Tuesday, 28 February 2017

Premier Check In Lounge Lapangan Terbang Changi Singapura

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

SATS Premier Check-in Lounge di Lapangan Terbang Changi, Singapura menyediakan perkhidmatan eklusif untuk urusan daftar masuk bagi penumpang (hanya syarikat penerbangan premium terpilih) kelas pertama, perniagaan dan pemegang kad penumpang kerap Platinum atau setaraf dengannya sahaja. Selepas urusan daftar masuk, para penumpang akan terus ke kaunter imigresen khas melalui Premier Check-in Lounge ini dan ia berbeza kerana tidak bercampur dengan kaunter imigresen yang sedia ada.

Para penumpang boleh duduk sambil membuat urusan daftar masuk. 

Mengisi borang sebelum melepasi kaunter imigresen.

SATS Premier Check-in Lounge terdapat di Terminal 1 dan 2.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Sunday, 26 February 2017

Pemanduan Dari Seattle ke Vancouver

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Demi mengelakkan dari kesesakan lalu lintas di sempadan antara Amerika Syarikat dan Kanada (kerana masih di dalam musim cuti dan perayaan), saya dan suami mengambil keputusan untuk pulang ke Vancouver agak lewat. Semasa di dalam perjalanan kami singgah untuk makan malam dan kemudian menyambung semula pemanduan yang mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit.

Tidak banyak gambar yang dapat saya rakamkan sepanjang perjalanan kerana kami memulakan pemanduan dari Seattle pada sebelah petang. Walau bagaimanapun satu klip video di bawah merumuskan pemanduan kami termasuk dapat merakamkan video ketika berada di sempadan kedua buah negara sebelum urusan imigresen dilakukan.

Lebuh raya di Washington, Amerika Syarikat.

Kembali semula ke Kanada.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Sunday, 19 February 2017

Seattle Pike Chowder

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Makanan laut merupakan sajian terkenal di mana-mana restoran dan kafe di Seattle. Sup kepah atau lebih dikenali dengan nama clam chowder antara yang menjadi tarikan para pelanggan. Saya dan suami turut mencuba clam chowder dan lobster roll di restoran Pike Chowder di Pacific Place Center. Cawangan utama pula terletak di Post Alley, Pike Place Market.

Seattle Pike Chowder turut mempunyai cawangan di Singapura iaitu di Parkway Centre dan Tanjong Pagar Centre.

Sup kepah (clam chowder) dan roti berinti udang karang (lobster roll)

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Wednesday, 15 February 2017

Seattle Pada Musim Sejuk (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Entri ini bersambung dari bahagian pertama. Jika anda ketinggalan, sila ke alamat yang tertera di bawah;
http://sharery.blogspot.my/2017/02/seattle-pada-musim-sejuk-bahagian-1.html

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Monday, 13 February 2017

Seattle Pada Musim Sejuk (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Himpunan gambar-gambar di bawah saya rakamkan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat pada musim sejuk Disember 2016 dan Januari 2017.

Entri bahagian kedua akan akan disiarkan tidak lama lagi.