Monday, 27 November 2017

Termometer Tertinggi Di Dunia - Baker, California

Semasa di dalam perjalanan dari Las Vegas ke San Francisco, kami singgah di Baker, California untuk melihat dari dekat termometer paling tinggi di dunia. Baker terletak lebih kurang 151 kilometer dari Las Vegas, 285 kilometer dari Las Vegas dan 764 kilometer dari San Francisco.

Dengan ketinggian 41 meter, termometer elektronik ini dibina pada tahun 1991 sebagai memperingati rekod suhu tertinggi yang dicatatkan pada tahun 1913 di Death Valley iaitu 134 darjah Fahrenheit/ 57 darjah Celsius.

Oleh kerana kembara kami ialah pada musim panas, suhu ketika kami tiba sana ialah 81 darjah Fahrenheit/ 22 darjah Celsius pada jam 6:20 pagi. Para pengunjung juga boleh membeli cenderamata di kedai yang berdekatan.
Video ini juga boleh ditonton di saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/1AFtUAcs8Ls

You Tube : Shery NN
Instagram : blog_th2010

Monday, 20 November 2017

SeaQuest Interactive Aquarium Las Vegas

SeaQuest Interactive Aquarium telah menambah satu lagi tempat tarikan pelancong di Las Vegas. Ia terletak di Boulevard Mall dan dibuka secara rasmi pada awal tahun ini. Akuarium interaktif ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengujung untuk melihat hidupan laut tetapi juga dapat merasai pengalaman seperti berada di hutan hujan dan padang pasir serta dapat menyentuh haiwan liar yang lain (atas jagaan dan pemantauan pekerja).

Harga masuk adalah berbeza mengikut umur. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman sesawang SeaQuest Interactive Aquarium ; http://seaquestaquariums.com/vegas/single-day-admission/

Tidak banyak gambar yang dikongsikan di sini tetapi saya membawa anda mengikuti pengalaman bersama dengan menonton video di bawah.

Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/4N9LRuVZJM4

You Tube : Shery NN
Instagram : blog_th2010

Thursday, 9 November 2017

Kembara Amerika Syarikat Ogos 2017

Beberapa bulan yang lalu saya dan suami telah melakukan kembara berkereta tanpa dirancang ke Amerika Syarikat. Pemanduan dari Vancouver ke Las Vegas agak berbeza dari kembara yang biasa kami lakukan sebelum ini kerana kami mengambil keputusan untuk tidak tidur di hotel semasa perjalanan yang mengambil masa tiga hari lamanya.

Buat pertama kalinya juga saya telah memberi peluang kepada pengikut Instagram mengikuti kembara saya dari semasa ke semasa yang bermula dari Vancouver sehingga berakhir di Las Vegas. Melalui IG story tersebut mereka mendapat gambaran lebih jelas bagaimana cara pengembara seperti saya dan suami yang menjadikan kereta sebagai rumah sementara. Seperti contoh bila kami berhenti tidur di tepi jalan, makan dan mengisi minyak kereta.

Saya tidak memuat naik sebarang gambar di sini sebaliknya telah menyiapkan beberapa video. Menonton video akan memberi peluang kepada anda untuk berasa seperti anda berada di dalam kereta mengikut kami di sepanjang perjalanan. Semoga anda terhibur.

14 Ogos 2017 - 16 Ogos 2017
Vancouver, British Columbia Canada - Las Vegas, Nevada, USA.
Pemanduan bermula di Vancouver pada sebelah dan tiba di Las Vegas pada awal pagi dua hari selepas itu.
Video ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/K7-0PidqQAk

18 Ogos 2017
Las Vegas, Nevada - San Bruno, California.
Untuk pulang semula ke Vancouver, kami sudah merancang bermalam di San Bruno. Pemanduan dari Las Vegas bermula pada waktu subuh dan tiba di San Bruno pada sebelah petang. Masa pemanduan agak panjang kerana kami singgah di dua buah tempat menarik di Baker, California (artikel akan disiarkan tidak lama lagi) dan termasuk kesesakan lalu lintas di lebuh raya.
Video ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/gRWpnX1HHN0

19 Ogos 2017
San Bruno - San Francisco, California.
Melalui video ini anda boleh melihat pemandangan semasa pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco sehingga ke pusat bandar, 'perkampungan orang tidak berumah' (homeless) seterusnya ke Golden Gate Bridge dan Battery Spencer. Lokasi yang paling strategik bagi pelancong yang datang untuk melihat pemandangan San Francisco dan Golden Gate Bridge ialah di Battery Spencer.

Video ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/LDlZaQXDd4Y

19 Ogos - 21 Ogos 2017
Sausalito, California - Vancouver, British Columbia, Kanada.
Dari Battery Spencer, kami meneruskan pemanduan pulang ke Vancouver dan selamat tiba di Vancouver pada tengah malam 21 Ogos.
Video ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/WIkKspxTqTU

Melalui video di atas, anda dapat lihat keadaan cuaca yang berjerebu akibat dari kebakaran hutan di California. Di sepanjang lebuh raya di Oregon dan Washington pula terdapat banyak papan tanda amaran tentang kesesakan lalu lintas luar biasa yang akan terjadi pada keesokan hari kerana beberapa buah daerah di Oregan menjadi tumpuan dunia untuk menyaksikan gerhana matahari.
Jumlah pemanduan keselurahan dari 14 Ogos sehingga 20 Ogos ialah 5101.4 kilometer.

Wednesday, 1 November 2017

English Bay, Vancouver

Keunikan bandar Vancouver yang tidak ada di bandar-bandar lain ialah kerana terdapatnya pulau, pantai, pelabuhan, taman rekreasi, gunung -ganang yang semuanya terletak di dalam satu bandar. English Bay merupakan salah satu daripada tarikan tersebut. Para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga di sini terutama sekali semasa musim panas.

Di sini juga terdapat tandas awam, tempat menyewa payung, kerusi pantai, kayak dan dua buah gelanggang bola tampar. Kafe dan restoran juga ada terletak berdekatan dengan English Bay.
Arca gangsa diberi nama 'A-maze-ing Laughter' yang direka oleh Yue Minjun terletak di Morton Park, berhadapan dengan English Bay adalah arca yang wajib dilihat dengan lebih dekat sekiranya pengunjung datang ke English Bay.
Video penuh yang saya rakamkan di English Bay pada musim panas telah dimuat naik seperti di atas atau boleh ditonton melalui saluran You Tube di alamat di bawah;
https://youtu.be/2uph9-sXXpk

Video yang dirakamkan di English Bay pada awal musim bunga berbeza dengan musim panas. Ia boleh ditonton melalui saluran You Tube yang pernah disiarkan beberapa bulan lalu.
https://youtu.be/f9tBJTbxe7M