Thursday, 27 June 2013

Hari Terakhir Di Hong Kong

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Hampir dua minggu berada di Hong Kong kini tiba waktu untuk pulang. Hari terakhir di sini barulah kami dapat melihat pancaran matahari dan langit yang cerah.

Jarang saya kongsikan gambar membeli belah di dalam blog Terjemahan Hati. Kali ini saya letakkan gambar barangan membeli belah sepanjang saya dan suami berada di Hong Kong dan Macau.
Suami lebih gembira kerana dapat membeli baju t Hard Rock Hotel Macau, Hard Rock Cafe Macau dan Hong Kong sebanyak 10 helai.

Gambar atas dan tengah : Makan tengah hari di Shun Tak Centre

Gambar bawah : Membeli belah di minit -minit terakhir sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Pemandangan Hong Kong dari Shun Tak Centre yang terang benderang jauh bezanya dengan gambar - gambar pemandangan yang saya rakamkan sebelum ini yang berkabus dan mendung

Kowloon Barat yang jelas kelihatan dari Pulau Hong Kong

Bangunan ICC (International Commerce Centre) yang terletak di Kowloon Barat jelas kelihatan dari Pulau Hong Kong

Dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Gambar atas kiri : Courtyard Marriott, hotel di mana tempat kami menginap

Gambar - gambar lain : Sepanjang perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong



Gambar kanan paling atas dan tengah : Bangunan ICC (International Commerce Centre)



Terowong Cheung Tsing

Jambatan Sing Ma (Sing Ma Bridge) merupakan jambatan gantung yang ke sembilan terpanjang di dunia dan mendapat tempat kedua pada waktu ia baru disiapkan

Gambar atas : Jambatan Ting Kau (Ting Kau Bridge)

Gambar tengah : Keadaan kembali mendung dan berawan tetapi tidak hujan

Gambar bawah : Keretapi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Hampir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Cerita dan gambar - gambar tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang juga merupakan salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia akan disiarkan beberapa hari lagi.

No comments:

Post a Comment