Friday, 23 August 2013

Glen Canyon Dam Di ARIZONA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Glen Canyon Dam ialah empangan konkrit di Sungai Colorado di utara Arizona di Amerika Syarikat dan berhampiran dengan pekan Page. Takungan yang dipanggil Lake Powell ini merupakan tasik tiruan kedua terbesar di negara ini.

Glen Canyon Dam terletak di utara negeri Arizona dan bersempadan dengan negeri Utah.

Dalam perjalanan dari New Mexico ke Las Vegas, kami berhenti seketika di empangan yang diberi nama Glen Canyon Dam.

Gambar paling bawah : Turbine Runner yang beratnya ialah 8 1/2 tan metrik.


Empangan ini telah mula dibina pada tahun 1956.

Dengan cuaca yang panas terik dan terang benderang, pemandangan di sini terserlah cantiknya.

Kereta kami dapat berlindung dari panas di sebalik batu besar ini.

Untuk gambaran yang lebih jelas (pandangan dari udara) saya mengambil sumber dari www.mindfully.org dan www.sangres.com

Glen Canyon sudah jauh kami tinggalkan.
Terdapat banyak aktiviti luar dan lasak yang boleh dilakukan sekiranya pelancong mahu datang ke Glen Canyon. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari ke www.nps.gov/glca/index.htm


Wednesday, 21 August 2013

Elara, A Hilton Grand Vacations Hotel, Las Vegas

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Setiap kali saya dan suami datang bercuti ke Las Vegas, kami tidak pernah menetap di hotel yang sama sebaliknya lebih suka bertukar-tukar hotel.
Dalam banyak hotel yang pernah kami menginap, Elara, A Hilton Grand Vacations Hotel - Center Strip merupakan salah satu daripada kegemaran saya. Walaupun saiz biliknya kecil tetapi tiga faktor yang begitu menarik hati saya dengan hotel ini ialah;
1) Konsep biliknya seperti 'studio' dengan hiasan kontemporari Hollywood.

2) Pemandangan luar yang menarik yang jelas dapat melihat Las Vegas Strip serta dapat melihat kapal terbang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran.

3) Kawalan keselamatan yang ketat. Pengawal keselamatan akan memeriksa kad (kunci) hotel yang sah bagi setiap tetamu hotel yang ingin memasuki lif untuk naik ke atas. Dalam satu kes lain pula, pihak pengurusan hotel telah menghantar pengawal keselamatan untuk naik dan memeriksa bilik kami. Ini kerana mereka dapat mengesan yang pintu bilik kami tidak berkunci dengan sempurna.

Salah satu sebab yang membuatkan kami sedikit kecewa apabila menginap di sini ialah masalah untuk meletakkan kenderaan berdekatan dengan pintu masuk hotel. Walaupun tiada bayaran yang dikenakan, tetapi kami seringkali mengalami kesukaran dalam mencari tempat kosong kerana tempat meletak kenderaan hotel ini berkongsi dengan pusat membeli belah Miracle Mile dan Planet Hollywood Resort & Casino.

Di bawah ini saya kongsikan bersama anda gambar-gambar semasa saya menginap di Elara, A Hilton Grand Vacations Hotel, Las Vegas.
Tidak semua tempat dan sudut di dalam hotel ini sempat saya rakamkan. Ada beberapa keping gambar yang saya letakkan di sini adalah dari sumber www.oyster.com.

Hotel setinggi 52 tingkat ini beralamat di, 80 East Harmon Avenue, Las Vegas, Nevada, 89109, USA.

Lobi yang sangat luas ini berkonsepkan warna merah begitu juga denga bilik hotelnya.

Gambar atas : Pemandangan bilik dari arah tingkap.

Gambar bawah : Dapur kecil terletak di tepi pintu masuk.

Suasana bilik studio pada waktu malam. Dengan menekan butang di tepi katil bersaiz king ini, tetamu hotel boleh mengawal naik dan turun tirai tingkap.

Bilik mandi yang moden merangkumi tab mandi berpancutan (bathtub) dan pancuran yang berasingan (shower).

Kelengkapan mandi dari jenama Peter Thomas Roth.

Gambar atas : Ruang tempat duduk dengan sofa kulit.

Gambar tengah dan bawah : Pemandangan yang jelas kelihatan Las Vegas Strip, Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran dan
Las Vegas Executive Air Terminal.

Tidak jemu berdiri di tepi tingkap untuk melihat pemandangan luar.

Gambar atas kiri : Kolam renang di Elara, A Hilton Grand Vacations Hotel.

Gambar atas kanan : Poster trofi Oscar di dalam bilik hotel. Trofi Oscar mini di bawah itu adalah milik suami yang dibeli di Hollywood dan sengaja beliau letakkan di situ.

Gambar bawah : Berjalan di lorong di hadapan bilik untuk menuju ke lif.

Selain bilik studio, hotel ini juga mempunyai pelbagai pilihan bilik suites. Untuk maklumat selanjutnya anda boleh layari laman sesawang Hilton.
www3.hilton.com

Thursday, 15 August 2013

Ucapan Salam Perantau 2013 Kiriman Saya Ke Harian Metro

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Tahun ini merupakan tahun ke empat berturut-turut saya mengirimkan ucapan Hari Raya Aidilfitri (Salam Perantau) kepada keluarga di Malaysia.
Pada tahun 2010, 2011 dan 2012, gambar dan ucapan yang saya kirimkan itu telah disiarkan di dalam laman sesawang akhbar Harian Metro (surat khabar Malaysia). Berbeza pula pada tahun ini, saya terkejut kerana ucapan yang dihantar secara online tidak disiarkan di laman sesawang sebaliknya telah dipaparkan terus di dalam surat khabar tersebut.

Terima kasih kepada anak saudara saya iaitu Rabiatul dan kawan beliau, Jannah kerana mereka yang telah memberitahu dan menghantar gambar keratan akhbar kepada saya.
Kualiti gambar agak tidak memuaskan kerana ia dirakamkan melalui telefon bimbit sahaja.


Ucapan dan gambar Salam Perantau yang saya kirimkan telah disiarkan di dalam akhbar Harian Metro pada hari Khamis bersamaan dengan 15 Ogos 2013.

Untuk melihat gambar dan ucapan Salam Perantau pada tahun-tahun sebelum ini, sila klik link yang telah saya sertakan di bawah.


Salam Perantauan 2010
http://sharery.blogspot.com.au/2010/09/salam-perantauan.html

Salam Perantauan 2011
http://sharery.blogspot.com.au/2010/09/salam-perantauan.html
http://xtive.utusan.com.my/salam_perantauan/display.php?id=863

Salam Perantauan 2012
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/ucapan-salam-raya-dari-perantauan.html
http://xtive.utusan.com.my/salam_raya2012/display.php?id=517

Monday, 12 August 2013

Salam Aidilfitri 2013

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog Terjemahan Hati. Andai ada salah dah silap secara langsung atau tidak langsung semasa saya menulis di dalam blog ini, harap dimaafkan.








Wednesday, 7 August 2013

Lima Tahun Sudah Berlalu

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Walaupun sekarang Terjemahan Hati sudah menjadi 'Travel Blog', namun saya tidak akan lupa di awal pembabitan saya dalam dunia penulisan, saya menggunakan medium ini untuk meluahkan perasaan dan rindu terhadap 'seseorang'.

Blog Terjemahan Hati barangkali tidak akan wujud sehingga ke hari ini sekiranya bukan kerana arwah bapa saya.

Mengikut kalendar Islam, sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, bapa saya telah kembali ke Rahmatullah. Hari ini, genaplah lima tahun pemergian Allahyarham Noordin Bin Ariffin.
Kenangan lima tahun lalu amat perit apabila diingat semula. Dalam kita sedang ghairah membuat persiapan Syawal, kami sekeluarga pula membuat persiapan pengkebumian arwah. Semuanya bertukar dalam sekelip mata!


Berikut adalah link di mana saya pernah bercerita mengenai arwah bapa saya di dalam blog ini.

(2010)
http://sharery.blogspot.com.au/2010/09/30-ramadhan.html

(2010)
http://sharery.blogspot.com.au/2010/12/si-dia.html
(2011)
http://sharery.blogspot.com.au/2011/08/genap-tiga-tahun.html
(2012)
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/30-ramadan-yang-terpahat-di-sanubari.html


Gambar atas : Bersama arwah bapa pada tahun 1986.

Gambar tengah : Menyambut Aidilfitri terakhir bersama arwah bapa. Gambar dirakamkan pada 1 Syawal 2007.

Gambar bawah : Menzirahi pusara arwah bapa sebaik sahaja saya tiba dari Amerika Syarikat dan setelah tiga tahun tidak pulang ke Malaysia.

Kasih sayang dan rindu anaknda terhadap mu tetap kuat dan utuh.


Allahyarham Noordin Bin Ariffin dalam kenangan, AL FATIHAH.

Sunday, 4 August 2013

The Qantas Singapore Lounge

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

The Qantas Club Singapore Lounge yang terletak di Terminal 1 di Lapangan Terbang Changi Singapura ini dikhaskan untuk penumpang Qantas Airways kelas pertama, kelas perniagaan serta pemegang kad Platinum, Gold, ahli Qantas Club dan penumpang Jetstar Business Max Fares
(dengan syarat yang telah ditetapkan).
Penumpang dari syarikat penerbangan lain yang menyertai OneWorld serta penumpang Emirates (bagi mereka yang layak sahaja) turut dijemput untuk masuk.

The Qantas Singapore Lounge yang baru dibuka semula selepas kerja - kerja pengubahsuaian selesai beberapa bulan lalu. Lounge ini sedikit berbeza dan mencuri perhatian saya kerana konsep dalamannya yang mencerminkan seperti persekitaran di Singapura.
Ia dibuka setiap hari dari jam 2.30 petang hingga 11.30 malam.





















Sebahagian tingkap di dalam The Qantas Singapore Lounge ini jelas boleh melihat ke tingkat bawah (dewan daftar masuk).


Seperti juga lounge yang lain, selain tempat rehat, ruang makan, kemudahan internet dan tandas, di sini juga di sediakan bilik mandi khas untuk para penumpang yang mahu menyegarkan diri. Pada kali ini saya dan suami tidak menjamah sedikit pun makanan atau minuman kerana kami masih lagi berpuasa.

Saturday, 3 August 2013

Awal Ramadan 2013 Di Singapura

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sedang kita umat Islam merasai kehangatan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, saya pula baru hendak bercerita mengenai awal Ramadan 2013. Kehidupan saya yang jarang ada di rumah dan lebih banyak terbang ke sana sini membuatkan cerita - cerita yang saya siarkan di dalam blog ini agak sedikit lewat dari tarikh sebenar.

Tahun ini saya dan suami berkesempatan menyambut bulan Ramadan dan berpuasa di Singapura. Ini juga adalah pengalaman pertama kali saya berpuasa di sini.
Saya kongsikan beberapa gambar yang dirakamkan semasa saya berjalan - jalan di sekitar Geylang dan Bazaar Ramadan Causeway Point Woodlands.

Gambar atas : Tanjong Katong Complex

Gambar bawah : Joo Chiat Complex

Gambar dua dari atas : Seawal jam 5.00 petang kelihatan ramai yang sudah mengambil tempat duduk dan meja di gerai makan di Haig Road untuk berbuka puasa.





Berbuka puasa di Restoran Hajah Maimunah di Joo Chiat Road, Geylang.

Berbuka puasa di Restoran Hajah Maimunah di Joo Chiat Road, Geylang.
  
Suasana di sekitar Geylang.

Gambar atas kanan : Semasa berada di Joo Chiat Complex, saya ternampak akan dapur yang perlu diisikan dengan minyak tanah. Teringat pula semasa saya kecil, ibu saya pernah menggunakan dapur ini.

Suasana malam di sekitar Geylang.
Bazaar Ramadan Causeway Point Woodlands.

Bazaar Ramadan Causeway Point Woodlands.




Melalui pemerhatian saya, jualan daging dendeng dan vadai paling mendapat tempat di hati pembeli. Tidak dinafikan daging dendeng yang saya beli dari dua buah gerai berbeza memang sedap.
Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya merasai berpuasa di Singapura dan walaupun baru masuk bulan Ramadan, kemeriahan Aidilfitri sudah terasa terutama sekali di sekitar Geylang.

Friday, 2 August 2013

Melawat Ke Sekolah Rendah Saya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hari Jumaat

"Kami murid Sungai Rokam berikrar dan berjanji.."

Begitulah bait - bait lirik lagu Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam. Walaupun sudah 20 tahun saya meninggalkan sekolah ini, namun saya masih boleh menyanyikan lagu sekolah dengan penuh.

Semasa kepulangan saya ke kampung halaman beberapa bulan lalu, saya sempat singgah dan bergambar di hadapan sekolah yang telah memberikan pendidikan kepada saya selama enam tahun (1988-1993).





Kenangan semasa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam tidak akan saya lupakan sampai bila - bila.

Thursday, 1 August 2013

MALAYSIA (JUN 2013)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sementelah suami mempunyai urusan di Singapura, saya mencuri sedikit waktu dan menguatkan diri untuk pulang ke Malaysia dalam keadaan saya yang sedang mengalami demam selesema. Apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya hanya dapat berjumpa dengan anak saudara sebelum saya pulang ke Ipoh dengan menaiki bas Star Shuttle. Hasrat untuk memberi kejutan dan berjumpa dengan sebahagian dari ahli keluarga (mereka akan ke Jakarta pada hari tersebut) tidak kesampaian kerana mereka lewat tiba dari waktu yang dijanjikan. Apakan daya rezeki tidak menyebelahi kami apabila bas kami hanya berselisih beberapa minit sahaja.

Di Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Sampai di Ipoh pada lewat petang dan dijemput oleh dua orang anak saudara saya. Rancangan di minit-minit terakhir menjadi apabila saya dan ahli keluarga yang lain dapat keluar untuk makan malam bersama.







Kali terakhir saya pergi ke pasar tani mungkin 4-5 tahun yang lalu. Kali ini saya berpeluang membawa ibu dan
anak - anak saudara ke pasar tani pada pagi ahad di Medan Gopeng. Saya membeli apa yang menjadi kegemaran saya iaitu ketupat daun palas dengan rendang tok dan kek coklat lembab.

Sarapan lewat pagi di Restoran Capati Maju Rapat di Medan Gopeng.

Bersama dengan anak - anak saudara.

Masakan dari air tangan ibu adalah yang terbaik.

Penerbangan dari KLIA ke Singapura dengan menaiki pesawat MAS.

Walaupun kepulangan saya pada kali ini amat singkat tetapi saya tetap bersyukur kerana dapat memanfaatkan masa dengan ibu saya. Alhamdulilah.