Wednesday, 31 July 2013

The Qantas Club Di Lapangan Terbang Domestik Sydney

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Qantas Club Lounge terdapat di hampir kesemua lapangan terbang terminal domestik dan antarabangsa di seluruh Australia. Ia dikhaskan untuk penumpang Qantas Airways kelas pertama, kelas perniagaan serta pemegang kad Platinum, Gold dan ahli Qantas Club. Penumpang dari syarikat penerbangan lain yang menyertai OneWorld serta penumpang Emirates (bagi mereka yang layak sahaja) turut dijemput untuk masuk ke Qantas Club Lounge. Gambar - gambar di bawah ialah The Qantas Club di Terminal 3 yang terletak di tingkat perlepasan yang bertentangan dengan pintu berlepas nombor 4 dan 5.

Tuesday, 30 July 2013

Qantas Heritage Collection (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

(Bersambung dari bahagian 1).




12 keping gambar di bawah yang sudah saya letakkan nombor menunjukkan koleksi pakaian seragam bagi pramugari dan pramugara Qantas Airways.

1 : Pakaian seragam putih untuk musim panas 1948 - 1959.
       Pakaian seragam biru tua untuk
musim sejuk 1948 -1959.
Pakaian seragam biasa
1959 -1964.
2 :
Rekaan dari Leon Paule. 1959 - 1964.

3 :
1969 - 1971.

4 :
1971 - 1974.

5 & 6 : Rekaan dari Pucci 1974 - 1987.

7 : Rekaan dari
Yves Saint Laurent 1987 - 1995.

8 :
1995 - 2003.

Nombor 9 : 1995 - 2003

Nombor 10 dan 11 : Rekaan Peter Morrisey. 2003 - 2013.

Nombor 12 : Terkini untuk tahun 2014 rekaan Martin Grant.



Gambar - gambar di bawah ini pula ialah koleksi barangan lama dan antik yang telah disumbangkan oleh orang ramai, penumpang serta kakitangan penerbangan.

















Beginilah pemandangan luar yang dapat dilihat dari dalam bilik pameran Qantas Heritage Collection.



Qantas Heritage Collection (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Qantas Heritage Collection merupakan pameran sejarah tetap yang terletak di Lapangan Terbang Domestik Sydney di Terminal 3.
Pameran ini dibuka kepada orang ramai dari hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 9.30pagi sehingga 4.30petang.


 

Qantas Heritage Collection yang terletak berhampiran pintu berlepas nombor 13 (Gate 13).

Gambar atas : Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam pameran ini.

Gambar tengah dan bawah : Terdapat banyak gambar dan poster diletakkan di dinding di sepanjang tangga dari tingkat bawah hinga ke tingkat atas.





Di luar pintu masuk.

Ucapan selamat datang dari Ketua Pegawai Eksekutif Qantas iaitu Alan Joyce.





Gambar kiri : Beg perjalanan Qantas.

Gambar kanan : Kerusi rotan adalah jenis kerusi yang pertama digunakan di dalam pesawat.

Gambar bawah : Dekorasi bumbung di dalam bilik pameran.

Selimut ini yang coraknya menggambarkan sejarah atau perkembangan Qantas dari dahulu hingga sekarang.

Gambar atas : Pengasas Qantas iaitu Hudson Fysh dan Paul McGinness.

Gambar tengah : Pengerusi pertama Qantas, Sir Fergus McMaster.

Gambar bawah : Jurutera Arthur Baird.



Gambar atas : (Kiri) Penyanyi Frank Sinatra tiba di Sydney dengan pesawat Qantas pada tahun 1961. (Kanan) Pelakon British, Rex Harrison telah menggunakan penerbangan Qantas dari Rome ke London pada tahun 1962.

Gambar tengah : Qantas telah menyediakan penerbangan khas membawa anak-anak yatim mangsa perang Vietnam untuk dibawa ke Australia pada tahun 1975.

Gambar bawah : Pakaian seragam Qantas untuk musim sejuk.

Gambar paling atas : Qantas menerima kapal terbang B747B pada tahun 1971.

Banner atau kain rentang digantung bagi memberikan gambaran fotografi yang jelas dengan menunjukkan kemuncak kegemilangan Qantas sejak dari tahun 1920 sehinnga terkini.

Banner atau kain rentang digantung bagi memberikan gambaran fotografi yang jelas dengan menunjukkan kemuncak kegemilangan Qantas sejak dari tahun 1920 sehinnga terkini.


Banner atau kain rentang digantung bagi memberikan gambaran fotografi yang jelas dengan menunjukkan kemuncak kegemilangan Qantas sejak dari tahun 1920 sehinnga terkini.

Kapal terbang A380 milik Qantas Airways yang pertama telah dinamakan dengan nama "Nancy Bird". Ia adalah satu penghargaan terbesar untuk mendiang Nancy Bird-Walton, yang mengikut sejarahnya merupakan wanita pertama Australia yang memiliki lesen juruterbang pada usia 19tahun. Semasa Qantas Airways menerima kapal terbang pertama A380 pada tahun 2008, mendiang Nancy dijemput untuk merasmikannya malah berpeluang duduk di dalam kokpit pesawat.

Untuk melihat koleksi pakaian seragam kaki tangan kabin Qantas Airways yang bertukar mengikut peredaran tahun, nantikan selepas ini.

Monday, 29 July 2013

Lapangan Terbang Domestik Sydney (Terminal 3/Qantas)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Lapangan Terbang Domestik Sydney di Terminal 3 dikhaskan untuk penumpang yang menggunakan penerbangan dengan Qantas Airways sahaja. Secara peribadi, saya menyukai terminal ini berbanding terminal di Lapangan Terbang Domestik negeri lain di dalam Australia kerana terminal ini tidak berkongsi dengan penumpang dari syarikat penerbangan lain terutamanya dari syarikat penerbangan tambang murah dan sekaligus terminal ini tidak sesak dan sibuk sepanjang masa.

Terminal 3 yang dikhaskan untuk penumpang Qantas Airways.

AVRO 504K merupakan kapal terbang pertama milik QANTAS (Queensland and Northern Territory Aerial Services).

Kapal terbang pertama QANTAS yang dipamerkan di Terminal 3, Lapangan Terbang Domestik Sydney.


Sunday, 28 July 2013

Restoran Halal Di Sydney, AUSTRALIA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Pelancong beragama Islam tidak perlu risau kerana terdapat banyak restoran halal di sekitar Sydney. Oleh kerana saya sudah kerap kali ke sini, maka jaranglah pula saya merakamkan gambar restoran dan makanan yang dinikmati.
Berikut adalah beberapa senarai restoran halal di Sydney yang dapat saya rakamkan gambarnya semasa lawatan saya beberapa bulan yang lalu.


IPOH ON YORK
2/89 York Street,
Sydney, NSW 2000
+61 (02) 9299 0001

www.ipohcentral.com









MAMAK VILLAGE

Ground Level, 
1 Dixon Street (corner Goulburn Street)
Sydney, NSW 2000
+61 (02) 9264 4780

www.mamakvillage.com.au






KUNGFU RAMEN

215A Thomas Street,
Haymarket, NSW 2000
+61 (02) 9281 3678






DELIMA RESTAURANT

Shop 69 Level 5,
1 Dixon Street,
Sydney, NSW 2000

+61 (02) 02 9267 7045

www.delimarestaurant.com.au




UYGHUR CUISINE
1/2-8 Dixon Street,
Sydney, NSW 2000
+61 (02) 9267 8555





MALACCA STRAITS
5/66 Mountain Street,
Ultimo, NSW 2007
+61 (02) 8021 7069

www.malaccastraitsbroadway.com.au








INDO RASA

66 Mountain St,

Broadway,  
NSW 2007
+61 (02) 9697 2003






NEW MALAYA
10/29, World Square Shopping Centre
680 George Street,
Sydney, NSW 2000
+61 (02) 9267 4227

www.newmalaya.com.au





MARCHI
29/680 George Street,
Sydney, NSW 2000
+61 (02) 9262 9080





KEBAB PIZZA PIDE
94 Liverpool Street
Sydney, NSW 2000
+61 (02) 9283 6212




Yang menjadi kegemaran saya ialah Ipoh On York, Mamak Village, Malacca Straits dan Indo Rasa.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.