West Edmonton Mall (WEM) yang terletak di Edmonton, Alberta adalah sebuah pusat membeli belah yang terbesar di Amerika Utara. Ia dibuka pada 15 September 1981. Di sini menempatkan lebih dari 800 buah kedai yang terdiri dari barangan jenama tempatan yang mampu milik sehingga ke jenama mewah dari pereka tempatan dan antarabangsa. Selain itu juga, WEM mempunyai dua buah hotel, taman tema air, panggung wayang, tempat makan (food court), restoran, gelanggang ski dan pusat hiburan untuk semua lapisan umur. Kesemua kemudahan yang ada di sini sememangnya memudahkan para pengunjung untuk beriadah dan berhiburan tanpa halangan dari cuaca buruk. Musim sejuk dan bersalji di sini agak teruk sehinggakan sukar untuk melakukan aktiviti luaran.
Pada musim pandemik COVID-19, banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak WEM bagi memastikan para pengunjung berasa selesa dan selamat untuk membeli belah. Setiap pintu masuk mempunyai petugas yang memegang botol pencuci tangan (hand sanitiser), lantai juga diletakkan pelekat bagi memastikan pengunjung berjalan mengikut anak panah dan satu hala sahaja. Pelekat ini bukan sahaja boleh dilihat di WEM tatpi hampir kebanyakan pusat membeli belah di seluruh Kanada.
Selain panggung wayang, taman tema air juga ditutup dan saya pasti musim pandemik ini menyenangkan pihak pengurusan untuk membaik pulih taman teman air ini.
Semestinya satu hari tidak mencukupi bagi pengunjung untuk menghabiskan masa di WEM. Manakala saya pula baru berpuas hati setelah datang sebanyak tiga kali. Video yang dirakamkan di WEM boleh anda tontoni di saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/4C5hzxXpcnc
Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN