Tuesday, 24 February 2015

Cawangan Starbucks Ke-100 Di Dalam Singapura

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Starbucks cawangan ke-100 di dalam Singapura telah dibuka pada 14hb Februari 2014. Ia terletak di Fullerton Waterboat House. Saya dan suami sememangnya gemar mengumpul bekas air dan cawan kaca Starbucks dari setiap cawangan, bandar dan negara yang berlainan. Justeru apabila melawat ke cawangan ke-100 ini, kami bukan sahaja membeli cenderahati edisi terhad malah mengambil sedikit masa menikmati minuman sambil menyaksikan pemandangan indah Singapura.


Cawangan Starbucks ke-100 di dalam Singapura yang terletak di Fullerton Waterboat House.

Di bahagian pintu masuk.

Gambar atas : Terdapat beberapa buah meja dan tempat duduk bersebelahan pintu masuk.

Gambar bawah : Bekas air (tumbler) edisi terhad.

Saya amat menyukai dekorasi dalaman cawangan ke-100 ini kerana ia banyak memaparkan ciri-ciri dan sejarah Singapura.

Gambar kiri : Laluan dari kaunter pembayaran untuk ke ruang yang lebih besar untuk pelanggan duduk.

Gambar kanan : Cawangan Starbucks ke-100.

Antara beberapa buah meja yang sempat saya rakamkan gambarnya.
Gambar kiri : Cawangan Starbucks ke-6 telah dibuka pada tahun 1997.

Gambar kanan : Cawangan Starbucks ke- 17 telah dibuka pada tahun 1998.

Antara beberapa buah meja yang sempat saya rakamkan gambarnya.


Gambar bawah kiri : Cawangan Starbucks ke-33 telah dibuka pada tahun 2001.

Gambar bawah kanan : Cawangan Starbucks ke- 80 telah dibuka pada tahun 2012.
Gambar diambil dari tempat duduk kami.

Bekas air edisi terhad yang dibeli turut dibungkus rapi dengan pembalut dari Starbucks.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Monday, 16 February 2015

Lokasi Pengambaran Fifty Shades Of Grey Yang Pernah Dilawati

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Tidak berapa lama dahulu saya telah membaca novel bertajuk Fifty Shades Of Grey berserta dua buah buku sambungannya iaitu Fifty Shades Of Darker dan Fifty Shades Of Freed. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai ketiga-tiga buku tersebut dan cukup sekadar saya katakan di sini saya suka jalan ceritanya. Saya adalah seorang yang berfikiran terbuka dan jika ditolak dari sudut negatif, banyak aspek kehidupan dan pengajaran yang boleh diambil dari cerita tersebut.

Lokasi cerita Fifty Shades Of Grey dan dua buah buku yang lain banyak digambarkan di Seattle, Washington dan Portland, Oregon. Cukup senang untuk saya membayangkan ceritanya kerana tempat-tempat ini telah pun saya lawati. Apatah lagi Seattle merupakan salah satu bandar yang paling menjadi kegemaran saya.

Berbalik kepada tajuk di atas, setelah saya menonton filem Fifty Shades Of Grey di panggung, tergerak hati untuk berkongsi gambar-gambar lokasi pengambaran filem tersebut serta apa yang ditulis di dalam buku hasil tulisan E.L James ini.

Gambar ini dirakamkan pada awal pagi semasa saya dan suami dalam perjalanan dari Seattle ke Portland menggunakan lebuhraya I-5. Lebuhraya I-5 banyak ditulis di dalam buku Fifty Shades Of Grey.

Heathman Hotel di Portland, Oregon (anak panah merah) telah disebut sebanyak 18 kali di dalam buku tersebut. Gambar ini saya rakamkan pada awal pagi semasa kunjungan saya ke Portland beberapa tahun lalu.

Pintu masuk utama Heathman Hotel.

Masih lagi di dalam lebuhraya I-5, gambar ini dirakamkan pada hari yang berlainan. Lapangan Terbang Sea-Tac turut diceritakan di dalam buku tersebut.

Boeing Field turut dinyatakan oleh E.L James di dalam buku beliau.


Gambar kenangan pada tahun 2012 - Saya berdiri di anjung tinjau menara Space Needle di Seattle, Washington. Anak panah berwarna merah menunjukkan Escala Apartment. Kepada yang sudah membaca buku Fifty Shades of Grey pasti anda tahu siapa yang menghuni penthouse di Escala.

Secara tidak sengaja dan tidak dirancang saya dapat mengambil gambar Escala Apartment dengan fokus lebih dekat lagi.

Christian Grey yang memegang watak utama di dalam buku/filem Fifty Shades Of Grey tinggal di penthouse di Escala.

Sungguh tidak menyangka gambar yang dirakamkan pada tiga tahun lalu ini dapat berlatar belakangkan apartmen Escala.


Selain filem Fifty Shades Of Grey, saya dan suami pernah beberapa kali ke lokasi pengambaran filem dan drama Hollywood yang lain. Link saya sertakan di bawah ini;

Charmed (drama bersiri)
http://sharery.blogspot.com.au/2012/09/lokasi-pengambaran-drama-charmed-video.html

Full House (drama bersiri)
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/san-francisco-california-bahagian-2.html

Sister Act (filem)
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/lokasi-pengambaran-filem-sister-act-di.html

Mrs Doubtfire (filem)
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/san-francisco-california-bahagian-3.html

Paul (filem)
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/rachel-nevada-area-51-bahagian-1.html

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Thursday, 12 February 2015

Brunei Darussalam

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Semasa saya bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia, tentunya sudah tidak terkira betapa kerapnya saya terbang masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Kesemua penerbangan tersebut adalah day trip (balik hari) dan kami anak-anak kapal tidak tidur di Brunei.

Pada tahun 2007, saya berkesempatan berkunjung ke Brunei sementelah menemani sahabat saya yang mempunyai urusan di sana. Masih segar di ingatan semasa kunjungan saya itu, rakyat Brunei sedang dalam 'mood' meraikan majlis perkahwinan DiRaja. Majlis itu ibarat seperti pesta kerana bermacam-macam majlis keraian diadakan sepanjang beberapa hari ia berlangsung.


Menaiki pesawat A319 Royal Brunei Airlines dari Kuala Lumpur.

Gambar Kiri : Doa menaiki pesawat.

Gambar kanan : Demostrasi keselamatan
.

Bahasa Melayu Brunei.

Gambar Atas Kiri : Bilik Suite bernombor 2611 yang kebetulan sama dengan tarikh lahir saya.

Gambar Atas Kanan : Ruang tamu.

Gambar bawah : Bilik air.

Pemandangan dari balkoni bilik hotel
The Empire Hotel & Country Club.

Gambar Atas : Pemandangan luar dari balkoni bilik.

Gambar Bawah : Hidangan sarapan.

Pemandangan yang mendamaikan.


Hotel yang begitu besar bak seperti istana.

Gambar Atas : Lelaki berbaju hijau paling kanan ialah pereka fesyen terkenal Bernard Chandran.

Gambar bawah : Balkoni paling atas sebelah kanan ialah bilik suite yang saya dan sahabat menginap.

Berjalan-jalan di sekitar hotel yang besar ini boleh memakan masa berjam-jam lamanya.

Bahagian luar hotel The Empire Hotel & Country Club.

Selain pusat permainan boling, panggung wayang turut terdapat di sini. Jika tidak silap, saya menonton filem Shrek di sini.

Terdapat beberapa butik di Empire Arcade.

Antara masjd besar yang terdapat di Brunei.

Menaiki bot pada sebelah petang sambil melihat persekitaran Kampung Ayer.

Bot menyusuri Kampung Ayer.

Kepada anda yang berminat untuk melancong ke Brunei, saya sarankan anda mencuba makanan tradisional tempatan iaitu 'ambuyat'. Saya tidak dapat kongsikan dengan para pembaca gambar semasa saya menikmati ambuyat di salah sebuah restoran di sana kerana gambar tersebut hilang dari simpanan saya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Sunday, 8 February 2015

Beijing, China (2007) - Bahagian 2

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Untuk membaca cerita penuh, anda perlu membaca entri bahagian 1 terlebih dahulu ; http://sharery.blogspot.com.au/2015/01/beijing-china-2007-bahagian-1.html

Bahagian 2 saya kongsikan gambar-gambar hari kedua saya berada di Beijing. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang, saya meluangkan masa mengambil angin pagi dan bersiar-siar di Lake Blue yang terletak di belakang hotel. Sejak kedatangan saya pada hari sebelumnya, saya begitu teruja melihat pemandangan yang memutih yang dapat dilihat dari tingkap bilik hotel tempat saya menginap. Walaupun salji kebanyakannya sudah tinggal baki sahaja namun saya tetap bersemangat untuk mengambil gambar.

Tidak berniat untuk menggangu rakan-rakan sekerja yang lain yang mungkin masih lagi tidur, maka saya keluar seorang diri. Gambar-gambar di bawah saya rakamkan tanpa meminta bantuan orang ramai. Kamera saya letakkan di atas batu dan tembok sebagai ganti kepada tripod dan rakamkan dengan menggunakan timer atau dengan kemahiran selfie yang sudah biasa saya lakukan sejak dari belum wujudnya pelbagai laman sosial dan perkatan selfie lagi.



Gambar atas : Di hadapan hotel.

Blue Lake.



Gambar kiri : Teruja melihat baki salji.

Gambar kanan : Tasik yang beku ini membuat saya terjatuh akibat licin.

Gambar kiri : Di pinggir tasik ini terdapat juga beberapa buah restoran. Bangunan belakang ialah hotel yang saya menginap.

Gambar kanan : Sungguh selesa berjalan kaki pada awal pagi dengan cuaca yang sejuk.


Dalam perjalanan berjalan kaki untuk pulang ke hotel.

Di Lapangan Terbang Beijing sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya yang pada waktu itu merupakan pertama kali dalam sejarah hidup dapat melihat salji dengan dari dekat. Bagaikan tidak percaya pula (sejak 2009) yang sekarang ini saya tinggal di negara empat musim dan dapat menempuh musim salji setiap tahun.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.