Kaki ini sudah sering kali melangkah keluar dan masuk ke dalam negeri Colorado dengan melawat ke banyak tempat pelancongan cuma yang kurangnya ialah saya belum pernah pergi ibu negeri Colorado sendiri iaitu, Denver.
Meskipun saya pernah transit beberapa jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver tiga bulan yang lalu,tetapi ia tidak cukup untuk saya 'mengisytiharkan' yang saya sudah menjejakkan kaki di Denver. :-)
Untuk bahagian pertama,saya berkongsi gambar-gambar di sepanjang perjalanan dari Durango ke Denver yang mengambil masa perjalanan hampir 7 jam.
Semasa awal perjalanan, pemanduan kami agak tidak selesa kerana terpaksa melalui kawasan yang berasap (kesan dari kebakaran hutan).
Sejurus tiba di Pagosa Spring,barulah kelihatan matahari dan langit kembali membiru.Elok sahaja melepasi Pagosa Spring, perjalanan yang mencabar pun bermula.Pemanduan kami harus menaiki gunung ganang dan menyusuri lereng gunung tersebut.
Bermula pemanduan menaiki gunung ganang |
Kami melalui jalan raya ini pada musim panas, tetapi cuba bayangkan jika musim sejuk dan bersalji pastinya pemandangan lebih cantik lagi.
Menyusuri lereng gunung mengingatkan saya akan Lebuhraya Utara Selatan dari Jelapang ke Kuala Kangsar. |
Kemungkinan salah satu faktor lain yang menyebabkan jalan raya ini tersenarai antara yang cantik di Amerika Syarikat dan di dunia ialah terdapat tiga 'lapisan/tingkat' jalan raya dibina di lereng gunung ini.
Air dari gunung. |
Walaupun sudah masuk musim panas,salji di puncak gunung masih banyak yang belum cair. |
Memasuki terowong pertama. |
Tasik di puncak gunung. |
Memasuki terowong kedua. |
Saya dapat membayangkan kecantikan alam semulajadi di kawasan ini apabila datangnya musim sejuk/bersalji. Pokok-pokok menghijau bertukar menjadi putih dan air sungai yang membeku. |
RV Park - Kawasan yang dikhaskan untuk kenderaan seperti karavan bermalam. Anda boleh lihat banyak karavan/Recreational Vehicle di dalam gambar ini. |
Gerabak keretapi lama yang dibiarkan di tepi jalan raya. |
Sekali lagi saya membayangkan gunung seperti di dalam gambar di atas diselaputi salji.Alangkah sedapnya mata memandang. |
Gunung seperti gambar di atas ialah gunung ganang yang merangkumi "Rocky Mountains" di negeri Colorado.
Untuk keterangan lanjut mengenai Rocky Mountains,sila ke sini untuk membaca dan melihat gambarnya :)
http://www.sharery.blogspot.com/2012/04/dari-australia-ke-amerika-syarikat.html
http://www.sharery.blogspot.com/2012/05/durango-colorado.html
Dari pekan kecil yang bernama Walsenburg, kami memasuki Lebuhraya 25 untuk menyambung baki perjalanan sebelum tiba di Denver pada jam 6.00 petang.
Denver, COLORADO. |
*Akan bersambung*