Pilihanraya umum peringkat negeri di Australia Barat telah diadakan pada 9hb Mac 2013. Perkara menarik yang membuatkan saya ingin berkongsi bersama anda ialah tentang pengundian awal (early voting) yang memudahkan rakyat untuk mengundi mengikut kesesuaian masa dan tempat bagi setiap individu.
Masa yang saya maksudkan ialah pengundi boleh membuang undi pada bila-bila masa bermula lebih kurang dua minggu awal dari tarikh sebenar (9hb Mac) dan terdapat banyak tempat untuk membuang undi seperti di lapangan terbang, hospital-hospital kerajaan dan pejabat suruhanjaya pilihanraya.
Bagi yang berada di luar negara tidak kira dalam waktu bertugas atau bercuti, mereka boleh membuat pengundian awal (early voting) di pejabat kedutaan dan konsulat Australia yang berdekatan.
Atas tuntutan kerja, suami saya sebagai warganegara Australia yang berasal dari negeri Australia Barat telah menjalankan tanggungjawab di mana beliau telah membuang undi sembilan hari awal dari tarikh asal.
Suami telah ke ibu pejabat Western Australian Electoral Comission (Suruhanjaya Pilihan raya) di Perth untuk membuang undi |
Kempen pilihanraya yang cukup sederhana |
Membuat semakan nama dengan pegawai pilihan raya |
Masa untuk membuang undi |
http://www.sharery.blogspot.com.au/2010/08/pilihanraya-di-australia.html
atau sila klik kemasukan (entry) pada tahun 2010 bulan Ogos dengan tajuk Pilihanraya di Australia.
No comments:
Post a Comment