Pada tahun lalu saya ada bercerita mengenai kenangan manis saya sepanjang 2012 (IMBASAN 2012) http://sharery.blogspot.com.au/2012/12/imbasan-2012.html.
Sekali lagi pada hari ini, iaitu hari terakhir sebelum menutup tirai tahun 2013 saya akan bercerita sedikit mengenai kenangan manis sepanjang tahun dalam IMBASAN TAHUN 2013.
Tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya di mana saya kerap melancong di dalam dan luar negara kerana mengikut suami yang mempunyai pelbagai urusan. Melalui 'jejak kaki' inilah saya mencoretkan pengalaman di dalam blog untuk dikongsikan bersama keluarga, sahabat dan kenalan sekaligus memberikan pelbagai informasi yang berguna untuk para pembcaca.
1) Tanpa di sangka, 'hasil kerja' saya yang amat kecil ini akhirnya menarik tumpuan wartawan dari Malaysia lalu menemuramah saya.
Artikel mengenai dua buah blog saya telah disiarkan sebanyak dua kali di dalam surat khabar nombor satu di Malaysia iaitu Harian Metro.
Februari 2013
'Catatan Perjalanan Syarimah' menceritakan mengenai catatan perjalanan (travel blog) saya dan bagaimana serta bila saya bermula dengan www.shareery.blogspot.com.
Selebihnya ialah rumusan dan pujian dari kaca mata penulis/ wartawan itu sendiri.
Anda boleh membaca artikel penuh di : http://www.hmetro.com.my/articles/CatatanperjalananSyarimah/Article/
November 2013
Usaha saya dalam mengetengahkan senarai restoran halal di bandar Melbourne, Australia (www.halalmelbourne.com.au) turut dipaparkan di dalam surat khabar yang sama.
2) Pengalaman manis ketika berada di Singapura pula ialah apabila berpeluang melawat ke stesen radio terkenal tempatan sementelah menemani suami saya yang mendapat jemputan dan ditemuramah bagi sebuah segmen untuk radio Warna 94.2fm. Semasa melawat ke bilik-bilik konti radio, saya dapat berjumpa dengan beberapa selebriti dan dj radio. Cerita selanjutnya sila klik di sini : http://sharery.blogspot.com.au/2013/10/jemputan-ke-konti-radio-warna-942fm-di.html
3) Selain daripada itu, saya turut menerima e-mel dari beberapa orang pembaca yang ingin meminta sedikit informasi mengenai tempat melancong yang bakal mereka kunjungi. Lebih menggembirakan hati saya ialah apabila dapat membantu seorang wanita dalam merangka percutian beliau dan suaminya ke Amerika Syarikat. Saya telah memberikan 100% informasi yang termampu untuk beliau. Alhamdulilah beliau sudah pun selamat pulang dari bercuti di Los Angeles, San Diego, Las Vegas dan San Francisco.
Terdapat banyak lagi kenangan manis tahun 2013 yang telah saya kongsikan di dalam blog ini, tetapi hanya tiga (cerita di atas) sahaja yang begitu istimewa bagi saya. :-)
2013 memberikan banyak pengalaman baru dan pengajaran bagi diri saya. Semoga pada tahun akan datang saya dapat berkongsi lebih maklumat berguna untuk para pembaca sekalian.