Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Secara peribadi saya menggelarkan Hong Kong
sebagai syurga membeli belah di Asia. Oleh kerana itulah Hong Kong menjadi kegemaran saya.
Setiap kali datang ke Hong Kong, Nathan Road dan kawasan sekitarnya pasti saya kunjungi.
Nathan Road adalah jalan raya yang paling popular di Hong Kong dan semestinya menjadi tumpuan pelancong kerana dipenuhi dengan deretan kedai - kedai, restoran, kafe dan pusat membeli belah di sepanjang 3.6 kilometer.
Ia bermula di bahagian selatan Kowloon (di persimpangan Salisbury Road) dan berakhir di Boundry Street di bahagian utara.
|
Nathan Road bermula dari no 33 (persimpangan dengan Salisbury Road) dan berakhir di bahagian utara (jalan yang paling atas di dalam peta ini). Gambar sumber dari www.chinatouristmap.com. |
Di bawah ini saya sertakan gambar - gambar yang dirakamkan di sepanjang Nathan Road.
|
Chungking Mansions - Terdapat beberapa restoran halal di dalam bangunan ini. Saya sarankan kepada mereka yang ingin datang ke Nathan Road supaya lebih berhati - hati apabila berada di sekitar Chungking Mansions. Jangan terlalu mengikut atau terpedaya dengan pujuk rayu jurujual yang sangat mendesak (majoriti berbangsa India).
i Square - Sebuah pusat membeli belah yang baru dibuka di Nathan Road. Dahulu (tapak lama) kawasan ini ialah Hyatt Regency Hotel di mana saya pernah menginap dua kali pada tahun 2005 sebelum ia dirobohkan. www.isquare.hk
Park Lane Shoppers Boulevard - Terletak bersebelahan dengan Masjid Kowloon |
|
Di hadapan balai polis Tsim Sha Tsui |
|
Lebih dari sepuluh orang ejen menjual rumah yang berpakaian kemas, membawa beg serta fail dan sanggup berdiri lama di hadapan Miramar Shopping Centre semata - mata untuk mendapatkan pelanggan. |
|
Tidak kira sama ada musim jualan murah ataupun tidak, harga - harga di kebanyakan kedai, butik dan pusat membeli belah di Hong Kong amat berpatutan. Selain t shirt Hard Rock Cafe, suami saya memang gemar mengumpul t shirt GAP dari pelbagai negara.
Toast Box ialah restoran yang berasal dari Singapura dan telah menambah cawangan di rantau Asia termasuklah di Hong Kong |
|
Gambar atas dan tengah : Bangunan - bangunan lama tetap menjadi tarikan bagi pelancong untuk mengambil gambar
Gambar bawah : Terserempak dengan seorang warga tua yang tidak mempunyai rumah |
|
Gambar atas : Terdapat perkhidmatan bas awam di Nathan Road untuk kemudahan penumpang yang ingin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Cara mengenal pasti bas tersebut ialah dengan melihat papan tanda yang bertulis 'City Flyer'. www.nwstbus.com.hk
Gambar bawah : Wifi percuma boleh didapati di dalam lingkungan 100 meter dari pondok telefon awam ini |
|
Nathan Road pada waktu malam |
|
Persimpangan Nathan Road dan Salisbury Road. Pemandangan lebih cantik pada waktu malam tambahan pula disinari dengan cahaya lampu dari bangunan - bangunan lama dan baru. |
Internet tanpa wayar
(wifi) percuma sangat mudah didapati di sepanjang Nathan Road atau Hong Kong secara keseluruhannya. Antara beberapa tempat yang boleh didapati ialah ;
- Cawangan - cawangan kedai kopi Starbucks
- Bangunan - bangunan kerajaan
- Pondok - pondok telefon awam
- Hampir di semua platform di stesen MTR
- Pusat membeli - belah
- Kedai baju Giordano
- Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
- Di dalam bas awam (belum menyeluruh)
Kepada mereka yang bakal datang ke Hong Kong, saya berharap informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Pendek kata, perkhidmatan
wifi percuma banyak terdapat di sekitar Hong Kong. Anda hanya perlu melihat papan tanda yang bertulis
'Free Wifi' ataupun cuba melakukan carian
(search) di telefon bimbit.
Teruskan bersama Terjemahan Hati dan saya akan membawa anda para pembaca mengikuti catatan perjalanan saya ke beberapa lagi tempat menarik di Nathan Road dan kawasan sekitarnya yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah.