Di harap anda semua sihat sejahtera dan bergembira bersama keluarga dan rakan rakan di hujung minggu ini.
Bagaimana harus saya mulakan kata kata?Hmmmm..
Saya rindu Malaysia,saya rindu Perak,saya rindu Ipoh,saya rindu rumah,saya rindu keluarga,...
Sudah lapan bulan saya menetap di Australia,tetapi jauh di sudut hati.........
Tiap tiap hari tanpa gagal saya sentiasa mengingati apa yang saya tinggalkan di Malaysia,merindui keluarga,rakan rakan dan paling tidak di lupakan ialah Allahyarham ayahnda tercinta Noordin Ariffin.
Kata orang,walaupun kita jauh,memadai sedekahkan surah surah untuk orang yang telah pergi.Alhamdulilah,saya ada lakukan,tetapi saya rasakan masih belum mencukupi,saya mahu menziarahi pusara arwah bapa dan arwah abang di Ipoh.
Sebentar tadi,saya melihat gambar ini,lalu saya tidak dapat menahan sebak...
Gunung Rapat,Ipoh ialah kampung halaman saya.Jalan Gunung Rapat dan Jalan Gopeng pula adalah dua batang jalanraya utama yang akan saya lalui setiap hari untuk pergi dan pulang dari sekolah.
Rumah dan kereta kesayangan.Apabila saya pulang nanti,saya berjanji pada diri sendiri untuk memandu selama yang boleh bersama Gen2.
Tahun ini buat pertama kalinya saya tidak dapat menyambut hari lahir dan hari Ibu bersama ibunda tercinta,Puan Fatimah Mohammed Hassan.Hanya hadiah dan kad ucapan dapat dikirimkan sebagai pengganti diri.
"Mak,nanti adik balik mak mesti masakkan sambal tumis udang,ikan termenung goreng,masak lemak ketam,ayam masak merah,nasi lemak.Nanti kita makan durian,cendol pulut sama sama ok.Nanti adik bawak mak pergi pasar malam Tambun."
Mak,adik tak pernah lupakan mak.InsyaAllah kalau ada rezeki kemudian hari adik akan terbangkan mak datang Australia lagi".
Gambar keluarga yang diambil semasa hari persandingan saya.Saya rindu semua..
Kadang kadang saya menyukai lagu "Home" nyanyian dari Michael Buble kerana lagu ini mesti mengingatkan saya tentang kampung halaman.Tetapi ada waktunya juga,saya amat benci lagu ini kerana saya sedih kerana merindui kampung halaman dan keluarga tersayang.
Malaysia Airlines A330-300.Bila agaknya dapat saya rasai menaiki pesawat ini untuk pulang ke tanah air?
Iringan doa tidak putus putus dipanjatkan,tatapi masih belum dimakbulkan lagi.Hanya saya yang merasai dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Aku sebagai hambaMu tidak akan berputus asa meminta pertolongan dariMu YaAllah.
"Permudahkanlah segala urusan semoga aku dapat pulang ke Malaysia untuk melepaskan rindu berjumpa keluarga dan rakan rakan,Amin"
Home is where the heart is.....
*gambar gambar di atas diambil dari koleksi peribadi serta dari Mohd Ashraff dan Pn Norhaidah*