Monday, 29 July 2013

Lapangan Terbang Domestik Sydney (Terminal 3/Qantas)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Lapangan Terbang Domestik Sydney di Terminal 3 dikhaskan untuk penumpang yang menggunakan penerbangan dengan Qantas Airways sahaja. Secara peribadi, saya menyukai terminal ini berbanding terminal di Lapangan Terbang Domestik negeri lain di dalam Australia kerana terminal ini tidak berkongsi dengan penumpang dari syarikat penerbangan lain terutamanya dari syarikat penerbangan tambang murah dan sekaligus terminal ini tidak sesak dan sibuk sepanjang masa.

Terminal 3 yang dikhaskan untuk penumpang Qantas Airways.

AVRO 504K merupakan kapal terbang pertama milik QANTAS (Queensland and Northern Territory Aerial Services).

Kapal terbang pertama QANTAS yang dipamerkan di Terminal 3, Lapangan Terbang Domestik Sydney.


No comments:

Post a Comment