Seven Magic Mountains ialah arca seni yang merangkumi tujuh buah menara batu yang berwarna warni dengan ketinggian melebihi 30 kaki setiap satu. Arca ini dipamerkan kepada awam secara percuma selama dua tahun iaitu bermula dari 11 Mei 2016. Ia ditempatkan tidak jauh dari lebuh raya I-15 dengan jarak lebih kurang 43 kilometer dari Las Vegas. Artis yang mereka
Seven Magic Mountains ialah pemuda yang berasal dari Switzerland iaitu Ugo Rondinone.
Oleh kerana lokasi arca terletak di padang pasir, maka para pelawat perlu memantau cuaca terkini sebelum datang melawat. Kebiasaannya suhu pada musim panas mencecah lebih dari 40 darjah Celsius, justeru sediakan keperluan penting seperti krim pelindung matahari, payung, topi dan air minuman. Jika hari hujan pula mungkin boleh terjadinya banjir kilat. Di sini tidak mempunyai tempat rehat, pondok berteduh atau tandas awam. Sekirnya cuaca tidak mengizinkan, saya mencadangkan supaya tangguhkan lawatan anda. Seperkara lagi, sila berhati-hati dengan kawasan persekitaran dan kawal pergerakan anak kecil kerana di padang pasir terdapat haiwan liar seperti ular.
Peta dibawah sedikit berbeza dengan laluan yang kami gunakan untuk ke
Seven Magic Mountains. Selepas mengisi minyak berdekatan dengan M Resort Spa Casino, kami terus menggunakan jalan S Las Vegas Blvd yang hanya bersebelahan dengan lebuh raya I-15.
Gambar terakhir dirakamkan di Aria Hotel & Casino Las Vegas ;
https://www.aria.com/en/amenities/aria-fine-art-collection.html
Video ini juga boleh ditonton di saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/8PbcTStg3YY
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN