Bandar terakhir yang dilawati pada hari Sabtu bersamaan dengan 7 Julai 2020 ialah Paris. Jarak dari Startford dengan Paris ialah 65 kilometer. Kami tiba di Paris agak lewat dan hampir menjelang senja. Mujurlah pada waktu itu adalah musim panas dan hari siang begitu panjang. Paris mempunyai sejarah yang berkaitan dengan pencipta telefon iaitu Alexander Graham Bell. Seperti yang pernah saya ceritakan di dalam artikel sebelum ini ; http://sharery.blogspot.com/2021/01/melawat-ke-rumah-pencipta-telefon.html pada Ogos 1876, Alexander telah membuat panggilan jarak jauh pertama di dunia iaitu dari Brantford ke Paris, Ontario.
Dengan waktu yang agak terhad, mungkin di lain kali saya dan suami akan datang semula ke Paris. Saya sudah dapat membayangkan keceriaan dan kesibukan bandar ini pada waktu pagi. Dari Paris kami pulang semula ke Brantford yang jaraknya hanya 13 kilometer.
Shery NN berkongsi catatan kembara dan pengalaman menetap di beberapa buah bandar di empat buah negara dan di tiga benua yang berbeza.
Sunday, 31 January 2021
Paris, Ontario, Kanada
Thursday, 28 January 2021
Melawat Kampung Justin Bieber Di Stratford, Ontario, Kanada
Pemanduan seterusnya ialah dari St. Jacobs ke Stratford. Jarak antara kedua buah bandar ialah 60 kilometer. Yang menarik tentang Stratford ialah penyanyi terkenal Justin Bieber dibesarkan serta bersekolah di sini. Melalui maklumat yang diberikan oleh Wikipedia, Justin Bieber pernah menjadi penyanyi jalanan di tangga di hadapan bangunan Avon Theatre. Bangunan itu terletak di pusat bandar berdekatan dengan tempat saya datang untuk mengambil gambar. Sekali lagi, saya tertarik dengan seni bina bangunan-bangunan lama di pusat bandar Stratford yang mengingatkan saya sedikit persamaan dengan bangunan-bangunan lama di Fremantle, Australia Barat. Jika ada kesempatan di lain waktu, saya ingin kembali ke sini untuk menjejaki sekolah-sekolah serta tempat kegemaran Justin Bieber. Saya bukanlah peminat setia beliau tetapi hanya meminati beberapa lagu darinya.
Tuesday, 26 January 2021
St. Jacobs, Ontario, Kanada
Dari Cambridge, pemanduan diteruskan ke St. Jacobs. Jarak antara kedua buah bandar ialah 36 kilometer. St. Jacobs menjadi tempat pelancongan yang terkenal kerana keunikan di bandar ini yang masih menonjolkan ciri-ciri kehidupan serta mengekalkan warisan dari golongan Mennonite.
Mennonite ialah dari golongan Kristian berdenominasi Anabaptis yang diambil dari nama Menno Simons (1496-1561) dari Friesland. Mereka di sini masih berpakaian tradisional dari golongan tersebut dan menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan harian. Rata-rata dari mereka bekerja sebagai petani dan mereka juga yang menjual hasil pertanian.
L