Monday, 24 May 2021

Pemanduan Dari Winnipeg, Manitoba Ke Calgary, Alberta

Pemanduan dari Winnipeg, Manitoba menuju ke Calgary, Alberta bermula pada awal pagi sesudah subuh. Jarak antara kedua buah bandar ini ialah 1327 kilometer (dikira dari hotel di Winnipeg).

Di sepanjang pemanduan, saya dan suami singgah sebentar di bandar besar Regina, Saskatchewan. Artikel mengenainya telah saya siarkan sebanyak dua bahagian.
Bahagian 1
http://sharery.blogspot.com/2021/04/regina-saskatchewan-bahagian-1.html
Bahagian 2
http://sharery.blogspot.com/2021/05/regina-saskatchewan-bahagian-2.html

Cuaca pada hari itu dari pagi cerah, panas serta berawan dan hujan lebat pada sebelah petang. Kami selamat tiba di Calgary lebih kurang jam 9:00 malam.












































Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


Sunday, 9 May 2021

Selamat Hari Ibu

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu mertua saya serta semua wanita yang bergelar ibu, ibu mertua, ibu saudara, ibu tiri dan ibu angkat di mana jua anda berada yang sedang membaca artikel saya ini. Walaupun ramai wanita yang tidak pernah merasai bagaimana keperitan melahirkan anak, tetapi itu tidak bermakna wanita itu tidak tahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Tidak dinafikan sifat semulajadi sebagai seorang ibu itu sudah ada pada setiap wanita. Oleh kerana itulah saya mahu memberi penghormatan kepada semua wanita yang saya nyatakan di atas tadi.



Pemergian ibu tercinta saya pada bulan Disember tahun lalu membuatkan Hari Ibu pada tahun ini saya rasakan agak pudar. Lagu bertajuk Hanya Dirimu nyanyian Siti Nurhaliza saya khaskan kepada ibu saya sejak dari album Prasasti Seni berada di pasaran iaitu pada tahun 2004 tetapi saya tidak pernah terlintas untuk memberitahu ibu di sepanjang hayatnya masih ada. Saya sentiasa sebak menyanyikan lagu ini walaupun semasa ibu saya masih ada.

Hanya Dirimu
Seraut wajah...ayunya
Sekuntum senyum....manisnya
Penawar jiwa laraMenghilangkan sunyiMenyembuh sukmaku nan selalu merinduHanya dirimu
Santun bicara...lembutnyaAmat pengasih jiwanyaKeluhuran budinyaKeikhlasan hatinyaSeri wajah bercahayaLambang kesucian di hatimu
KorusEngkaulah teman engkau jua....segalanyaEngkau setia...melamar di jiwakuEngkaulah tanda kasihmu nan suci abadiDamainya hati iniHanyalah dirimu
Selama dirimu berada di hatiSelagi dirimu setia di sisiTak mungkin aku kan berduka....tak ku bersedihKerna bagi dirikuHanya dirimu
Keanggunan...wajahnyaManis bicara...sopannyaSegala keindahan ada pada dirinya
Tak pernah jauh dari hati 
Yang selalu kesunyian

Ulang Korus

Gambar di bawah ini dirakamkan semasa saya memberi hadiah sempena Hari Ibu pada tahun 2009.




Semoga ibu saya sentiasa tenang berehat di sana. Al Fatihah.

Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.

Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN