Saya sering dihujani soalan bagaimana dengan sambutan Aidilfitri di perantauan.Suasana dan kemeriahan tentunya tidak sama jika hendak dibandingkan dengan di Malaysia.Sejak tiga tahun yang lalu,saya menyambut Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan.Jauh bezanya dengan pengalaman beraya di Malaysia.Hanya mereka yang tinggal di perantauan sahaja tahu dan sedar bahawa sambutan Ramadan dan Syawal di Malaysia atau Singapura banyak pembaziran.
Di sini tidak terdapat cuti umum untuk hari raya,maka pada 1 Syawal ramai yang masih pergi bekerja,sekolah atau universiti seperti biasa.
Bagi mereka yang ingin merasai suasana menyambut hari raya seakan berada di negara sendiri atau mahu mengelak dari rasa kesunyian,mereka boleh berkumpul di rumah-rumah Kedutaan Besar Malaysia di luar negara.
Saya dan suami lebih selesa dengan cara tersendiri,kami berkumpul dengan sahabat rapat dan keluarga angkat sahaja,itu pun tidak semestinya tepat pada 1 Syawal.
1 Syawal ialah hari menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa dan cara sambutan bagi setiap umat Islam berbeza apatah lagi dicampur dengan cara kehidupan,adat dan tradisi sesuatu bangsa itu sendiri.
Bermaaf-maafan di pagi raya ialah adat kehidupan orang Melayu berhari raya.Mereka yang berbangsa Arab pun tidak melakukan acara sedemikian di tempat mereka.Hanya mereka yang tinggal di Malaysia dan Singapura sahaja yang 'mengisytiharkan' sambutan raya selama sebulan.Beritahulah pada orang Arab,pasti mereka sendiri terkejut.
Umat Islam yang menyambut 1 Syawal juga pasti akan berbaju baru terutamanya pakaian tradisional negara masing-masing.Baju melayu,jubah atau baju kurung bukanlah pakaian wajib yang dituntut dalam agama untuk dipakai pada hari raya.Jika ada orang Melayu beragama Islam yang menyambut hari raya mengenakan Cheongsam,saya tidak nampak di mana salahnya.
Berbalik kepada cerita sambutan hari raya di perantauan,saya bukanlah seorang yang terlalu memikirkan tentang baju raya baru yang perlu dipakai.Jika di Malaysia,saya memang seorang yang amat teliti dalam pemilihan baju raya,tetapi apabila sudah tiga tahun berada di luar negara,saya dan suami hanya mengenakan pakaian yang dikirimkan oleh keluarga dari Malaysia dan Singapura itupun mereka yang mahu menghantarnya bukan kami yang meminta.Jika mereka tidak meghantar baju-baju tersebut pun tidak mengapa kerana kami mempunyai banyak baju lama yang masih elok untuk dipakai.
Kita bukan lagi kanak-kanak yang awal Ramadan lagi sudah 'dahagakan' baju raya baru.Lebih penting lagi,ingatan kita terhadap Allah S.W.T
1 SYAWAL / AIDILFITRI 2012
Tidak kira di mana sahaja kami berada,saya bersyukur kerana masih dapat bersama suami.Tahun ini ada sedikit perbezaan yang istimewa kerana dapat menyambut 1 Syawal bersama keluarga angkat di Las Vegas.Ya,setelah tiga tahun berada di perantauan, tahun ini baru betul-batul kami dapat beraya pada 1 Syawal.
1 SYAWAL 2012 |
1 SYAWAL DI LAS VEGAS, NEVADA |
Pakaian tradisional kami dihadiahkan oleh mentua saya |
Bergambar sebelum ke rumah keluarga angkat kami |
Bersama sebahagian daripada keluarga angkat kami,Mami Fatima,Masrina dan anaknya Arjuna |
Gambar atas : Menerima hadiah awal ulang tahun perkahwinan dari keluarga Mami Gambar bawah : Kami memberi hadiah harijadi kepada Kak Masrina |
Berada di kubur Baba Taib |
Gambar atas : Masing-masing mendukung Arjuna dan cucu Aunty Jenny, Mia Gambar bawah : Hidangan yang disediakan oleh Auntie Jenny sungguh membuka selera |
Antara lauk-pauk dan kuih raya yang dibuat sendiri oleh Aunty Jenny.Kesemuanya sungguh sedap sekali |
Gambar atas : Bersama Mami dan di belakang,Auntie Jenny Gambar bawah : Bersama Kak Mas dan Arjuna |
Bergambar bersama keluarga Pakcik Safion dan Aunty Jenny |
Gambar berkumpulan bersama keluarga Pakcik Safion dan Auntie Jenny sebelum kami mengundurkan diri |
Beginilah sambutan Aidilfitri yang sederhana yang dapat saya kongsikan bersama pembaca Terjemahan Hati.Semoga anda terhibur hendaknya. :-)