Thursday, 22 September 2016

Helena - Ibu Negeri Montana

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kami tiba di Helena lebih kurang jam 2.30 petang. Destinasi wajib dan utama yang ingin dikunjungi ialah bangunan pentadbiran kerajaan negeri (Montana State Capitol).














Tugu peringatan - Bentuk berwarna hitam yang terdapat di salah satu batu ini ialah bentuk peta negeri Montana.








Montana State Capitol - Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Montana.


Bangunan ini dibina pada tahun 1899 dan siap pada tahun 1902.




Oleh kerana saya dan suami sekadar singgah di sini untuk mengambil gambar, maka kami tidak memakai jaket musim sejuk yang ditinggalkan di dalam kereta. Suhu pada waktu ini ialah lebih kurang 5 darjah Celcius dan angin bertiup sangat kuat sehinggakan saya terpaksa mengenakan cermin mata hitam bagi mengelakkan habuk dan pasir memasuki mata.

Ratusan pin berkipas (bagi tujuan kebajikan) yang dicucuk di belakang saya ialah berbentuk peta negeri Montana. 



Bangunan Persatuan Bomba Montana.


Majoriti bangunan yang saya rakamkan gambar di dalam klip video di bawah ini ialah bangunan kerajaan yang terletak berhampiran Montana State Capitol.



Selepas melawat ke pusat pentadbiran kerajaan, kami singgah sebentar ke sebuah pasar raya dan kafe Starbucks. Cukup satu jam berada di Helena, kami meneruskan perjalanan dan bakal bermalam di Coeur d' Alene, Idaho.

Perjalanan keluar dari bandar Helena. Oleh kerana angin kuat yang berlaku agak lama di sini, maka kami menjangkakan hujan lebat akan turun sepanjang perjalanan kelak.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Sunday, 18 September 2016

Pemanduan Dari Billings Ke Helena (Bahagian 3)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Artikel ini bersambung dari bahagian 1 dan bahagian 2;
Bahagian 1
http://sharery.blogspot.com/2016/09/pemanduan-dari-billings-ke-helena.html
Bahagian 2
http://sharery.blogspot.com/2016/09/pemanduan-dari-billings-ke-helena_15.html

Tujuan saya membahagikan artikel ini kepada tiga bahagian ialah kerana saya ingin berkongsi gambar pemandangan kepada para pembaca. Walaupun cuaca tidak mengizinkan (mendung dan berawan) yang memberi kesan kepada kualiti gambar yang tidak memuaskan, tetapi fokus saya lebih kepada melihat pemandangan setempat seperti keadaan kampung serta pekan kecil yang mungkin tidak pernah anda lihat sebelum ini apatah lagi separuh laluan yang kami tempuhi bukanlah jalan raya popular yang biasa pelancong gunakan.

Di bawah ini saya sertakan 21 keping gambar sepanjang pemanduan sehingga kami tiba di ibu negeri Montana.





























Tujuh gambar terakhir ini dirakamkan sebaik tiba di Helena.

















Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.




Thursday, 15 September 2016

Pemanduan Dari Billings Ke Helena (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Artikel ini bersambung dari bahagian 1;
http://sharery.blogspot.com/2016/09/pemanduan-dari-billings-ke-helena.html




Merakamkan gambar kereta api di sepanjang kembara merupakan antara salah satu kegemaran saya.










Semasa melakukan kembara berkereta, adakalanya saya dan suami tidak tahu hendak makan apa (biasanya untuk makan malam). Jika kebuntuan berlarutan, kami mengambil keputusan meneruskan perjalanan. Kami pasti dapat memilih restoran mana yang hendak disinggahi secara sepontan apabila ternampak mana-mana papan tanda iklan di tepi lebuh raya. Untuk maklumat anda, di dalam lebuh raya di Amerika Syarikat terdapat begitu banyak restoran makanan segera, restoran berhidang (fine dining) dan kafe. Selain itu kemudahan di stesen gas (stesen minyak) juga begitu banyak seperti di pasar raya.














Awan yang gelap ini bukan tandanya hendak hujan tetapi salji yang telah turun.





Nama tempat Amsterdam turut terdapat di negeri Montana.






Singgah sebentar di stesen gas (stesen minyak).


















Kerja-kerja pembaikan jalan ini yang menyebabkan pemanduan kami lewat dari waktu sebenar.

Bahagian ketiga artikel ini akan disiarkan tidak lama lagi.

Jika anda  mempunyai sebarang pertanyaan tentang menacong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.