Saturday, 23 March 2013

Pilihanraya Umum Negeri Australia Barat 2013

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Pilihanraya umum peringkat negeri di Australia Barat telah diadakan pada 9hb Mac 2013. Perkara menarik yang membuatkan saya ingin berkongsi bersama anda ialah tentang pengundian awal (early voting) yang memudahkan rakyat untuk mengundi mengikut kesesuaian masa dan tempat bagi setiap individu.

Masa yang saya maksudkan ialah pengundi boleh membuang undi pada bila-bila masa bermula lebih kurang dua minggu awal dari tarikh sebenar (9hb Mac) dan terdapat banyak tempat untuk membuang undi seperti di lapangan terbang, hospital-hospital kerajaan dan pejabat suruhanjaya pilihanraya.

Bagi yang berada di luar negara tidak kira dalam waktu bertugas atau bercuti, mereka boleh membuat pengundian awal (early voting) di pejabat kedutaan dan konsulat Australia yang berdekatan.

Atas tuntutan kerja, suami saya sebagai warganegara Australia yang berasal dari negeri Australia Barat telah menjalankan tanggungjawab di mana beliau telah membuang undi sembilan hari awal dari tarikh asal.

Surat rasmi dari Western Australian Electoral Comission yang dipos awal tanda peringatan supaya keluar mengundi pada tarikh yang ditetapkan. Maklumat kepada mereka yang mahu mengundi awal turut disertakan di dalam surat ini
Suami telah ke ibu pejabat Western Australian Electoral Comission (Suruhanjaya Pilihan raya) di Perth untuk membuang undi
Kempen pilihanraya yang cukup sederhana
Membuat semakan nama dengan pegawai pilihan raya
Masa untuk membuang undi

Jika anda ingin melihat gambar-gambar semasa saya menemani suami saya membuang undi pada pilihanraya umum negara Australia (2010) yang dijalankan secara sederhana tanpa perang poster seperti di Malaysia, sila klik di :
http://www.sharery.blogspot.com.au/2010/08/pilihanraya-di-australia.html
atau sila klik kemasukan (entry) pada tahun 2010 bulan Ogos dengan tajuk Pilihanraya di Australia.

No comments:

Post a Comment