Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Imbasan tahun 2014 saya amat ringkas sekali.
Hanya beberapa sahaja kenangan manis yang dapat saya kongsikan bersama anda dan selebihnya adalah amat peribadi untuk diceritakan. Antaranya ialah ;
Pada bulan Mac yang lalu saya ditemuramah oleh wartawan Malaysia untuk topik tentang insiden MH370. Sebagai bekas pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia dan isteri kepada juruterbang untuk syarikat penerbangan di Australia dan Amerika Syarikat. Saya rasa amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menceritakan beberapa perkara tentang keselamatan dalam bidang penerbangan. Justeru itu, sekali lagi pada tahun ini artikel mengenai saya telah disiarkan di dalam surat khabar Harian Metro.
Memori terindah pada bulan April ialah saya dijemput menghadiri majlis tertutup di
pejabat rasmi Datuk Bandar Perth yang terletak di pusat bandar Perth,
Australia Barat. Rasa sungguh bertuah kerana bukan calang-calang orang
yang dapat menghadiri dan melawat ke pejabat dan dewan keramaian
tersebut.
Saya menggunakan Instagram sebagai medium bagi menyenangkan rakan-rakan pembaca untuk mengetahui perkembagan mengenai entri terbaru yang saya siarkan. Anda semua sudah sedia maklum bahawa Blog Terjemahan Hati menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan sudah tentulah pengikut Instagram yang saya harapkan pula adalah mereka yang boleh memahami bahasa Melayu. Saya tidak pernah menyangka bahawa pengikut akaun Instagram saya yang berlainan bangsa serta tidak mengetahui sedikit pun bahasa Melayu adalah yang paling setia mengikuti perkembangan saya sejak lebih dari satu tahun lalu. Mereka sebenarnya suka serta sering memuji gambar-gambar yang saya dan sekaligus mereka cepat memahami maksud gambar yang dikongsikan dengan hanya bantuan #hashtag. Mereka yang berasal dari pelbagai negara ini bukan seperti pengikut biasa tetapi sudah dianggap sebagai kawan. Selain dari itu saya berbangga kerana pemilik akaun Instagram rasmi pelancongan Amerika Syarikat turut mengikuti saya.
Dalam akaun Instagram saya yang lain (berbahasa Inggeris) saya mendapat pengikut yang merupakan kegemaran saya sejak dari dahulu lagi. Antaranya ialah selebriti, pelakon komedi dan pengacara popular di Australia. Sungguh tidak disangka-sangka mereka berminat dengan gambar-gambar dan blog mengenai Australia Barat. Jika dahulu saya biasa melihat mereka di kaca televisyen ataupun majalah, sekarang kami lebih senang berbual melalui Instagram sahaja.
Mengenai kenangan pahit pula saya tidak mahu berkongsi di sini dan biarlah ianya berlalu pergi. Cuma satu yang saya ingin pesan kepada para pembaca semua, hati-hatilah dalam berkawan dan bersahabat kerana tidak mustahil sahabat kita yang baik dan dipercayai sebenarnya akan menikam kita dari belakang. Bukan sahaja ditikam, malah si penikam akan membuka aib dan menabur fitnah kepada yang lain.
Terima kasih kerana sudi dan masih setia bersama blog Terjemahan Hati dan sudi meluangkan masa membaca coretan mengenai Imbasan Tahun 2014. Kita berjumpa pada tahun hadapan, InsyaAllah.
Jaga diri semua.
Shery NN berkongsi catatan kembara dan pengalaman menetap di beberapa buah bandar di empat buah negara dan di tiga benua yang berbeza.
Wednesday, 31 December 2014
Saturday, 27 December 2014
Persaraan B767 Milik QANTAS
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Kapal terbang Boeing 767 telah menamatkan perkhidmatannya bersama QANTAS pada hari ini iaitu 27 Disember 2014. Dengan nombor pesawat khas istimewa QF767, ia berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne dan mendarat di Lapangan Terbang Sydney pada jam 7.05 malam (waktu tempatan).
Tujuan saya berkongsi cerita ini adalah kerana ia begitu istimewa untuk suami saya. Dua puluh dua tahun suami berada di dalam bidang penerbangan serta menerbangkan pelbagai jenis kapal terbang dan tujuh tahun pula bersama B767 iaitu berkhidmat dengan Ansett Australia, Ansett Worldwide Aviation Services (AWAS), Morgan Stanley dan QANTAS, ia memberikan nostalgia serta seribu satu kenangan buat beliau. Sepanjang tujuh tahun itu beliau telah menerbangkan B767 ke benua Eropah, Amerika, Timur Tengah dan Asia Pasifik.
Terlalu banyak gambar yang hendak dikongsikan tetapi saya hanya memilih beberapa sahaja untuk diletakkan di sini. Gambar-gambar di bawah merupakan koleksi semasa suami saya sedang bertugas serta ketika saya menaiki pesawat untuk penerbangan di Australia.
Kali terakhir saya dan suami terbang bersama B767 adalah pada tahun lalu semasa dalam penerbangan dari Sydney ke Melbourne.
Mungkin di masa akan datang kami berpeluang lagi untuk menaiki B767 tetapi semestinya ia dari syarikat penerbangan lain.
Selamat tinggal B767.

Kenangan suami saya bersama B767 milik QANTAS. |
Di dalam kokpit dan kabin kelas perniagaan. |
Bergambar di luar kapal terbang. |
Suami saya sedang melihat pekerja yang sedang mengisi minyak. |
Menaiki penerbangan pada sebelah malam bersama B767. |
B767 pada waktu subuh di Lapangan Terbang Melbourne. |
Gambar kiri : Bercuti bersama suami. Gambar kanan : Ibu mertua saya yang kerap berulang alik antara Perth dan Singapura pernah menaiki B767 yang diterbangkan oleh anaknya sendiri. |
Penerbangan dari Melbourne ke Perth. |
Gambar atas : Pesawat sedang membuat penerbangan turun. Gambar bawah : Selamat mendarat di Lapangan Terbang Perth. |
Kali terakhir saya dan suami terbang bersama B767 adalah pada tahun lalu semasa dalam penerbangan dari Sydney ke Melbourne.
Pandangan terakhir sebagai tanda ucapan selamat tinggal daripada suami kepada B767 yang merupakan bekas 'pejabat' beliau. Gambar ini saya rakamkan beberapa minggu lalu di Lapangan Terbang Melbourne. |
Mungkin di masa akan datang kami berpeluang lagi untuk menaiki B767 tetapi semestinya ia dari syarikat penerbangan lain.
Selamat tinggal B767.
Tuesday, 23 December 2014
Cerita Disebalik Hashtag #illridewithyou
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera.
Entri kali ini masih berkait rapat dengan yang sebelumnya; http://sharery.blogspot.com.au/2014/12/memperingati-mangsa-insiden-tebusan-di.html tetapi kali ini saya ingin menyentuh mengenai hashtag #illridewithyou yang popular dan berleluasa penggunaannya di mana-mana laman sosial sejak kejadian tebusan yang berlaku di Martin Place, Sydney pada hari Isnin yang lalu.
Selepas kejadian tebusan baru sahaja berlaku, sudah ada kata-kata nista di laman sosial yang mula mengutuk tentang agama Islam. Pada kebiasaanya, wanita bertudung yang sering menjadi mangsa cacian dari mereka yang cetek ilmu pengetahuan tentang agama lain. Oleh kerana itulah seorang wanita Muslim yang berada di dalam keretapi sanggup menanggalkan tudungnya semata-mata untuk keselamatan diri kerana takut perkara yang tidak diingini menimpa beliau. Selepas itu seorang penumpang lain (Rachael Jacobs) menyuruh beliau memakai semula tudung dan beliau menghulurkan bantuan untuk menemani wanita bertudung itu meneruskan perjalanan di dalam keretapi itu. Maka dari situ bermulanya #illridewithyou.
Saya sebagai wanita Muslim yang tinggal di negara yang majoriti penduduknya ialah bukan Islam, (Australia dan Amerika Syarikat) rasa begitu tersentuh dengan sifat keprihatinan Rachael Jacobs dan mereka yang lain yang turut sudi menawarkan diri menemani wanita Muslim yang takut untuk menggunakan pengangkutan awam. Apabila saya membaca berita mengenai wanita itu menangis dan memeluk Rachael Jacobs, saya cuba menahan dari air mata saya jatuh di hadapan orang ramai di tempat awam. Saya pasti apa yang saya rasai pada ketika itu turut dirasai oleh wanita-wanita Muslim Australia yang lain. Tawaran ikhlas ini bukan terhad di Sydney sahaja tetapi melibatkan seluruh Australia. Melalui huraian di bawah anda boleh lebih memahami apa yang saya ingin luahkan tentang isu tudung yang membuatkan wanita Muslim kadang-kadang takut untuk keluar bertudung.
Mengapa wanita itu sanggup menanggalkan tudungnya?
Ini kerana mereka takut dicaci, dihina dan diserang oleh orang bukan Islam. Perkara sebegini memang pernah terjadi beberapa bulan lalu di Australia selepas isu ISIS. Akibat trauma, beberapa orang sahabat saya di Melbourne pernah keluar dengan menanggalkan tudung dan hanya memakai anak tudung. Keselamatan menjadi keutamaan pada waktu itu. Walau apa pun yang terjadi, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Mengapa wanita menjadi sasaran berbanding lelaki?
Kerana dengan hanya sehelai kain yang menutupi kepala, wanita yang bertudung lebih senang dikenali atau di 'label' sebagai umat Islam.
Mengapa mereka menghina dan mencaci umat dan agama Islam?
Ini kerana perbuatan songsang dan ajaran sesat umat Islam sendiri sehingga berperang dan membunuh umat seagama ataupun orang bukan Islam malah dengan sewenang-wenangnya membunuh kanak-kanak dan bayi yang tidak berdosa. Contoh seperti Taliban dan ISIS.
Agama Islam yang suci ini adalah sempurna. Yang membuatkan ianya tidak dihormati (bukan semua tetapi hanya segelintir) adalah kerana umat Islam sendiri yang seringkali membuat perkara keji tetapi berselindung di atas nama Islam.
Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Kita tidak boleh menyalahkan 100% mereka (bukan Islam) yang cetek ilmu tentang Islam ini. Apa yang buruk di hadapan mata, itulah yang mereka hukum.Tidak dinafikan sudah menjadi lumrah semua manusia pun akan ada sifat berprasangka.
Ada cara atau usaha untuk selesaikan isu ini ?
Sebelum bermulanya hashtag #illridewithyou lagi, atau senang saya katakan selepas dari kejadian September 11, terdapat banyak aktiviti kebajikan dan keagamaan yang menggabungkan komuniti pelbagai agama contohnya umat Islam, penganut agama Kristian,Yahudi, Hindu dan lain lain diadakan di pelbagai negara contohnya Australia, Amerika Syarikat dan Kanada. Tujuan utama pelbagai aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai agama masing-masing. Melalui cara ini juga ia akan memupuk rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Apa yang lebih penting sekali ialah mereka semua (termasuk saya) inginkan kedamaian, keharmonian dan perpaduan negara.
Syukur Alhamdulilah sepanjang lima tahun saya tinggal di Australia dan Amerika Syarikat, belum pernah kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap saya. Malah di Amerika Syarikat sudah beberapa kali saya ditegur oleh wanita berbangsa Inggeris lantas memuji kecantikan corak tudung saya. Begitu juga di Australia, bukan sahaja tudung malah turban yang saya sarungkan turut mendapat perhatian. Mereka tanpa segan silu memuji saya di tempat awam seperti di pusat membeli belah dan di dalam bas.
Menyentuh sedikit lagi mengenai Man Haron Monis (dalang di dalam kes tebusan yang ditembak mati di Martin Place, Sydney), beliau adalah antara pelarian yang tidak tahu bersyukur apabila Australia memberi peluang kehidupan kali kedua untuk beliau. Dengan pelbagai rekod jenayah yang pernah dilakukanya sebelum ini, nampak jelas beliau sememangnya tidak pernah menghormati undang-undang negara. Melalui pemerhatian, pengamatan dan pengalaman saya, rata-rata mereka lah (pelarian dari negara Islam) yang sering membuat pelbagai jenayah ataupun bersikap kurang ajar terhadap penduduk lain di dalam Australia. Ia membuatkan umat Islam lain rasa kesal dan sedih.
Australia mempunyai undang-undang anti diskriminasi dan anti perkauman, justeru seluruh rakyat dan penduduk tetap di negara ini masih lagi selamat di bawah undang-undang yang ketat ini. Doa saya supaya kehidupan kita semua (tidak kira di negara mana pun kita tinggal) akan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t dan dijauhkan dari anasir-anasir jahat. InsyaAllah.
#illridewithyou #oneaustralia #proudaussie #australianspirit

Status di dalam akaun Facebook ini yang menjadikan hashtag #illridewithyou popular di serata dunia. Ia berlaku di Sydney, New South Wales. Gambar ini saya ambil sumber dari internet. |
Antara komuniti Islam di Australia yang tersentuh dengan hashtag #illridewithyou. Gambar saya ambil dari sumber internet. |
Sarah Hay turut memuji hashtag #illridewithyou. Gambar saya ambil dari sumber internet. |
Sekali lagi saya rasa tersentuh dengan satus ini walaupun di penghabisan ayatnya agak kasar tetapi ia tetap membawa mesej ke arah kebaikan. Gambar saya ambil dari sumber Instagram. |
Saya sebagai wanita Muslim yang tinggal di negara yang majoriti penduduknya ialah bukan Islam, (Australia dan Amerika Syarikat) rasa begitu tersentuh dengan sifat keprihatinan Rachael Jacobs dan mereka yang lain yang turut sudi menawarkan diri menemani wanita Muslim yang takut untuk menggunakan pengangkutan awam. Apabila saya membaca berita mengenai wanita itu menangis dan memeluk Rachael Jacobs, saya cuba menahan dari air mata saya jatuh di hadapan orang ramai di tempat awam. Saya pasti apa yang saya rasai pada ketika itu turut dirasai oleh wanita-wanita Muslim Australia yang lain. Tawaran ikhlas ini bukan terhad di Sydney sahaja tetapi melibatkan seluruh Australia. Melalui huraian di bawah anda boleh lebih memahami apa yang saya ingin luahkan tentang isu tudung yang membuatkan wanita Muslim kadang-kadang takut untuk keluar bertudung.
Mengapa wanita itu sanggup menanggalkan tudungnya?
Ini kerana mereka takut dicaci, dihina dan diserang oleh orang bukan Islam. Perkara sebegini memang pernah terjadi beberapa bulan lalu di Australia selepas isu ISIS. Akibat trauma, beberapa orang sahabat saya di Melbourne pernah keluar dengan menanggalkan tudung dan hanya memakai anak tudung. Keselamatan menjadi keutamaan pada waktu itu. Walau apa pun yang terjadi, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Mengapa wanita menjadi sasaran berbanding lelaki?
Kerana dengan hanya sehelai kain yang menutupi kepala, wanita yang bertudung lebih senang dikenali atau di 'label' sebagai umat Islam.
Mengapa mereka menghina dan mencaci umat dan agama Islam?
Ini kerana perbuatan songsang dan ajaran sesat umat Islam sendiri sehingga berperang dan membunuh umat seagama ataupun orang bukan Islam malah dengan sewenang-wenangnya membunuh kanak-kanak dan bayi yang tidak berdosa. Contoh seperti Taliban dan ISIS.
Agama Islam yang suci ini adalah sempurna. Yang membuatkan ianya tidak dihormati (bukan semua tetapi hanya segelintir) adalah kerana umat Islam sendiri yang seringkali membuat perkara keji tetapi berselindung di atas nama Islam.
Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Kita tidak boleh menyalahkan 100% mereka (bukan Islam) yang cetek ilmu tentang Islam ini. Apa yang buruk di hadapan mata, itulah yang mereka hukum.Tidak dinafikan sudah menjadi lumrah semua manusia pun akan ada sifat berprasangka.
Ada cara atau usaha untuk selesaikan isu ini ?
Sebelum bermulanya hashtag #illridewithyou lagi, atau senang saya katakan selepas dari kejadian September 11, terdapat banyak aktiviti kebajikan dan keagamaan yang menggabungkan komuniti pelbagai agama contohnya umat Islam, penganut agama Kristian,Yahudi, Hindu dan lain lain diadakan di pelbagai negara contohnya Australia, Amerika Syarikat dan Kanada. Tujuan utama pelbagai aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai agama masing-masing. Melalui cara ini juga ia akan memupuk rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Apa yang lebih penting sekali ialah mereka semua (termasuk saya) inginkan kedamaian, keharmonian dan perpaduan negara.
Syukur Alhamdulilah sepanjang lima tahun saya tinggal di Australia dan Amerika Syarikat, belum pernah kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap saya. Malah di Amerika Syarikat sudah beberapa kali saya ditegur oleh wanita berbangsa Inggeris lantas memuji kecantikan corak tudung saya. Begitu juga di Australia, bukan sahaja tudung malah turban yang saya sarungkan turut mendapat perhatian. Mereka tanpa segan silu memuji saya di tempat awam seperti di pusat membeli belah dan di dalam bas.
Menyentuh sedikit lagi mengenai Man Haron Monis (dalang di dalam kes tebusan yang ditembak mati di Martin Place, Sydney), beliau adalah antara pelarian yang tidak tahu bersyukur apabila Australia memberi peluang kehidupan kali kedua untuk beliau. Dengan pelbagai rekod jenayah yang pernah dilakukanya sebelum ini, nampak jelas beliau sememangnya tidak pernah menghormati undang-undang negara. Melalui pemerhatian, pengamatan dan pengalaman saya, rata-rata mereka lah (pelarian dari negara Islam) yang sering membuat pelbagai jenayah ataupun bersikap kurang ajar terhadap penduduk lain di dalam Australia. Ia membuatkan umat Islam lain rasa kesal dan sedih.
Australia mempunyai undang-undang anti diskriminasi dan anti perkauman, justeru seluruh rakyat dan penduduk tetap di negara ini masih lagi selamat di bawah undang-undang yang ketat ini. Doa saya supaya kehidupan kita semua (tidak kira di negara mana pun kita tinggal) akan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t dan dijauhkan dari anasir-anasir jahat. InsyaAllah.
#illridewithyou #oneaustralia #proudaussie #australianspirit
Sunday, 21 December 2014
Memperingati Mangsa Insiden Tebusan Di Sydney
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Insiden tebusan yang berlaku di Martin Place, Sydney pada minggu lalu masih menyentuh perasaan saya sehingga ke hari ini. Adalah amat memilukan apabila mengenangkan mereka yang tidak bersalah turut terbunuh. Tori Johnson dan Katrina Dawson merupakan 'hero' negara kerana mempertarungkan nyawa masing-masing semata-mata untuk melindungi rakan serta pelanggan yang terperangkap dari ditembak oleh lelaki bersenjata di dalam kedai coklat/ kafe Lindt.
Tidak perlu saya bercerita panjang mengenai insiden ini kerana saya pasti berita ini tersebar di serata dunia. Apa yang ingin diulaskan ialah, saya dan juga seluruh rakyat Australia menentang keras segala bentuk kekejaman, kekerasan dan keganasan yang bakal atau telah berlaku di dalam dalam negara ini. Kami mahukan kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan negara akan terus kekal selamanya.
Pelarian seperti Man Haron Monis (dalang di dalam kes tebusan yang ditembak mati) atau mereka yang mempunyai persamaan sifat atau gaya hidup seperti beliau sebenarnya tidak layak tinggal di Australia. Beliau bukan sahaja memburukkan imej Islam sedunia yang memang sentiasa dicalar oleh umat Islam sendiri (akibat dari perang saudara sesama Islam ataupun ajaran sesat) malah tidak pernah bersyukur dan tidak menghargai negara kedua yang memberikan peluang kehidupan baharu selepas beliau lari dari Iran.
Dua hari selepas insiden tersebut, saya singgah di kafe Lindt cawangan Melbourne untuk menghormati dan memperingati mangsa yang terkorban iaitu Tori dan Katrina. Berpuluh-puluh jambak bunga serta kad ucapan takziah turut diletakkan di hadapan kafe oleh orang ramai.
Rest In Peace - Tori Johnson & Katrina Dawson.
#lindtcafe #sydneysiege #martinplace #remembering #victim
restinpeace #rip #flowers #memory #tributes #oneweek
#oneaustralia #peace #prayforsydney
#Illridewithyou #oneaustralia #australianspirit

Lindt cawangan di Melbourne. |
Sebak melihat puluhan bunga-bunga ini. |
Suami mengambil kesempatan menyusun beberapa jambak bunga. |
Berpeluang membaca kad ucapan takziah. |
Antara beberapa kad dan nota ucapan yang dapat saya rakamkan gambarnya. |
Hero negara - Tori dan Katrina. |
Rest In Peace - Tori Johnson & Katrina Dawson.
#lindtcafe #sydneysiege #martinplace #remembering #victim
restinpeace #rip #flowers #memory #tributes #oneweek
#oneaustralia #peace #prayforsydney
#Illridewithyou #oneaustralia #australianspirit
Friday, 19 December 2014
Mordialloc, Victoria, Australia
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Mordialloc ialah sebuah daerah yang terletak lebih kurang 25 kilometer dari pusat bandar Melbourne.

Sungai di Modialloc ini mengingatkan saya akan kampung nelayan di Malaysia tetapi dalam versi moden. |
Pantai yang indah di Mordialloc yang saya rakamkan pada waktu pagi. |
Tuesday, 16 December 2014
Mandurah, Australia Barat
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Mandurah merupakan bandar kedua terbesar di negeri Australia Barat dan terletak kira-kira 72 kilometer dari pusat bandar Perth.
Keistimewaan Mandurah yang menarik ramai pengunjung khususnya pada setiap hujung minggu atau cuti sekolah ialah pesisir pantainya yang sesuai untuk berehat, beriadah dan berkelah. Pusat khidmat pelancongan yang terdapat di sini boleh membantu pengunjung bagi memperolehi maklumat mengenai pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan di Mandurah.
Gambar-gambar di bawah merupakan koleksi dari beberapa kali kunjungan saya ke Mandurah.

Wednesday, 10 December 2014
Great Ocean Road Pada Musim Panas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jika anda masih ingat pada bulan lalu saya telah menyiarkan entri mengenai Great Ocean Road yang saya kunjungi pada musim luruh tahun 2010. Tidak banyak yang ingin saya ceritakan mengenai Great Ocean Road pada kali ini tetapi lebih kepada ingin berkongsi gambar dari kunjungan saya pada musim panas pula.
Sebagai penduduk di negeri Victoria, saya sudah biasa dengan cuaca yang mendung, berawan, dingin dan hujan tidak kira apa musim sekalipun. Jadi, apabila kunjungan saya Great Ocean Road pada hari tersebut ditemani dengan cuaca yang panas dan sedikit dingin serta langit membiru tanpa kepulan awan membuatkan saya rasa amat beruntung sekali. Ia saya anggap seperti fenomena yang jarang berlaku di negeri Victoria.
Untuk melihat gambar-gambar lain (kunjungan pada musim luruh tahun 2010), anda boleh ke entri seperti di bawah ini;
http://sharery.blogspot.com.au/2014/11/great-ocean-road-2010-bahagian-1.html
http://sharery.blogspot.com.au/2014/11/great-ocean-road-2010-bahagian-2.html

Pintu gerbang tanda simbolik bermulanya Great Ocean Road. |
Jika ingin memberhentikan kenderaan untuk mengambil gambar, pastikan anda berhenti ditempat yang telah disediakan. |
Gambar atas : Cuaca yang baik membuatkan saya tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebanyak yang boleh. Gambar bawah : Tiba di Twelve Apostles. |
12 Apostles atau Twelve Apostles. |
Tidak dinafikan dua gambar ini merupakan antara yang menjadi kegemaran saya. Faktor cuaca yang membuatkan saya amat berpuas hati dengan gambar yang diambil. |
Untuk melihat gambar-gambar lain (kunjungan pada musim luruh tahun 2010), anda boleh ke entri seperti di bawah ini;
http://sharery.blogspot.com.au/2014/11/great-ocean-road-2010-bahagian-1.html
http://sharery.blogspot.com.au/2014/11/great-ocean-road-2010-bahagian-2.html
Subscribe to:
Posts (Atom)