Friday, 13 December 2013

Hormatilah Lagu Kebangsaan Walau Di Negara Mana Kita Berada

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Berkongsi sedikit cerita semasa saya ke Rumah Kerajaan Australia Barat pada bulan lalu yang tidak saya ceritakan pada entri sebelum ini (http://sharery.blogspot.com.au/2013/12/lawatan-ke-rumah-kerajaan-australia.html).

Pada waktu itu pengacara majlis telah membuat dua kali pengumuman supaya para hadirin bangun sebaik sahaja kedatangan Gabenor Australia Barat, His Excellency Malcolm McCusker dan semasa lagu kebangsaan Australia, "Advance Australia Fair" sedang dimainkan.

Hanya wanita berbaju oren ini seorang sahaja yang duduk semasa kedatangan Gabenor dan ketika lagu kebangsaan dimainkan.

Lagu kebangsaan dimainkan sejurus tibanya Gabenor, His Excellency Malcolm McCusker di padang utama. Semua para hadirin berdiri kecuali wanita yang saya nayatakan tadi. 

Wajah wanita yang mendatangkan kemarahan saya ini dapat saya rakamkan dengan lebih dekat.
Salah satu peraturan atau garis panduan protokol yang telah dinyatakan oleh Government House di dalam laman sesawangnya ialah memberi tanda hormat semasa ketibaan Gabenor.

"4. Anthems And Vice-Regal Salute
It is not always necessary to play an anthem or Vice Regal salute at a
function attended by the Governor. Government House is happy to assist
with advice as to the appropriate occasions.
The Vice-Regal Salute, which is the first four and last four bars of the
National Anthem "Advance Australia Fair", is played to acknowledge the
arrival of the Governor on certain formal, ceremonial occasions. On such
occasions the Salute is played after the Governor and the hosts have taken
their positions on the dais or at table, all movement has stopped and all
are standing in readiness.
The playing of the National Anthem follows similar guidelines to the Vice
Regal Salute. "


Adakah wanita bertudung oren ini tidak faham bahasa Inggeris atau tiada deria pendengaran?
Jika benar sekalipun, beliau sepatutnya peka dan dapat melihat kesemua para hadirin di sekeliling beliau bangun berdiri tegak untuk beberapa minit.

Adakah wanita ini hilang deria penglihatan?
Jika benar sekalipun, beliau masih boleh mendengar pengacara majlis berucap dengan kuat.

Adakah wanita ini mengandung?
Jika benar sekalipun, alasan mengandung tidak diterima untuk mengelakkan diri dari berdiri semasa majlis ini. Mengapa warga emas dan mereka yang berbadan besar boleh berdiri pada waktu itu?

Adakah wanita ini tergolong di dalam golongan kurang upaya?
Jika benar sekalipun, orang kurang upaya tidak akan duduk di lereng bukit yang tinggi dan curam. Orang kurang upaya ada diberikan tempat khas.

Secara kesimpulannya, saya ingin menasihatkan para pembaca blog ini yang sekarang berada di luar negara tidak kiralah samada anda sedang melanjutkan pelajaran, bekerja atau melancong supaya lebih peka dalam menjaga sesitiviti rakyat tempatan. Berdirilah apabila lagu kebangsaan negara tersebut dimainkan.

Australia yang menjadi rumah baru saya sejak empat tahun yang lalu dan sebagai penduduk tetap di negara ini, saya merasa sangat kesal dan marah apabila melihat gelagat wanita seperti gambar di atas.
Sedikit sebanyak saya turut malu kerana kami sama-sama adalah wanita Islam. Tidak mustahil pada majlis tersebut, ada 'orang putih' yang akan melabelkan wanita ini sebagai kurang ajar. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Marilah kita sama-sama ingat mengingati. Belajarlah hormat menghormati antara satu sama lain tidak kira jika mereka berlainan warna kulit, bangsa, etnik, agama dan perbezaan warganegara.



No comments:

Post a Comment