Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Saya ialah salah seorang peminat drama bersiri
CHARMED yang ditayangkan di kaca televisyen dari tahun 1998 hingga 2006.
CHARMED mengisahkan tiga adik beradik ahli sihir yang mempunyai kuasa luar biasa untuk membunuh dan menghapuskan anasir-anasir jahat seperti syaitan dan sebagainya. Walaupun bandaraya San Francisco menjadi tema kehidupan tiga beradik ini, tetapi rumah yang mereka tinggal di dalam drama bersiri
CHARMED ini terletak di Los Angeles.
|
Kepada mereka yang lupa atau tidak tahu akan drama bersiri CHARMED, saya sertakan gambar dari sumber Google untuk rujukan anda |
Semasa kunjungan pertama ke San Francisco, saya amat teruja untuk melawat ke rumah lokasi pengambaran drama bersiri
FULL HOUSE dan
CHARMED. Melalui maklumat yang saya perolehi,rumah lokasi pengambaran
CHARMED bukan terletak di San Francisco sebaliknya di Los Angeles.
Minggu lalu, saya dan suami kembali ke Los Angeles semata-mata untuk melawat dan melihat dengan lebih dekat rumah pengambaran drama bersiri yang popular satu ketika dahulu.
|
Tiga beradik ahli sihir iaitu Prue, Piper dan Phoebe yang sedang berlakon di hadapan rumah mereka di dalam drama bersiri CHARMED |
|
Lagi gambar lakonan mereka di hadapan rumah berwarna merah ini |
|
Julian McMahon yang memegang watak sebagai Cole Turner, kekasih kepada Phoebe sedang berlakon di hadapan rumah ahli sihir ini. Sekadar bercerita, pada awal tahun ini,suami pernah berdiri bersebelahan Julian McMahon ketika berada di kedai kopi Starbucks di Chicago. Masing-masing menyapa antara satu sama lain akibat tersangkut dek hujan lebat. Suami pun tidak berbual panjang dengan Julian kerana pada ketika itu beliau masih "ingat-ingat lupa" akan Julian seorang pelakon. Jika tidak pasti suami akan berbual dan bercerita mengenai Australia kerana Julian berasal dari Sydney Australia. Lebih merugikan, saya tidak berada di situ pada ketika itu untuk melihat dengan lebih dekat pelakon kegemaran saya :) |
CHARMED dan rumah mereka berkait rapat antara satu sama lain kerana rumah tersebut sering didatangi oleh hantu,syaitan dan anasir jahat.Melawat ke 'rumah' tiga adik beradik ahli sihir yang saya lihat dan tonton melalui kaca televisyen sejak dari umur belasan tahun sungguh menggembirakan hati saya.
:)
|
Akhirnya saya dapat juga menjejakkan kaki ke rumah Prue, Piper dan Phoebe dalam drama bersiri CHARMED |
|
Rumah ini terletak di 1329 Caroll Avenue, Los Angeles |
|
Rumah lokasi pengambaran drama bersiri CHARMED sering dikunjungi peminat yang mahu mengambil gambar dengan lebih dekat lagi |
|
Episod bertajuk Size Matters dalam drama bersiri CHARMED menggunakan rumah tinggal beralamat 1345 Caroll Avenue, hanya selang beberapa dengan rumah di mana tiga beradik ini tinggal iaitu 1329 Caroll Avenue |
|
Gambar atas : Rumah yang dijadikan lokasi untuk episod Size Matters
Gambar bawah : Ini lah wajah sebenar rumah yang digunakan untuk lokasi pengambaran drama CHARMED episod Size Matters |
Rumah lokasi pengambaran drama bersiri
CHARMED terletak di
Caroll Avenue yang juga sangat terkenal kerana senibina era Victoria.
Caroll Avenue ialah salah satu perumah terawal/pertama di dalam Los Angeles. Untuk maklumat tambahan, pemilik pertama rumah pengambaran drama
CHARMED iaitu 1329 Caroll Avenue ialah Daniel Innes,
seorang
ahli dewan/majlis bandaraya Los Angeles pada tahun lewat 1800an.
|
Papan tanda sejarah diletakkan di Caroll Avenue sekaligus menjadi tempat tumpuan pelancong |
|
Antara beberapa rumah era Victoria yang sempat saya rakamkan |
Dapat melawat ke rumah pengambaran untuk drama bersiri
CHARMED sangat memuaskan hati saya. Selepas pulang,baru saya mendapat maklumat tambahan di mana salah sebuah rumah (selang beberapa buah rumah dengan rumah
CHARMED ialah lokasi pengambaran untuk video lagu
Thriller nyanyian Michael Jackson.
|
Rumah sebenar seperti di dalam video Thriller tersebut, 1345 Caroll Avenue |