Monday, 30 August 2010

Merdeka Merdeka Merdeka

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Merdeka

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 53Tahun.

Walaupun saya tidak berada di Malaysia,tetapi tanggal 31Ogos,tetap tidak akan saya lupa kan.
Semoga negara Malaysia akan terus kekal aman makmur dan aman damai.

Ayuh,kibarkan Jalur Gemilang anda :-)

 Merdeka! Merdeka! Merdeka !

Lagi Tetamu Malaysia

Assalamualaikum w.h.t,dan Salam Ramadhan

Hati amat girang sekali apabila pada bulan puasa ini,saya menerima lagi kunjungan dari dua orang sahabat saya.Walaupun mereka datang ke Perth kerana bertugas,tetapi masih ada sedikit ruang masa untuk kami berjumpa.

 Saya sekali lagi berjumpa dengan sahabat saya, Isma pada 23Ogos yang lepas.Di kesempatan yang ada,saya dan suami membawa Isma berjalan-jalan di sekitar bandar dan dapat berbuka puasa bersama.
Kami berbuka puasa di Restoran Rasa Nyonya Penang,Victoria Park.
Menu yang dipilih adalah Special Seafood Char Hor Fun yang berharga AUD 10 untuk satu pinggan.
Singgah di sebuah pasar raya, Farmers Jack di Claremont Quarters.Isma memegang labu yang amat besar dan berat.
 Memilih buah strawberi.
Bergambar di hadapan Hotek Mercure di mana kakitangan penerbangan Malaysia menginap di sini.
Terima kasih Isma kerana sudi bawakan saya suratkhabar Berita Harian dan Utusan Malaysia :-)

..........................................................................................................................................................
Seminggu kemudian iaitu pada 29Ogos,seorang lagi sahabat saya datang ke Perth.Kali terakhir kami berjumpa iaitu semasa kami bertugas bersama dalam penerbangan ke Kota Kinabalu pada bulan Ramadhan tahun lepas.
Saya dan Fandi di hadapan salah satu mercu tanda Perth iaitu Bell Tower.

Di belakang kami adalah bas untuk pelancong, City Sightseeing Perth Tour
 
 Sempat bergambar sementara menunggu untuk berbuka puasa.*Gambar ihsan dari Fandi*



Inilah buah tangan dari Malaysia yang Fandi berikan kepada saya.
-Empat naskah surat khabar
-Kad raya dan sampul duit raya
-Coklat Kurma
-Roti ban inti kelapa

Kesemua barang ini amatlah saya hargai kerana ianya tidak terdapat di sini :-)


InsyaAllah kita berjumpa di lain masa.

Saturday, 21 August 2010

Pilihanraya di Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

     Umum sedia maklum bahawa di mana mana negara yang mengadakan pilihanraya,rakyat yang memikul tanggungjawab untuk keluar mengundi.
Kata orang,kuasa mengundi di tangan rakyat.
Saya sendiri berasa amat berpuas hati kerana sebagai rakyat Malaysia,saya juga pernah dan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2003 dan 2008. :-)

     Berbalik kepada tajuk di atas, setelah hampir dua bulan negara ini(Australia) mengadakan kempen pilihanraya,maka pada hari ini bertarikh 21Ogos 2010 berlangsung lah pilihanraya umum Australia.

Pada sebelah petang tadi,saya mengambil peluang menemani suami yang menjalankan tanggungjawab beliau sebagai rakyat Australia yang turut keluar mengundi.
Inilah pengalaman kali pertama saya melihat dengan lebih dekat bagaimana pilihanraya Australia diadakan.
Di sini saya kongsikan bersama beberapa gambar yang saya rakamkan di sekitar Council House, iaitu salah satu tempat untuk penduduk tempatan membuang undi.


Green,adalah salah satu parti yang bertanding pada pilihanraya kali ini
*Council House kalau di negara Malaysia seperti Dewan Bandaraya bagi sesebuah kawasan contohnya ; DBKL atau DBI dan sebagainya*

 Tempat mengundi dibahagikan kepada dua kategori.Di sebelah kiri dikhaskan untuk pengundi yang menetap dan beralamat di Perth,manakala di sebelah kiri dikhaskan untuk pengundi yang menetap dan beralamat di negeri-negeri lain.

Suami sedang menunggu giliran
Ini bukan kali pertama suami pergi mengundi di Perth,oleh itu urusan pendaftaran berjalan lancar dan tidak ada sebarang masalah.


Kempen piliharaya yang dimaksudkan di sini tidak seperti di Malaysia di mana sepanduk,poster,risalah dan bendera parti parti yang bertanding dikibar atau dipacakkan di setiap lampu jalan atau di seluruh pelusuk kampung,kawasan perumahan atau di pekan pekan kecil mahupun di bandaraya.
Di sini,poster dan risalah parti parti yang bertanding hanya dapat dilihat terlalu minima di beberapa tempat dan kawasan yang dibenarkan sahaja.
Boleh saya katakan pada hari ini(hari pilihanraya),baru saya dapat melihat 'perang poster' di hadapan Council House.

     Proses kiraan kertas undi bermula lewat petang tadi dan di jangka berakhir awal pagi esok.Keputusan penuh dapat kita ketahui secara rasmi pada esok hari.

Walaupun saya bukanlah rakyat Australia yang layak mengundi,tetapi saya dapat merasai debaran rakyat negara ini yang menanti keputusan yang bakal diumumkan kelak sama seperti debaran yang dirasai ketika menunggu keputusan pilihanraya di Malaysia.
Saya akui di sini,saya juga peka dengan isu isu semasa dan sedikit sebanyak tentang politik tempatan.

Mungkin sesetengah orang tidak mengendahkan apa itu pilihanraya dan tidak kisah untuk keluar mengundi.

Suami saya berkata,beliau juga mengakui memang mengambil  peduli siapa dan parti politik mana yang bakal mentadbir negara ini.Hasil pentadbiran bakal kerajaan baru Australia samada positif atau negatif,kesan atau impaknya pasti dirasai oleh rakyat tempatan terutamanya bagi mereka yang bekerja di sektor sektor kerajaan mahupun swasta atau mereka yang bekerja di bawah nama nama besar yang banyak menjana dana pendapatan ekonomi negara dan tidak terkecuali melibatkan suami saya sendiri.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya di Terjemahan Hati pada hari ini.Bertemu kita di masa akan datang,InsyaAllah :-)

Tuesday, 17 August 2010

Semoga Cepat Sembuh

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Bahagia

Bertemu kita sekali lagi di Terjemahan Hati.

     Malam semalam selepas berbuka puasa,saya menemani suami menjalani rawatan(sleep study)di sebuah hospital di Perth kerana beliau mengalami masalah dengan tidur atau lebih dikenali sebagai microsleep.
Oleh kerana saya tidak dibenarkan berada di dalam satu bilik ketika suami menjalani rawatan,maka saya di berikan satu bilik khas yang lain untuk saya berehat atau tidur.
Terima kasih kepada dua orang jururawat yang bertugas yang memberikan layanan baik dan menjaga saya walaupun saya bukan pesakit. :-)

     Mujurlah saya bawa bersama komputer riba,dan dapatlah saya melayari internet sehingga awal pagi.
Terima kasih juga di ucapkan kepada dua orang anak saudara saya iaitu Yie dan Cek Intan yang sudi meluangkan sedikit masa mereka dengan menemani dan berbual bersama saya melalui Yahoo Messenger.
Di sini saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan ketika berada di hospital malam semalam.

              Risalah yang memberikan maklumat kepada pesakit dan pelawat

Bilik nombor 5

                              Pelbagai jenis wayar yang bakal digunakan

                                      Senyuman dalam debaran

Gambar terakhir dirakamkan sebelum suami menjalani rawatan dan saya tidak boleh berada di dalam bilik yang sama dari bermulanya sleep study pada sebelah malam sehingga berakhir pada sebelah subuh.

      Sepanjang malam saya berada di sebuah bilik yang lain sambil melayari internet

Keputusan daripada sleep study akan diketahui tidak lama lagi dan bakal ada temujanji dengan doktor yang mengendalikan kes ini.Semoga suami tersayang cepat sembuh.Amin.

Thursday, 12 August 2010

Salam Ramadhan 1431Hijrah

Assalamualaikum w.h.t,dan Salam Muhibbah

    Hari ini masuklah hari ketiga bulan Ramadan,tetapi hari kedua (2 Ramadhan)bagi kami yang menetap di Australia.
Syukur ke hadrat Allah kerana kita sebagai umat Islam masih lagi berpeluang menyambut bulan yang penuh keberkatan pada tahun ini.

    Masih tidak terlewat untuk saya ucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Bulan Puasa kepada seluruh ahli keluarga, rakan rakan serta pembaca setia Terjemahan Hati.

    Tahun ini sedikit berbeza bagi saya dalam menyambut serta menjalani ibadat berpuasa kerana tahun pertama berumahtangga malah berpeluang bersahur dan berbuka puasa bersama suami tercinta :-)
Saya merasa agak janggal juga kerana pada kali ini saya tidak berpeluang membeli juadah berbuka puasa di pasar pasar Ramadhan di sekitar Kuala Lumpur,Lembah Kelang dan juga di Ipoh.
Tidak ada pasar Ramadhan di bumi Kangaroo ini,oleh itu tiada pilihan melainkan memasak sendiri apa sahaja makanan atau juadah yang di inginkan.

   Gambar di bawah adalah hidangan berbuka puasa yang ringkas yang saya sediakan pada hari pertama berpuasa.
Antara lauknya adalah seperti ikan masak sweet sour,sambal udang,ayam goreng dan telur dadar.

     Sekian sahaja untuk kali ini,berjumpa lagi di lain masa dengan topik topik menarik yang masih berkaitan dengan bulan puasa.

Wassalam

    



 
   

Thursday, 5 August 2010

Syukur Alhamdulilah,Terima Kasih

Assalamualaikum w.h.t ,dan Salam Sejahtera

Selamat menyambut bulan Ogos kepada semua.Pejam celik,pejam celik sudah 11bulan saya menetap di Australia.Jauh dari keluarga tersayang serta rakan rakan adalah situasi dan keadaan yang amat perit sekali untuk dilalui.

Pernah saya ceritakan dahulu,bukan senang untuk keluarga saya datang ke Australia.Kos perbelanjaan terutamanya tiket kapal terbang yang mencecah ribuan ringgit,malah matawang Dollar Australia tinggi 3kali ganda berbanding Ringgit Malaysia.
Sedih kerana rindu memang saya akui,tetapi di sebalik kesedihan itu masih ada sekelumit rasa gembira kerana sahabat sahabat saya sudi datang melawat.
Syukur Alhamdulilah kerana dahulu saya bekerja sebagai pramugari,oleh kerana itu lah sahabat sahabat rapat saya yang bekerja dengan penerbangan Malaysia,berpeluang bertugas terbang ke Australia dan sudi meluangkan masa berjumpa dengan saya.

20/02/2010
Orang pertama yang datang melawat saya ialah Abang Radzuan(Kapten Radzuan Johari).Beliau adalah abang angkat saya yang saya anggap seperti abang saya sendiri.
Ketika ini kami menjamu selera di Insan Kafe,Murray Street Perth.
Terima kasih juga kerana abang Radzuan sudi membawa barang barang yang dikirim oleh keluarga saya.


26/04/2010
Kali kedua abang Radzuan bertugas datang ke sini dan dijemput oleh suami saya untuk datang ke rumah makan tengah hari.
 Beliau sempat menggunakan web cam untuk berkomunikasi dengan isteri beliau,Puan Leza Ishak.

Kak Leza adalah panggilan yang saya berikan untuk kakak angkat saya ini.Jasa baik mereka yang menganggap saya sebagai adik mereka sendiri amatlah saya hargai dan tidak mungkin saya lupakan.

28/06/2010 & 20/07/2010
Dua bulan berturut turut saya menerima pula kunjungan daripada Puan Ismarina Ismail.
Beliau menawarkan bantuan jika saya ingin mengirimkan barang dari Malaysia.Tanpa berfikir panjang,saya meminta beliau membelikan saya roti Gardenia.
Roti Gardenia buatan Malaysia ini amat terkenal dan tiada tandingannya.
Terima kasih Isma :-)

1/08/2010
Kali ini saya menerima kunjungan dari sahabat baik saya iaitu Azizul Sariono atau lebih dikenali sebagai Gjul.
Rezeki menyebelahi beliau kerana suami saya tidak bekerja pada hari itu,maka kami dapat membawa beliau bersiar siar di sekitar bandar dan beliau berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi pelbagai jenis,spesis haiwan yang hanya hidup dan tinggal di Australia.


Kami bertiga bergambar berlatar belakangkan Swan River serta bangunan bangunan pencakar langit di bandar raya Perth.
                Kangaroo dan Koala begitu sinonim dengan negara Australia.

Gjul telah memberitahu lebih awal kepada saya yang beliau akan bertugas terbang ke Perth,malah beliau turut menawarkan bantuan sekiranya ada barang yang ingin saya kirimkan melalui beliau untuk dibawa datang ke sini.

Saya mengambil masa beberapa hari untuk berfikir apakah barang yang saya inginkan,dan menyusun plan bagaimana pula caranya barang tersebut akan diterima oleh Gjul.
Dengan hasil usaha serta kerjasama keluarga saya di Ipoh dengan sahabat saya Jax dan Gjul, Alhamdulilah segala urusan berjalan dengan lancar dan saya dapat juga menerima barang barang ini. :-)

Terima kasih juga di ucapkan kepada suami tercinta yang begitu memahami,dan melayan sahabat sahabat saya seperti sahabat sendiri.

Apa lagi yang perlu saya katakan di sini melainkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang saya nyatakan di atas.Walaupun anda semua datang dalam waktu bertugas dan masa yang terhad,tetapi masa yang anda luangkan bersama saya dan suami begitu beharga dan amat di hargai.


Berjumpa di lain masa,Sekian :-)