Thursday, 28 December 2017

Pemanduan Dari AREA 51 Ke Las Vegas

Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya;
http://sharery.blogspot.ca/2017/12/pemanduan-ke-area-51-nevada-bahagian-1.html
http://sharery.blogspot.ca/2017/12/pemanduan-ke-area-51-nevada-bahagian-2.html

Ini merupakan artikel bahagian terakhir di mana anda dapat melihat gambar-gambar dan menonton video yang dirakamkan semasa perjalanan pulang dari Area 51 ke Las Vegas, Nevada.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/-5V70K2j1rA

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Tuesday, 26 December 2017

Pemanduan Ke AREA 51, Nevada (Bahagian 2)

Artikel ini bersambung dari bahagian pertama;
http://sharery.blogspot.ca/2017/12/pemanduan-ke-area-51-nevada-bahagian-1.html

Gambar-gambar di bawah dirakamkan semasa pemanduan dari motel Little A'Le'Inn ke pintu masuk belakang AREA 51. Secara tidak sengaja kami terserempak dengan beberapa ekor haiwan seakan seperti rusa dan kambing  yang digelar Pronghorn.

Tidak ada peta jalan raya yang boleh dikongsikan kerana ia adalah tanah persendirian. Video yang saya muat naik memberikan anda gambaran dan pengalaman lebih jelas tentang perjalanan kami ke tempat terpencil lagi merbahaya ini.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/jx8DaiQpYJg

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN


Friday, 22 December 2017

Pemanduan ke AREA 51, Nevada (Bahagian 1)

September 2017 merupakan kedatangan kali ketiga bagi saya dan suami ke Rachel, Nevada. Kedatangan pada kali ini berbeza daripada yang sebelumnya kerana keluarga angkat kami yang tinggal di Las Vegas turut serta mengikuti.

Pemanduan kami bermula dari Las Vegas menuju ke Seven Magic Mountains
http://sharery.blogspot.ca/2017/12/seven-magic-mountains-las-vegas.html
dan kemudian ke Alien Research Center di Hiko. Pemanduan ke Rachel diteruskan dengan menggunakan lebuhraya terkenal iaitu Extraterrestrial Highway (Nevada State Route 375).

Sebaik sahaja sampai di Rachel, kami singgah di motel yang terkenal di kalangan peminat alien sedunia iaitu Little A'Le'Inn. Motel dan bar di sini dijadikan lokasi pengambaran filem kelakar Hollywood iaitu Paul yang mengisarkan tentang alien. Selepas singgah dan membeli cenderamata di Little A'Le'Inn, kami menyambung pemanduan ke pintu masuk bahagian belakang Area 51.

Sebelum saya menyiarkan artikel bahagian dua tidak lama lagi, anda terlebih dahulu perlu mengetahui apa itu Area 51. Sila ikuti artikel tentang Area 51 yang pernah saya siarkan beberapa tahun lalu malah gambar-gambar di sepanjang perjalanan dan di Little A'Le'Inn juga lebih banyak dikongsikan pada artikel terdahulu.
http://sharery.blogspot.ca/2012/08/perjalanan-ke-area-51.html?q=rachel
http://sharery.blogspot.ca/2012/08/rachel-nevada-area-51-bahagian-1.html
http://sharery.blogspot.ca/2012/08/area-51-nevada-bahagian-2.html

Di dalam artikel baharu ini saya lebih memfokuskan kepada video yang dirakamkan di sepanjang perjalanan dari Las Vegas. Semoga video ini turut dapat memberikan pengalaman bagi anda.

Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube; https://youtu.be/sb-4ZixUBUM

Artikel bahagian dua akan disiarkan selepas ini.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Friday, 15 December 2017

Seven Magic Mountains Las Vegas

Seven Magic Mountains ialah arca seni yang merangkumi tujuh buah menara batu yang berwarna warni dengan ketinggian melebihi 30 kaki setiap satu. Arca ini dipamerkan kepada awam secara percuma selama dua tahun iaitu bermula dari 11 Mei 2016. Ia ditempatkan tidak jauh dari lebuh raya I-15 dengan jarak lebih kurang 43 kilometer dari Las Vegas. Artis yang mereka Seven Magic Mountains ialah pemuda yang berasal dari Switzerland iaitu Ugo Rondinone.

Oleh kerana lokasi arca terletak di padang pasir, maka para pelawat perlu memantau cuaca terkini sebelum datang melawat. Kebiasaannya suhu pada musim panas mencecah lebih dari 40 darjah Celsius, justeru sediakan keperluan penting seperti krim pelindung matahari, payung, topi dan air minuman. Jika hari hujan pula mungkin boleh terjadinya banjir kilat. Di sini tidak mempunyai tempat rehat, pondok berteduh atau tandas awam. Sekirnya cuaca tidak mengizinkan, saya mencadangkan supaya tangguhkan lawatan anda. Seperkara lagi, sila berhati-hati dengan kawasan persekitaran dan kawal pergerakan anak kecil kerana di padang pasir terdapat haiwan liar seperti ular.

Peta dibawah sedikit berbeza dengan laluan yang kami gunakan untuk ke Seven Magic Mountains. Selepas mengisi minyak berdekatan dengan M Resort Spa Casino, kami terus menggunakan jalan S Las Vegas Blvd yang hanya bersebelahan dengan lebuh raya I-15.

Gambar terakhir dirakamkan di Aria Hotel & Casino Las Vegas ;
https://www.aria.com/en/amenities/aria-fine-art-collection.html
Video ini juga boleh ditonton di saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/8PbcTStg3YY

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Tuesday, 12 December 2017

Kembara Amerika Syarikat September 2017

Pada bulan September yang lalu sekali lagi saya dan suami melakukan kembara berkereta tanpa dirancang ke Amerika Syarikat. Kami membuat keputusan mengejut untuk ke Amerika Syarikat semasa menikmati makan tengah hari dan empat jam kemudian kami memulakan kembara. Bertolak dari Vancouver, Kanada pada sebelah petang dan tiba di Las Vegas pada hari Sabtu selepas merentasi enam buah negeri iaitu Washington, Oregon, Idaho, Utah, Arizona dan Nevada.

Tiga hari kami tidak menginap di mana-mana hotel sehingga tiba ke destinasi terakhir iaitu Las Vegas. Sepanjang perjalanan kami hanya berhenti beberapa kali di tepi jalan dan hentian rehat untuk tidur. Keadaan cuaca sepanjang pemanduan tidak memuaskan kerana berlakunya kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu di beberapa buah negeri.

Laluan seperti ini pernah kami lalui semasa kembara dari Farminton, New Mexico ke Seattle beberapa tahun lalu tetapi pada waktu itu saya tidak rakamkan video semasa pemanduan.
Di bawah ini saya hanya berkongsi beberapa sahaja gambar tetapi untuk laporan penuh mengenai kembara ini, sila tonton video yang dimuat naik. Banyak pemandangan menarik yang dapat dilihat dan antara kegemaran saya ialah semasa merentasi gunung Deadman Pass di Oregon dengan ketinggian 1107 meter/3631 kaki di mana pemanduan ini sangat mencabar dan keindahan lewat petang sebelum matahari terbenam di antara sempadan negeri Idaho dan Utah.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN https://youtu.be/hkVSwOg3Jys

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN