Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Australia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang berbilang kaum/etnik paling besar di dunia. Oleh kerana itulah Tahun Baru Cina di Australia disambut dengan begitu meriah sekali.
Setiap tahun Crown Melbourne akan menganjurkan Chinese Festival sempena dengan Tahun Baru Cina. Festival yang diadakan di Crown Riverwalk ini berlangsung selama beberapa hari yang merangkumi jualan makanan, pakaian, persembahan hiburan seperti tarian singa dan banyak lagi.
Menyaksikan tarian singa di Melbourne mengingatkan saya akan kampung halaman di mana saya dibesarkan di sebuah pekan Cina di Ipoh, Perak. Sungguh mencuit hati apabila mengingatkan zaman kanak-kanak saya yang begitu takut dengan bunyi gendang tarian singa sehinggakan saya menyorok di bawah katil di dalam bilik.
Mengikut salasilah keluarga pula, nenek saya juga berketurunan Cina, oleh itu secara tidak langsung sambutan festival di Melbourne ini dapat 'mendekatkan' diri saya dengan kampung halaman saya. Bak kata pepatah, walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati.
Shery NN berkongsi catatan kembara dan pengalaman menetap di beberapa buah bandar di empat buah negara dan di tiga benua yang berbeza.
Friday, 31 January 2014
Thursday, 30 January 2014
Kenangan Bersama Oprah Winfrey Di Melbourne, Australia
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Melalui berita dan beberapa laman sosial media, saya mendapat informasi yang hari ulangtahun bagi pengacara televisyen serta selebriti terkenal Oprah Winfrey jatuh pada 29 Januari. Hari ini terlintas di fikiran saya untuk berkongsi cerita dan gambar-gambar dengan para pembaca kenangan saya dapat berjumpa Oprah di Melbourne, Australia pada Oktober 2010.
Berkat kesabaran datang awal ke Federation Square (lebih kurang 11.50pagi) dan sanggup berdiri selama beberapa jam akhirnya membuahkan hasil. Walaupun tidak berpeluang bersalaman dengan beliau, tetapi saya berpuas hati kerana dapat berdiri di antara barisan hadapan dan boleh merakamkan gambar beliau dengan jelas sekali.
Gambar-gambar di bawah pula saya rakamkan di rumah semasa sedang menonton berita utama.

Melbourne mengalu-alukan kedatangan Oprah. |
Gambar kandid jurukamera yang sedang bertugas, pengacara televisyen yang bersiap sedia untuk lintas langsung dan penyampai radio yang sedang menemu ramah peminat Oprah. |
Di sekitar Federation Square, tempat di mana warga Melbourne bakal bertemu dengan Oprah Winfrey. |
Gambar atas : Helikopter dari stesen televisyen (Channel 9) yang sedang membuat lintas langsung dari udara. Gambar tengah dan bawah : Ribuan peminat sudah memenuhi Federation Square. |
Gambar atas dan tengah : Gambar Oprah yang paling dekat dapat saya rakamkan. Gambar bawah : Oprah bergambar dengan Perdana Menteri dan Menteri Besar. |
Tentunya para peminat yang berdiri di barisan paling hadapan beruntung kerana dapat bersalaman dengan beliau. |
Gambar-gambar terakhir sebelum Oprah meninggalkan Federation Square. |
Ulang tayang semasa penonton di studio telah mendapat kejutan apabila Oprah memberitahu yang mereka akan terbang ke Australia bersama Qantas Airways. |
Ragam peminat Oprah di Federation Square. |
Gambar-gambar di bawah pula saya rakamkan di rumah semasa sedang menonton berita utama.
Detik semasa Oprah baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Melbourne pada awal pagi hari tersebut. |
Oprah yang peramah membuka tingkap kereta dan melambaikan tangan. |
Trem di bandar Melbourne turut menyambut kedatangan Oprah. |
Wednesday, 29 January 2014
Kapal Terbang Qantas Airways A380 (Bahagian 2)
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Entri pada kali ini merupakan sambungan daripada Bahagian 1. Jika anda ketinggalan sebelum ini, sila ke http://sharery.blogspot.com.au/2013/09/kapal-terbang-qantas-airways-a380.html untuk membacanya.
Akan bersambung ke Bahagian 3 tidak lama lagi.

Kapal terbang A380 ini akan berlepas ke Los Angeles. |
Pemandangan dalam kabin kelas perniagaan semasa belum berlepas. |
Maklumat mengenai kapal terbang A380 serta jadual penerbangan. |
Ruang untuk berehat. |
Salah satu dapur yang terdapat di tingkat atas pesawat (upper deck). |
Sepasang baju tidur berlogo kangaru ini diberikan secara percuma kepada penumpang kelas perniagaan. Baju dan seluar adalah berwarna kelabu. |
Pizza sayur ini merupakan salah satu daripada makanan ringan yang boleh dipesan pada bila-bila masa sahaja semasa di dalam tempoh penerbangan. |
Akan bersambung ke Bahagian 3 tidak lama lagi.
Sunday, 26 January 2014
Australia Day
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu
Australia Day disambut pada 26 Januari setiap tahun. Hari kebangsaan Australia ini diraikan oleh rakyat serta penduduk di seluruh negara dengan memperingati serta berbangga dengan apa jua pencapaian yang dikecapi oleh rakyat dan negara dari dahulu hingga sekarang.
Sudah kerap kali mendengar orang ramai sering menyebut "Australia is a lucky country". Ya, ia memang tidak dinafikan.
Australia yang merupakan salah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik paling besar di dunia ini mengamalkan sistem demokrasi yang telus, menjaga kebajikan rakyat tidak mengira umur serta memberikan hak kebebasan bersuara dan hak sama rata. Antara faktor-faktor inilah yang membuatkan Australia dapat memberikan rakyatnya kehidupan yang selesa dan aman damai.
Sudah lima tahun saya menjadikan Australia sebagai rumah baru saya dan tentunya saya berbangga, gembira dan bersyukur kerana dapat tinggal di Australia. Saya akan cuba menjadi seorang rakyat yang boleh menjaga nama baik negara serta mempromosikan pelancongan di mata dunia melalui blog ini dan laman sesawang saya yang lain, InsyaAllah.
HAPPY AUSTRALIA DAY!

Tuesday, 21 January 2014
Alpenrail - Swiss Model Village & Railway Di Tasmania
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Alpenrail - Swiss Model Village & Railway atau Alpenrail Model Exhibition merupakan salah satu susun atur model keretapi terbesar di Australia dan mempamerkan ketukangan yang luar biasa. Ia direka cipta dan mengambil inspirasi dari kawasan pergunungan di Switzerland iaitu Bernese Alps.
Terletak di Claremont, Tasmania, ia telah dibuka untuk orang awam pada 26hb Januari 1985.
Antara gunung-gunung lain yang dimasukkan di dalam Alpenrail Model Exhibiton ini ialah Jungfrau, Mönch dan Eiger. Sistem keretapi di Alpenrail Model Exhibition menunjukkan beberapa bahagian indah di BLS - "Bern - Lötschberg - Simplon", iaitu laluan keretapi yang melalui perjalanan hingga ke kaki gunung dan juga laluan untuk penduduk tempatan serta para pelancong ke destinasi pelancongan.
Dengan adanya landskap penuh dan ditambah dengan kesan bunyi serta patung manusia, haiwan, kenderaan lain seperti kereta kabel, lori, trak, bas dan kereta, maka para pelawat bukan sahaja dapat melihat keretapi yang berjalan di atas landasan tetapi juga dapat merasai seperti berada di tempat sebenar iaitu di Switzerland. Saya dan suami mengambil masa yang lama berada di sini (hampir satu jam) sehinggakan kami dapat menyaksikan 'adegan' dramatik apabila pergunungan di Switzerland ini mengalami ribut petir pada sebelah malam serta merasai sejuk kabus pada waktu pagi.
Bayaran masuk yang dikenakan untuk setiap orang dewasa ialah AUD12.50. Walaupun agak mahal tetapi sangat berbaloi apatah lagi kami menghabiskan masa hampir satu jam dan berpuas hati kerana dapat merakamkan ratusan gambar.
Sukar bagi saya untuk meletakkan hanya 10 atau 20 keping gambar sahaja di dalam blog ini. Seperti mana saya terhibur di Alpenrail, saya mahu anda turut merasainya. Oleh itu inilah (gambar-gambar di bawah) yang termampu untuk saya kongsikan bersama para pembaca. Semoga anda juga terhibur hendaknya.
Dengan duka citanya dimaklumkan bahawa Alpenrail telah ditutup untuk orang awam. Untuk mengetahui sejarah Alpenrail di Tasmania ini, anda boleh ke laman sesawang seperti di bawah.
www.alpenrail.com.au

Pemandangan sekitar stesen keretapi (Spiez Station). |
Dengan duka citanya dimaklumkan bahawa Alpenrail telah ditutup untuk orang awam. Untuk mengetahui sejarah Alpenrail di Tasmania ini, anda boleh ke laman sesawang seperti di bawah.
www.alpenrail.com.au
Subscribe to:
Posts (Atom)