Tuesday, 4 June 2013

Victoria Harbour, HONG KONG

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Victoria Harbour terletak di antara Pulau Hong Kong dan Semenanjung Kowloon di Hong Kong.

Dari sudut pelancongan, Victoria Harbour sangat terkenal kerana di sini dapat dilihat panorama malam yang menakjubkan terutamanya ke arah Pulau Hong Kong di mana cahaya lampu menerangi bangunan - bangunan pencakar langit. Antara lokasi terbaik untuk melihat Victoria Harbour ialah di Victoria Peak (di Pulau Hong Kong), Kowloon Public Pier (di Kowloon) serta kawasan yang berhampiran dengannya.

Gambar paling atas : The Peninsula Hong Kong ialah sebuah hotel bertaraf lima bintang yang menggabungkan elemen kolonial dan moden yang terletak di Tsim Sha Tsui

Gambar dua dari atas : Hong Kong Space Museum

Gamba tiga dari atas : Hong Kong Cultural Centre


Gambar bawah : Hong Kong Museum Of Art

Kesemua tempat - tempat di atas terletak tidak jauh dari Victoria Harbour

Gambar atas : Kowloon Public Pier merupakan salah satu perhentian semasa berlangsungnya acara larian obor Sukan  Olimpik (Sukan Olimpik Tokyo 1964 dan Sukan Olimpik Beijing 2008)

Gambar bawah : Anjung tinjau di Kowloon Public Pier di buka untuk orang awam dari 7.00 pagi hingga 11.00 malam
Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar semasa saya dan suami berada di Kowloon Public Pier di Tsim Sha Tsui yang berdekatan juga dengan Hong Kong Cultural Centre (Pusat Kebudayaan Hong Kong).
Dari sini jelas dapat dilihat Victoria Harbour terutamanya pemandangan ke arah Pulau Hong Kong. Gambar - gambar yang saya rakamkan agak kurang menarik kerana cuaca yang tidak memuaskan sepanjang kami berada di Hong Kong.
Walau bagaimanapun, pada suatu hari (sebelah malam) kami bernasib baik kerana dapat mengambil gambar pemandangan Victoria Harbour selepas hujan turun.

Pemandangan Victoria Harbour pada waktu siang

Pemandangan Pulau Hong Kong yang dilihat dari Kowloon Public Pier

Wifi percuma terdapat di sini

Gambar atas : Tsim Sha Tsui Clock Tower
Gambar tengah : Pada setiap hujung minggu, kawasan sekitar ini dijadikan tempat berhimpun bagi
pembantu -pembantu rumah dari Filipina yang bekerja di Hong Kong (mereka mendapat cuti pelepasan setiap hari Sabtu dan Ahad).

Gambar bawah : Bangunan tinggi ini ialah Sky100 Hong Kong Observation Deck

Victoria Harbour pada waktu malam

Pemandangan Victoria Harbour pada waktu malam

Bergambar berlatar belakangkan Pulau Hong Kong. Pada setiap malam tahun baru, para pengunjung menjadikan tempat ini sebagai lokasi strategik untuk menunggu detik tengah malam bagi meraikan tahun baru dan melihat percikan bunga api.



No comments:

Post a Comment