Secara peribadi saya menggelarkan Hong Kong sebagai syurga membeli belah di Asia. Oleh kerana itulah Hong Kong menjadi kegemaran saya.
Setiap kali datang ke Hong Kong, Nathan Road dan kawasan sekitarnya pasti saya kunjungi.
Nathan Road adalah jalan raya yang paling popular di Hong Kong dan semestinya menjadi tumpuan pelancong kerana dipenuhi dengan deretan kedai - kedai, restoran, kafe dan pusat membeli belah di sepanjang 3.6 kilometer.
Ia bermula di bahagian selatan Kowloon (di persimpangan Salisbury Road) dan berakhir di Boundry Street di bahagian utara.
Nathan Road bermula dari no 33 (persimpangan dengan Salisbury Road) dan berakhir di bahagian utara (jalan yang paling atas di dalam peta ini). Gambar sumber dari www.chinatouristmap.com. |
Di bawah ini saya sertakan gambar - gambar yang dirakamkan di sepanjang Nathan Road.
Di hadapan balai polis Tsim Sha Tsui |
Lebih dari sepuluh orang ejen menjual rumah yang berpakaian kemas, membawa beg serta fail dan sanggup berdiri lama di hadapan Miramar Shopping Centre semata - mata untuk mendapatkan pelanggan. |
Gambar atas dan tengah : Bangunan - bangunan lama tetap menjadi tarikan bagi pelancong untuk mengambil gambar Gambar bawah : Terserempak dengan seorang warga tua yang tidak mempunyai rumah |
Nathan Road pada waktu malam |
Persimpangan Nathan Road dan Salisbury Road. Pemandangan lebih cantik pada waktu malam tambahan pula disinari dengan cahaya lampu dari bangunan - bangunan lama dan baru. |
Internet tanpa wayar (wifi) percuma sangat mudah didapati di sepanjang Nathan Road atau Hong Kong secara keseluruhannya. Antara beberapa tempat yang boleh didapati ialah ;
- Cawangan - cawangan kedai kopi Starbucks
- Bangunan - bangunan kerajaan
- Pondok - pondok telefon awam
- Hampir di semua platform di stesen MTR
- Pusat membeli - belah
- Kedai baju Giordano
- Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
- Di dalam bas awam (belum menyeluruh)
Kepada mereka yang bakal datang ke Hong Kong, saya berharap informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Pendek kata, perkhidmatan wifi percuma banyak terdapat di sekitar Hong Kong. Anda hanya perlu melihat papan tanda yang bertulis 'Free Wifi' ataupun cuba melakukan carian (search) di telefon bimbit.
Saya suka baca artikel ni..buat saya tak sabar untuk datang hong kong...saya boleh rasa keikhlasan puan dalam melahirkan artikel ni..terima kasih atas info yg dikongsi..semoga dirahmati Allah selalu...
ReplyDeleteAnonymous : Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Apa yang saya lakukan ini atas dasar minat. :) Kalau nak rasa cuaca dingin, datanglah ke Hong Kong pada hujung tahun. :)
ReplyDeleteassalamualaikum sy bakal ke hong kong bln 3 2014 ...ini lah kali pertama saya suami dan ank akan pergi bercuti..td sy ada baca blog orang lain ..saya rasa takot n susah ati pulak perasaan saya yg x sabar nk ke sana terus hilang..sb sy baca dia kata penduduk sana kebanyakkan sombong, bila minta bantuan utk tunjuk arah yang nak ditujui mereka mcm x ikhlas n x betul pulak tu..naik mrt tau mahu beratur n suka bertolak mereka x kisah walaupun kita bawa ank kecil...tp bila saya baca blog ni hati rasa tenteram balik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete