Wednesday, 29 July 2020

Selamat Tinggal Forever 21 Kanada

Pada bulan Oktober 2019, jenama pakaian antarabangsa Forever 21 telah menyampaikan berita bahawa operasi perniagaan di seluruh cawangan di Kanada dan Amerika Syarikat akan ditutup selepas ia diisytiharkan bankrap. Saya antara salah seorang pelanggan setia yang kerap membeli di Forever 21 begitu terkejut dengan berita tersebut. Selepas dari itu bermulalah jualan murah penghabisan stok di seluruh cawangan sedia ada. Jika tidak silap saya, jualan berlangsung selama enam atau tujuh minggu. Oleh kerana kediaman saya terletak berdekatan dengan salah sebuah cawangan Forever 21, maka saya kerap datang untuk 'mencuci mata'.

Dari satu minggu ke satu minggu diskaun barangan juga naik dari 10% ke 20%, kemudian 30% sehinggalah pada hari terakhir iaitu 95%. Saya telah membeli sehelai seluar jeans yang ketika itu diskaun sebanyak 70%. Kualiti seluar begitu bagus dan selesa apabila dipakai. Selain pakaian, beg tangan, kasut, barang perhiasan yang dijual murah, Forever 21 juga telah menjual penyangkut baju secara berkotak.

Agak sedih sebenarnya apabila melihat cawangan yang biasa saya kunjungi yang pada awalnya penuh dengan pakaian, tetapi lama kelamaan semakin kosong dan sunyi. Gambar-gambar di bawah ini dirakamkan pada tarikh-tarikh yang berbeza. Beberapa gambar terakhir pula dirakamkan pada 27 November 2019 dan dengan rasminya perniagaan Forever 21 tamat pada 28 November 2019.

Barangan Forever 21 yang sedia ada milik saya seperti baju, jaket, seluar, kasut, beg tangan dan aksesori rambut akan saya simpan sebaik yang mungkin untuk saya dijadikan kenangan. Selamat Tinggal Forever 21 Kanada!

Video penuh juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/q9BUOZyvIRs

































Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Sunday, 26 July 2020

Bertemu Pemain Hoki Ais NHL Vancouver Canucks Kali Kelima (Oktober 2019)

Pada Oktober 2019, sekali lagi saya berpeluang berjumpa dengan pemain antarabangsa hoki ais NHL Vancouver Canucks. Hanya 150 peminat bertuah yang berpeluang berjumpa serta bergambar dengan pemain yang berasal dari Sweden iaitu Elias Pettersson. Kami yang hadir wajib membawa kalendar hoki dari Pharmasave untuk ditandatangani oleh beliau. Di dalam kedinginan musim luruh, saya beratur bersama peminat lain yang hadir lebih awal dari saya. Saya turut memakai baju-t Elias Pettersson. Acara berjalan dengan lancar dan saya amat berpuas hati dapat berjumpa pemain Vancouver Canucks buat kali kelima. Sebelum pulang, kami para peminat telah menerima satu beg mini dari Pharmasave. Video juga sempat saya rakamkan dan ianya boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/Zs7_SzwLUUU

Anda boleh membaca artikel terdahulu mengenai empat pemain lain yang pernah saya temui sebelum ini. Alamatnya seperti di bawah ini;

Februari 2018
https://sharery.blogspot.com/2018/08/bertemu-pemain-hoki-ais-nhl-vancouver.html
November 2018
https://sharery.blogspot.com/2019/03/bertemu-pemain-hoki-ais-nhl-vancouver.html
Disember 2018
https://sharery.blogspot.com/2019/04/bertemu-pemain-hoki-ais-nhl-vancouver.html





















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN