Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Inilah hotel yang menjadi tempat menginap saya dan suami sepanjang berada di Hong Kong hampir dua minggu.
|
Courtyard Marriott Hong Kong |
|
Di lobi hotel |
|
Gambar atas : Bas (hotel shuttle) milik Courtyard Marriott
Gambar tengah : Jadual perjalanan hotel shuttle
Gambar bawah : Pemandangan lobi hotel pada waktu malam |
Oleh kerana suami saya memegang kad keahlian Platinum Marriott Hotel, pihak pengurusan telah menaik taraf
(upgrade) bilik kami ke tingkat paling atas iaitu di tingkat 32
(Executive Floor).
Bilik - bilik di
Executive Floor termasuk
Suites menawarkan bilik yang mempunyai pemandangan
Victoria Harbour dan memberi akses untuk masuk ke
Executive Lounge.
|
Gambar atas : Tingkap yang luas di atas kepala katil
Gambar dua dari atas : Tingkap di bahagian sisi katil
Gambar tiga dari atas : Buah - buahan yang diberikan percuma
Gambar bawah : Set cawan dan gelas dan peti ais yang di simpan di dalam kabinet
|
|
Gambar kanan paling atas, tengah dan bawah : Bilik air yang dindingnya cermin dari atas hingga ke lantai yang jelas boleh lihat terus ke bahagian bilik tidur. Tirai tetap disediakan untuk privasi ketika mandi. |
|
Di dalam bilik air |
|
Kabel untuk internet yang diberi pinjam untuk tetamu hotel |
|
Gambar atas : Pemandangan yang dapat dilihat dari cermin tingkap yang terletak di atas kepala katil
Gambar dua dari atas : Tirai tingkap yang dibuka separuh sahaja dengan menggunakan suis kawalan elektrik
Gambar tiga dari atas : Tirai tingkap yang telah dibuka sepenuhnya
Gambar paling bawah : Pemandangan daerah Kowloon Barat |
|
Hotel Courtyard Marriott yang dikelilingi oleh pangsapuri dan bangunan komersial |
|
Gambar sebelah kiri tengah dan sebelah kanan atas : Pasar Borong (Western Wholesale Food Market) |
|
Gambar atas : Bilik kami terletak di bahagian paling hujung
Gambar tengah : Turun untuk ke tingkat iaitu Business Lounge
Gambar bawah : Jelas kelihatan jalan raya dari tingkat 32 |
FITNESS CENTRE
Pusat kecergasan
(fitness centre) dibuka untuk tetamu hotel 24jam sehari. Ia terletak di tingkat 6 bersebelahan dengan
Executive Lounge.
|
Gambar atas dan tengah : Fitness Centre yang luas dan bersih
Gambar bawah : Pemandangan luar yang dapat dilihat dari fitness centre
|
|
Pemandangan luar yang dapat dilihat dari fitness centre. Anda dapat lihat timbunan perancah buluh yang masih digunakan dalam sektor pembinaan bangunan di Hong Kong.
|
EXECUTIVE LOUNGE
Executive Lounge yang terletak di tingkat 6 dikhaskan untuk memberi perkhidmatan bermutu dan menawarkan pelbagai kemudahan demi untuk memenuhi keperluan tetamu yang menginap di tingkat Executive Floor (tingkat paling atas).
|
Pintu masuk ke Executive Lounge |
|
Perkhidmatan internet, faksimili, mesin pencetak ada disediakan di sini |
|
Hidangan seperti makanan dan minuman ringan disediakan percuma untuk khas untuk tetamu yang bermalam di tingkat Executive Floor |
|
Sarapan pagi turut dihidangkan. Saya pula pada ketika itu sekadar mengambil minuman panas. |
|
Gambar atas : Melihat pemandangan luar di minit - minit terakhir sebelum daftar keluar dari hotel
Gambar tengah : Di hadapan pintu bilik sebelum turun ke lobi
Gambar bawah : Bangunan paling kiri yang bercermin biru ialah Hotel Courtyard Marriott |
COURTYARD MARRIOTT HONG KONG
167 Connaught Rd W,
Hong Kong
+852 3717 8888