Setiap tahun pasti saya tidak sabar menantikan musim luruh kegemaran saya. Melihat detik perubahan beberapa warna di pokok-pokok, kemudian luruh satu persatu jatuh ke tanah dan mendengar daun-daun kering yang seperti 'rangup' dan 'garing' semasa dipijak adalah amat mendamai dan mengagumkan. Musim luruh di Amerika Utara ( Kanada dan Amerika Syarikat) bermula dari pertengahan bulan September hingga pertengahan bulan bulan Disember setiap tahun. Suhu pada awal musim luruh adalah dingin dan akan beralih sejuk sehingga boleh mencecah 0 darjah celsius. Di kebanyakan tempat lain selain Vancouver, salji juga kerap turun pada musim luruh. Semoga anda terhibur melihat gambar-gambar yang saya kongsikan di sini.
No comments:
Post a Comment