Wednesday, 30 May 2018

Pemandangan Coal Harbour Waktu Malam Pada Musim Luruh 2017

Minggu lalu saya menyiarkan artikel mengenai Coal Harbour pada musim luruh. Kali ini saya muat naik gambar dan video di lokasi dan musim yang sama tetapi dirakamkan pada lewat petang dan sebelah malam. Pemandangan di sini indah mata memandang serta persekitarannya yang mendamaikan.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran YouTube Shery NN :
https://youtu.be/VO1w0nmtb1s

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Monday, 28 May 2018

Granville Island, Vancouver Pada Musim Luruh 2017

Granville Island di Vancouver yang satu ketika dahulu ialah sebuah kawasan industri pembuatan kini telah bertukar menjadi tempat tarikan pelancong dan hiburan di mana di sini menempatkan beratus premis perniagaan antaranya seperti pasar awam, galeri seni, pusat kraftangan, marina, panggung teater, restoran dan hotel.

Pasar awam yang mula beroperasi pada tahun 1979 memberi ruang kepada peniaga-peniaga untuk menjual barangan dan produk tempatan seperti hasil segar daging, ikan, makanan laut, keju, roti, sayur-sayuran dan buah-buahan. Beberapa kafe turut ditempatkan di dalam pasar ini.

Meskipun Granville Island menarik perhatian pengunjung sepanjang tahun, namun saya sebagai penduduk tempatan lebih tertarik untuk datang pada musim luruh kerana pemandangannya yang lebih cantik berbanding musim lain.

Gambar-gambar yang dimuat naik di sini saya rakamkan sepanjang tiga kali kunjungan saya pada musim luruh tahun lalu. Semoga anda juga terhibur menonton video penuh selama 2:29 minit kerana ia lebih lengkap berbanding 24 gambar di bawah.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/vHTKPG4a3cY

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN