gambar bawah : Pemandangan KLIA  dari dalam Golden Lounge Regional

Monday, 25 March 2013

Malaysia Airlines Golden Lounge (Perth Intl Airport)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Golden Lounge milik Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, Australia Barat dikhaskan untuk penumpang kerap (frequent flyer) yang memegang kad program kesetiaan Enrich Platinum, Gold dan Silver serta pemegang kad kesetiaan Platinum dan Gold dari syarikat penerbangan lain yang menyertai oneworld alliance.

Golden Lounge milik Malaysia Airlines menyediakan tempat rehat dan menyajikan hidangan ringan sementara mereka menunggu untuk memasuki pesawat




Saturday, 23 March 2013

Pilihanraya Umum Negeri Australia Barat 2013

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Pilihanraya umum peringkat negeri di Australia Barat telah diadakan pada 9hb Mac 2013. Perkara menarik yang membuatkan saya ingin berkongsi bersama anda ialah tentang pengundian awal (early voting) yang memudahkan rakyat untuk mengundi mengikut kesesuaian masa dan tempat bagi setiap individu.

Masa yang saya maksudkan ialah pengundi boleh membuang undi pada bila-bila masa bermula lebih kurang dua minggu awal dari tarikh sebenar (9hb Mac) dan terdapat banyak tempat untuk membuang undi seperti di lapangan terbang, hospital-hospital kerajaan dan pejabat suruhanjaya pilihanraya.

Bagi yang berada di luar negara tidak kira dalam waktu bertugas atau bercuti, mereka boleh membuat pengundian awal (early voting) di pejabat kedutaan dan konsulat Australia yang berdekatan.

Atas tuntutan kerja, suami saya sebagai warganegara Australia yang berasal dari negeri Australia Barat telah menjalankan tanggungjawab di mana beliau telah membuang undi sembilan hari awal dari tarikh asal.

Surat rasmi dari Western Australian Electoral Comission yang dipos awal tanda peringatan supaya keluar mengundi pada tarikh yang ditetapkan. Maklumat kepada mereka yang mahu mengundi awal turut disertakan di dalam surat ini
Suami telah ke ibu pejabat Western Australian Electoral Comission (Suruhanjaya Pilihan raya) di Perth untuk membuang undi
Kempen pilihanraya yang cukup sederhana
Membuat semakan nama dengan pegawai pilihan raya
Masa untuk membuang undi

Jika anda ingin melihat gambar-gambar semasa saya menemani suami saya membuang undi pada pilihanraya umum negara Australia (2010) yang dijalankan secara sederhana tanpa perang poster seperti di Malaysia, sila klik di :
http://www.sharery.blogspot.com.au/2010/08/pilihanraya-di-australia.html
atau sila klik kemasukan (entry) pada tahun 2010 bulan Ogos dengan tajuk Pilihanraya di Australia.

Friday, 22 March 2013

Jumaat Hari Tanpa Kata

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


Koleksi Gelas Starbucks dari Emiriah Arab Bersatu

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Menambah koleksi dari Starbucks UAE

Saturday, 2 March 2013

Albany dan Kojonup, Western Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

EMU POINT
Pantai ini terletak kira-kira 7km dari pekan Albany.Selain restoran,kafe dan motel pantai ini menjadi tarikan pelancong untuk berkelah.

Emu Point telah mendapat anugerah Pantai Terbersih Di Australia Barat pada tahun 2011
Emu Point
Albany pada waktu petang yang sungguh berangin
Albany di waktu senja
Bibbulmun Track ialah panduan bagi mereka yang ingin berjalan kaki dari Albany ke Perth dengan jarak lebih kurang 1000km

Pekan Albany

Gambar atas : Sebuah kapal persiaran sedang berlabuh di pelabuhan.Terdapat beratus orang penumpang turun dan bersiar-siar sebnetar di sini
Town Hall

KOJONUP
 

Semasa dalam perjalanan pulang ke Perth, kami singgah sebentar di pusat khidmat pelancongan di Kojonup.
Kojonup terletak 153km dari Albany dan 263km dari Perth.Nama Kojonup itu sendiri berasal dari Kodja (bahasa dari kaum Asli Australia).


Gambar atas : Pusat khidmat pelancongan di Kojonup yang turut mengadakan pameran mengenai Borneo. Sungguh tidak disangka sekali terdapat pameran sejarah mengenai negara kelahiran saya di bumi Kangaru ini

Gambar tengah dan bawah : Artikel surat khabar mengenai perang di Malaya dan Singapura pada waktu dahulu

Selain pameran mengenai sejarah peperangan di Malaya, di sini juga terdapat informasi mengenai Kojonup dan informasi gaya hidup penduduk tempatan
Gambar atas : Bas mini lama

Gambar bawah : Lukisan di dinding yang bermotifkan kesenian dari kaum asli Australia
Saya pernah bercerita mengenai airstrip yang terdapat banyak di kampung serta pendalaman di dalam Australia Barat.
Airstrip ialah lapangan terbang yang hanya mempunyai sejalur tanah yang tidak berturap dikhaskan untuk kapal terbang kecil mendarat dan berlepas.


Airstrip di Kojonup
Suami saya juga pernah berlepas dan mendarat di airstrip Kojonup semasa beliau melakukan latihan penerbangan 13-14 tahun yang lalu